Instagram

Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadhan Yaa Ashdiqa'

Ahlan wa sahlan Yaa Ramadhan..




Awwalan[mood arab], aku nak ucapkan salam ramadhan buat ma ngan ayah dari anakmu di perantauan. Aku ulang, di PERANTAUAN. *sumpah jauh merantau dari Kajang ke Banting*

Juga kepada kakak2ku Along, Angah, Alang, abgku nan saorang itu, Ateh, adik2ku nan 2 orang itu, Adik dan Intan. Juga kepada abg iparku nan saorang, Abang Edi dan my busyuk shayang chenta matti itu Eiyzran Syahriez yang baru seminggu berusia lima bulan.

Haa...awal Ramadhanku sanah ini disambut di KMS. Tak terasa suasana Ramadhan sebab sibuk dengan kelas yg tak pernah tak padat. Dukacita dimaklumkan, aku terkilan bazar Ramadhan tak masuk2 lagi ke KMS ni sampai la hari ini. Kalau ikut hukum perniagaan, ni mungkin gara-gara tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak KMS. *kejadah????*

Ape2pun, aku bersyukur akhirnya setelah LIMA tahun berturut-turut, aku ulang, LIMA TAHUN BERTURUT-TURUT, akhirnya aku dapat sambut 1 Ramadhan. Alhamdulillah. Kalau tak aku melangut je la kat pintu pagar tengok makcik-makcik bertelekung bagai nak pergi ke surau. =.="

Sempena Ramadhan yang mulia ni jugak, aku nak tanam azam baru. Heh. Azam untuk menguruskan badan..............====TET====

TAMAT.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...