Instagram

Tuesday, September 7, 2010

Akhirnya!!! Sejarah di DKK 2 KMS

Wah tajuk amat hebat gempak. Hari ini KMS beroperasi buat kali terakhir sebelum cuti raya bermula. Aku pulak memang dah malas-malas-alam dah hati ada kat umah je ni. Jasad je masih di sini. Tutorial Bisnes aku skip. KENAPA WEH??? Kunci bilik aku tertinggal kat dalam bilik. Aku ketuk la bilik budak-balik-umah-setiap-minggu, si Izzah. Wah dia ada. Lantak situ. Aku nak tidur bilik kau Izzah.

Kepala aku dah mereng-mereng-alam dah ni ha tidur lambat semalam siapkan Tutorial Ekonomi yg KONONNYA wajib hantar hari ini. CESSS!!!

Aku pun tidur dgn pulasan. *lantak situ!* Sedar-sedar tengok jam dah 10.30am. Ah setengah jam lewat. Aku tak mampu menegakkan kata pujangga BETTER LATE THAN NEVER. Kelapa aku masa tu cuma ada BETTER SLEEP THAN CAME LATE. Ah aku cecepat bersiap sebab ada kuliah akaun lepas tu.

Tamat kuliah akaun. Tutorial Ekonomi dgn En. Zaidi yg selamba badak. Happening je kelas ekonomi bila en. Zaidi kata semua tutorial hantar lepas raya. YA, mereka happening. AKU?? Ada sikit nak maki. Tapi sebab beliau adalah En. Zaidi yang berjaya buat aku paham Bab 5 maka aku matikan hasrat. Ah lantak situ.

Gap.
Tutorial Akaun. 0 BT 12. En. Mahyuddin tak kunjung tiba. Apakah kerana beliau sudah balik beraya? Ah lantak situ aku dah hati-kering-alam dah la lepas dorang kata Umi pakai baju oren weh!! Ah aku peduli apa setiap kali aku pakai baju sama umi pun mana pernah aku kena soal pastu berdiri sampai habis kuliah.

BELUM PERNAH BEB!!!

1st time aku duk depan sekali kat dewan kuliah pakai baju sama umi. Umi soal, aku dah ready nak jawab sebab aku tau jawapan. Umi pun tuding kat aku. Dengan bangga pantas efisyen la aku bangun berdiri dgn riak takabbur en. Tetiba je umi,"Bukan kau la. Ha kau kakak tudung putih baju coklat sebelah tu."

TETTTT =.="

Aku duduk dengan hati yg hancur berkecai berderai.
Agak 2 3 kali gak la aku perasan umi tunjuk aku. Tapi rupanya umi tunjuk budak sebelah aku la..blakang aku la.

Aku dah sentap menyentap je. Umi ni tak sayang aku ke.


Dan hari ini. Soalan Umi : Kenapa titik keseimbangan firma berlaku pada lorekan yg tu?? *sambil tunjuk slide*

"Hari ini umi nak soal yg pakai baju oren sama umi. Ha kau kak."
p1 : ----silent-----
"1 2 3 ha lambat habis. Ha kau bang. nape?"
l1 : "sbb AR lbh drpd AC"
"Ha bagus kau berdiri la situ. Kau kak? ha tu ha bju oren tudung putih."
AKU!!!!! : hm...........*masih berasa bangga kerana disoal oleh umi tanpa memikirkan jawapan...sebenarnya dah lupa pun apa tah asoalan dia..hahaha*

SEE???!!! Weh perhatian!!! Aku kena soal weh ngan umi!!!


[bangga]



Dah la aku nak balik. Bas KMS gerak kul 6. Gather kul 5.30. Sekarang kul 4.51. Aku nak solat pastu gudbai KMS.




p/s: baru aku pasan takde langsung entry pasal raya. HAHA


SELAMAT HARI RAYA DUNIA :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...