Instagram

Monday, September 27, 2010

Another Virus in ICT Class.

Program : Audacity

Dengan penuh ikhlas tanpa memikirkan kehidupan duniawi yang penuh pancaroba ini, aku menyiapkan tugasan Audacity. Dengan lain kata, assignment Audacitt aku siapkan dengan harapan lect tak bising-bising lagi dalam kelas IT. Aku dah mereng kepala otak memikirkan apakah lagu yg sesuai untuk assignment kali ini. Akhirnya, uncle google membantu aku. Sedang searching for a new song, aku terjumpa "MP3 Al-Quran" lantas ada encik mentol menyala sparkle sparkle atas kepala.


Bertungkus lumus bhai. Dengan background music lagu zikir munajat nyanyian Hijjaz, dan main voice pulak bacaan surah An-Nasr bacaan Sheikh Yusuf al-Agamy, aku pun siapkan.


Dan tadi, lecturer IT nak tengok hasil kerja kami. Dengan hati lega, aku tunjukkan aku punya.
Hasilnya :


L : hm...lagu sedap. Tapi bacaan quran pulak. Buat yg lain la.
P : Ha? Xkan la sir. Mesti ke? Penat saya buat.
L : Ah buat lain la. Ada ke ayat quran buat main.



JIJIK. Maaf saya berkasar bahasa. Kalau ini yg sir kata MAIN, saya takkan hantar apa-apa assignment. Tak berbaloi saya hantar kalau ini semua cuma satu perMAINan.


Saya takkan buat assignment baru untuk gantikan yg ini. TAKKAN. Potong je markah PB saya kalau saya buat MAIN-MAIN. Saya tak menyesal.


-----------------------


Jujur, aku ikhlas buat benda ini. Arahan tak kata pun ayat al-Quran tak dibenarkan untuk assignment ini.



Aku cuma rindu pada Bahasa al-Quran yg aku dah lama tinggalkan lepas masuk Matrik.







Semoga Allah ampungkan dosaku yg ingin memartabatkan Bahasa Al-Quran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...