Instagram

Saturday, September 4, 2010

The Best Room Mates Ever!!!

Hampir 4 bulan berlalu. KMS tetap menceriakan aku sedikit sebanyak meskipun KMS panas panas KMS panas kipas kiri kipas kanan KMS panas.

Dengan itu tibalah masanya untuk aku memperkenalkan kepada korang di luar sana akan teman-teman sebilikku di sini.

AP2-T2-13.

Saya sungguh amat sayang mereka sebab mereka gila.

Here they comes :

Norasma Azimah binti Misnan.[papua nugina]

Supersaiko. Study sampai tengah malam nak naik ke Subuh. Sekarang aku dah berjangkit ngan dia pulak. Dia tidur aku berjaga. Cuma up sikit ar. Aku sampai lepas sahur. Haha *clapclap*. Mengapa dikau dikatakan super saiko? Sebab dia suka saiko aku. Jahat infiniti setiap kali dia ajak Ain ngan Fifi kejut aku dari tidur dgn cara yg amat Rejim Zionis. *aku ingat asma!!*
Dia budak Hayat. Tergolong dalam kalangan orang yg specific. Tapi takleh lawan si Fifi. Haha!! Dia suka tanya aku masa kat bilik T4 dulu sebelum kitorang pindah ke bilik T2,"Ika....kau syg aku tak??" sambil mata blinkblink buat aku nak cekik diri sendiri. Ha aku nak jawab ni, AKU SAYANG KAU LAH PAPUA NUGINA!!!
Haha..Dia adalah warga papua nugina *papua new guinea* merangkap Mak di dlm bilik aku. Sebab nanti dia akan bising2 bila bilik sepah berhabuk bagai. Huh. Mak=.="


Nur'ain Nailah binti Suhaimi[Bangla. ]

Si Bangla ni lagi saiko. Baju dia pun sume saiko. Dah lah BURPP super duper killer. Ahh tolonglah paham. Ayat dia yg meniti di bibirku saat ini. Haha. Dia ni penghuni asal T2-13 sebelum aku ngan asma masuk. Dia budak SESERI wootwoot doe. Dia ni tak tahan dugaan. Haha. Bila Fifi berjalan ke arah suis lampu je dia akan mula resah gelisah gundah gulana. Kenapa? Haha sebab dia pun nak tidur sama. Dugaan besar bagi dia bila Fifi dah nak tidur. haha. Wei study lah ain. Haha. Plus, dia ni memang 24 jam berkepit dgn henpon dia tu. Aku rasa kalau tandas Polaris ni kawasan selamat for sure dia hangkut skali henpon dia pegi mandi. Hhaha. Saiko infiniti. Aku rasa dia sayang aku lebih la. Kenapa? Sebab dia slalu datang tempat aku menyemak sambil buat peta kat katil aku. Hah aku rasa kalau aku amek Physic mesti hidup dia umpama dalam syurga. Haha. Dia budak Fizik. Langsung tak specific. Ratah milo kering. Hhaha. Agak geligeleman bila dia ngaku lagu The One BSB tu lagu dia. Haih aneh Bangla terer nyanyi lagu omputeh. Hhaha.. Dia Bangla. Sebab dia Bangla. SAYANG KAU LAH BANGLA!!!! :)


Siti Norafiyyah binti Monshi[Sri Lanka]

HAH ni lah rakan sebilik aku paling comel di hatiku. Fifi ni kecik saje, tapi otak pandai nak mapuhhh!! Hari-hari baca bio, buat math, study chemist. Tapi bila tidur ngan makan dia memang superduper awal! Dia selalunya akan jadi org 1st yg tutup lampu bila waktu menghampiri 1am. Hah ni lah dia punca Ain hilang pedoman. Hahahaha. Dia ada MP3 kaler oren doe. Aku ngan Ain si bangla tu slalu rebut MP3 nak dengar lagu. Si Ain sibuk dgn The One. Aku lak layan Menanti di Barzakh je. *perghhh agama agama kot* Haha auta 50%. Bila makan Fifi memang ada muka yg super specific infinity. Tapi dia tak mampu BURPPP ! Haha,kenapa specific?? Sebab nak bukan plastik megi pun pakai gunting. Kalau Mr. Rameshen tau mesti dia kata,"Your act like you were just programmed by computer. Like robot! " Hahah. Fifi AKU SAYANG KAU!!! Kau je takde nama specific. Macam kitorang. Haih. Aku panggil kau Sri Lanka la. Baru adil dan saksama. Haha



Hah tu jelah aku bleh cakap. No. Tu jelah aku leh taip. Nak Asar dulu. Hah mereka nyawa saya di sini.



"Ya Allah, Kau telah kurniakan aku sahabat yg mampu memberi senyuman saat aku kedukaan. Kau telah kurniakan aku sahabat yg mampu membantu tika aku kesusahan. Kau telah kurniakan sahabat yg menyayangiku. Kekalkanlah tali persaudaraan ini Ya Allah. Biar mati memisahkan kami. Jangan kau pisahkan kami kerana hasad dengki Ya Allah. Peliharalah hubungan akrab ini sampai ke syurga Ya Allah. Redhailah persahabatan ini. Amiin."

3 comments:

Wanniey Othman said...

aku suke tgk mmbr ko yg comey tu panjat kerusi nak susun buku kat rak.. aku suke.. nasib baik aku pompuan.. hahaha

p/s: selepas taip hahaha di atas, aku terus click 'publish ur komen' tp tetibe ade kuar 'word verification' yg membuatkan aku hampir tercarut tp seb baik aku ingat aku puasa.. *dlm ati dah maki dah*

Wanniey Othman said...

2 kali bhai aku kene wat word verificashit tu!!!

ikafantasi said...

hahahahaha lu bongok tak daya nahan bhai...
mmg...smlm bliau gigih alih perabot dlm bilik ng kitorg..
kcik2 kuat gak kot..



blablabla sjak bila gua ltak vrfction????
oh ya ya ya sjak gua kerapkali menerima spam comment dr anonymous bala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...