Instagram

Friday, October 1, 2010

Ceritera Dunia

Aku ibarat penonton di pentas wayang dunia.


Segala yang terpapar kisah dan ceritera manusia.


Aku menonton.


Aku menghayati.


Dan aku berfikir.


Bila wayang ini bakal berakhir?


Apa penamat ceritera ini?


Aku tersedar.


Dunia ini cuma pinjaman.


Cuma dusta terpalit di atasnya.


Andai ada setitis tulus dari hati nurani seorang insan bergelar manusia,

bukankah lebih indah jalan cerita ceritera dunia ini??





[ilham NurFahman di kala kesunyian
memerhati dan menghayati alam]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...