Instagram

Tuesday, October 19, 2010

Entry Kurang Kepuasan Hati

Sehabis study week. Aku amat memanfaatkan study week selama 10 hari dengan menelaah pelajaran dan membuat latihan. Pedih punggung duduk atas kerusi aku beralih ke katil. Haih bilaJustify Fullsampai katil je segala anak bapak mak syaitonirrojim datang pasang celak kat mata.

Syukur, masa aku selama 10 hari terisi dengan jayanya. Bangun subuh, study, sarapan, study, kunyah-kunyah, study, zuhur, study, lepas library, study, pergi admin, study, melantak kat Orion, study dan study dan study. Kali ni aku puas dengan aktiviti aku. Sebab apa? Sebab taipan 'study' lagi banyak daripada taipan 'makan'. Haha!!

Ohh apa yg kau tak puas hati nye ika oi???


"Aku tau camne budak akaun blaja. Dorang tido 24 jam pun bleh score."
---sebijik batu hempap kepala otak aku---

"Aku tengok budak akaun blaja simple je, tido awal bangun lambat. Tetibe result gempak."
---aku alih je batu tu, jatuh lagi sebijik---

"Aku tension tengok budak akaun, esok nak exam akaun masih mampu baca komik anime."
---18 ratus batu hempap kepala otak aku---


Dari zaman menengah atas sampailah zaman matrik yg dah nak abis Sem 1 ni, memang 'budak akaun' sering dikambinggurunkan.

Wei kenapa wei why limaza porke pushema kepasa???

Jijik alam aku dengar budak sains cakap camni.
PERHATIAN PELAJAR!!

Kita hidup dalam dunia yang berbeza. Hidup kau dengan ionic, molarity, synaptic, mole, displacement, density, molar mass, velocity, acceleration dan segala macam jadah lagi yang aku tengok pun 18 carik dalam dictionary pastu hentak kepala sendiri. APA TU WEI??? AKU TAK TAULAH!!!


Hidup aku pulak penuh dengan penyata pendapatan, kunci kira-kira, saham syarikat, organisasi bukan untung, aset, liabiliti, ekuiti, inventori, MKKD, MDKD, purata wajaran, penyata aliran tunai, persamaan perakaunan, konsep perakaunan dan segala macam jadah lagi yang aku pun kadang-kadang tak berapa nak paham. Ni kalau aku tanya kau satu-satu menda alah ni pun kau boleh ke jawab? TAK WEI...TAK...!

Jadi, berhentilah nak memandang rendah *wlaupun hakikatnya aku mmg tak tinggi* kepada warga perakaunan. Kami belajar akaun sebab ini cabang kami. Berhenti mengarut mengkambinggurunkan kami, kluster hayat terbaik, kluster fizik gemilang, kluster perakaunan....???


(emo 2 minit)


Kau belajar fizik sebab itu yang kau nak. Kau belajar bio sebab itu yang kau pilih masa apply matrik dulu. Dah tu kenapa pulak tak puas hati dengan 'budak akaun' yang 24 jam tidur tapi boleh score ni? Mengapa kenapa why limaza porke pushema kepasa????? Kalau nak sangat tidur 24 jam pastu result gempak-gempak-alam, nah pergi lah tuka course. Merasalah kau nak mengimbangkan imbangan duga lepas bina lejar berjela-jela dengan jurnal bersepah-sepah bukak akaun T sampai habis muka surat. Hah pergi.

Wei akaun bukan senang. Jangan pandang rendah macam kami ni kluster bawahan. Kami belajar apa yang kami patut belajar berdasarkan apa yang kami pilih dan apa yang ada dalam silibus kami. Kau nak ke kami belajar Chemist sambil bukak akaun pelarasan?? Mungkin kalau kau jahat kau akan kata, "apa salahnya?" Memang kau ni jahat betul. Atau kau nak selaraskan Penyata Bank dengan Buku Tunai sambil hafal Bio? Kalau aku jahat aku cakap,"sepatutnya wei." Tapi aku baik, aku tak pernah senang-lenang, "Senang je korang kan, masuk lab bunuh tikus dapat markah PB, akhir Sem skor 4 flat habis."

Tak pernah wei. Sebab aku tau memang susah belajar sains. Tak sebenarnya. Aku yang bala dengan sains memang aku kata susah wei belajar sains. Korang patut pikir baliklah, Korang blaja sains sejak darjah 4 kan? sampai sekarang? Dah 8 tahun korang belajar sains. Kami ni? Wei belajar akaun baru nak masuk tahun ke 3..?

Sepatutnya ada kemungkinan korang memang lagi super pasal sains compared ngan kami ni. Takkan tak bersyukur lagi?


Akhir kata, aku malas cerita panjang *walaupun dah berjela ni ha* aku cuma doakan korang boleh jawab PSPM ni dengan gilang gemilang. Yelahhhh sebab kitorang ni tido 24 jam pun dah boleh skor, watpe nak study seksa2 sengkang mata baca itu ini. KAN?? *wah pedas ni*
Sekian.

4 comments:

Jah said...

sesungguhnya benar kata-kata mu itu. -_____-

epal92 said...

btul2.sesungguhnye.aku mmg sokong 500%.haha

pnaz said...

jadi budak akaun memang sangat tough!
tiap2 hari ade presentation!
tiap2 hari pon kene beli ketas majong!

ikafantasi said...

dear jah,
aku tau kata2 aku mmg penuh dgn kebeanran.. :)



dear epal,
kau sokong aku melebihi had...mendingan kau bina IKA FC..aku hire kau jadik chief bibik aku :)

dear pnaz,
yea tiap2 hari pun kena pegang calculator..
tiap2 hari pun kena byk cakap...
tiap2 hari pun kne juling2 mata...
huuuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...