Instagram

Tuesday, November 16, 2010

Bahak dan Tangis

Bahak. Kau tak perlu susah-susah selak Kamus Dewan Edisi Terkini mahupun kamus bahasa Urdu translate ke Jawa atau Madura. Meh sini aku story BAHAK dalam konteks pemikiran aku.

Ini dia BAHAK. Klik pastu korang layan. Aku dah pecah perut usus bersimpul padu pancreas terbelah dua dah ni ha.


DONE ABOUT BAHAK.


Tangis. Hm???

Semalam I call u, u tak answer. U kate u belum habis kerja. Tapi bile ma call i mak kate, u dah tido pula.

Ha kau ternyanyi aku ha. Hm sebenarnya semalam aku call ayah. Eh tak lah haha miss called je lah kan ayah pakai bil so call la balik silalah jangan bazir kredit aku bilamana ada yang boleh membantu. Huh.

So, ayah call balik pada semalam petang. Rindunya kat ayah jangan cerita banyak lah leleh-leleh je aku kat depan Polaris. Semalam call ma borak borak gosip gosip sampai puas. Rasa aneh ganjil lak bila tak cakap ng ayah. Huhu...


Tapi semalam...kurang menggembirakan biarpun SMS ayah,

"Ye ayah pun rindu..Xpe la anak ayah blajar dulu ok. Nanti nak balik ayah amek.."



Syahdu habis la selama ni kan aku je gedix kuasa infiniti,

"Ayah ika balik minggu ni amek tau!"


Maka ku pun agak takasima habis la. Hm tapi aku naik bas je la wei balik jimat duit ayah sikit. Gpun kan lagi murah.

huhu...


[---ngeng...ape tah yg sedih sgt tu???---]


Hm...sesuatu yg menimbulkan kesedihan yg tak terungkapkan. Hanya Allah yang tahu betapa sedih hati ini.

Aku dah jangka hatiku tidak sekeras dulu. Dan yang paling pasti, aku sekarang bukan lagi aku yang dulu. Yang sekeras batu mempertahan idea.

Hati aku dah superlemah. Tak tahu sampai bila aku mampu bertahan.

Semalam spongebob kebasahan air mata siap pakej ngan air hidung skali. So aku ingat nak basuh la. Huhu..


SEDIH tau tak.




‘Janganlah engkau bersikap lemah dan jangan pula engkau bersedih hati. Padahal engkaulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika engkau termasuk orang-orang yang beriman.’ (QS. Ali Imran: 139). ‘Tidak seorang muslim menderita karena kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuh kecuali dengan itu Allah mengampunti dosa-dosanya’ (HR. Bukhari).


Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMu yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi padaku. Aku kembalikan hati ini kepadaMU dan berikanlah aku petunjuk untuk menghilangkan rasa sedih dan menyakitkan ini. Ya Allah, aku sedar dugaan ini mungkin kifarah dari dosa laluku. Oleh itu ampunilah aku dan palingkanlah hatiku yang lemah itu dari gangguan syaitan yang direjam. Tabahkanlah hatiku, permudahkan urusanku. Kurniakan aku sedetik kebahagiaan agar aku bisa melupakan kesedihan itu. Amiiin....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...