Instagram

Wednesday, November 24, 2010

Donate Blood!!! :)

Hah kau jangan tak tahu. Derma darah amalan mulia :)


Pada 13 November yang lalu, kami, warga Kolej Matrikulasi Selangor yang indah gilang gemilang ini telah menduduki Malaysian University English Test Paper 1, 2, 3. Yakni Reading Comprehension, Writing dan Listening. Peluh-peluh di dahi aku menjawab soalan.


Tepat jam 12pm waktu Malaysia, aku dengan langkah unggul dan sopan santun melangkah keluar dari ruang legar Andromeda yang sempit-sempit-alam. Hah mencari si Ain Nailah aka Bangla dengan tujuan mengajak beliau derma darah dengan jayanya.

Alkisah, nak derma darah kena jalan kaki pulak dah sampai ke Masjid Sultan Zainal Abidin, ala dekat-dekat ngan sign board Sg Raba tu la. Maka, aku, Bangla dan Papua memulakan langkah penuh keimanan. Muka si Bangla kerek habis akibat kelaparan.

Kesesakan infiniti berlaku di dalam ruang menderma darah yang pada asalnya merupakan kelas kecil ala-ala sekolah agama tu. Ha dengan panas tanpa sempadan disulami dengan bau-bauan keindahan duniawi, ha cuba kau bayangkan.

Sementara menunggu dengan erti kata lainnya, beratur, untuk mendapatkan jenis darah sebelum menderma, aku pun layan borak ngan si Bangla yang kelaparan itu. Dia pun macam ala kadar je layan cerita aku, maka aku pun berhenti berkata-kata dan melihat muka-muka cuak kebebeh yang ditonjolkan oleh bakal-bakal penderma di hadapanku.

Tidak semena-mena kejadian alam, si Bangla main tolak-tolak aku dari belakang, lalu kupalingkan wajahku ke belakang dan, "Apa permasalahan yang melanda jiwa kau kini? Dah la panas." Aku dengan kerek dan riak takabburnya tidak mengendahkan perlakuan aneh si Bangla. DAN...gedebuuukkkk!!!

Si Bangla kepitam-pitaman di tengah halaman ruang sempit alam itu. Makcik-makcik nurse mula kabut. Lari sana-sini macam VVIP je yang collapse tu. HAHA. Tetiba datang seorang makcik nurse yang sihat membawa katil lipat beserta bantal ke tengah-tengah himpunan manusia.

"Ha kak tolong kawan kau tu. Angkat dia naik sini. Heh yang lain tu tolong la jangan block pintu tu. Panas ni dik, tengok kawan-kawan kau ni ha dah pengsan-pengsan dah ni. Kesian ha." bebel makcik itu.



Ha inilah Bangla yang sudah unconscious melepek di tengah alam...

Namun, semangat rakan-rakan lain amat dikagumi dan harus diberi penghargaan. Anugerah Nobel mungkin.

Selepas kepengsanan si Bangla, makcik-makcik nurse mulai seram sejuk kerana kePENGSANan ini ibarat histeria yang berjangkit-jangkit ke seluruh warga bakal penderma. Seorang demi seorang landing tanpa kata. Kehabisan katil lipat mengundang resah apabila jumlah terkumpul para pemengsan pada 30 minit pertama mencecah 4 orang. Dan hanya dua daripadanya pengsan SEBELUM DARAH DIDERMAKAN. Itulah dia tidak lain dan tidak bukan si Bangla dan seorang lagi yang tidak diketahui identitinya.

Makcik nurse sudah mengeluarkan amaran agar sebahagian bakal penderma mengalah kepada ketentuan takdir supaya tidak meneruskan niat murni untuk menderma, dikhuatiri sebarang kejadian buruk yang menyusahkan akan berlaku.

Namun, semangat mereka sukar dijangka. Akhirnya seorang makcik nurse yang agak tough dan hebat sambil membebel dan berbicara, berjalan dengan gagah perkasa menuju ke barisan di mana terpacaknya bakal-bakal penderma seraya merampas dengan kejam akan borang derma darah mereka.

Mereka terdiam tanpa kata dan aku hanya gelak sahaja. Oh lupa. Ketika itu aku dan Papua yang berjaya dalam ujian derma darah sedang menanti giliran. Beberapa ketika kemudian, sampai giliran aku yang peluh-peluh ini untuk menderma.

SITUASI

Makcik nurse : Ha duk sini kak. [aku pun duduk je la kan]. Eh mana urat awak ni kak?
Aku : saya pun tak tau lah makcik. Carilah kat situ-situ. Mesti ada punya.
Makcik nurse : Ish takde ni. Awak ni tak pernah buat kerja berat ke??
Aku : [sentap abes sambil membayangkan kerja-kerja di kantin aku suatu ketika dulu]






5 minit kemudian...

Makcik nurse : hah banyak ni je darah awak kak?? dah berhenti ni ha. Dia tak mau keluar. Tak boleh dah ni kak. Dah keluar darah beku ni ha.
Aku : Ala makcik cuba lah cocok sebelah lagi ni ha.
Makcik nurse : [memanggil geng beliau] Camni ni misi? Dah tak keluar ni.
Geng beliau : Ish tak boleh pakai ni. buang je lah.

BUANG JE LAH.

BUANG JE LAH.

BUANG JE LAH.


Aku takasima seketika. BUANG???
*buang darah?*

Aku : Hah?? Buang? Xkan lah makcik. Membazirnya.
Makcik nurse : dah takleh pakai ni. Buang je. Kita cucuk sebelah lagi.

Ketika itu makcik nurse pegi mana tah makanya geng beliau amek alih.




geng beliau :
[sambil cucuk lenganku] Ish tak boleh ni. Darah awak memang taknak masuk dlm tiub ni.
Aku : Da la makcik. Rezeki masing2.











Aku surrender. Niat murni aku dipermainkan. Cis. Sia-sia 2 lubang pada lengan kiri dan 3 cucukan murni di lengan kanan. TERBAIK.

Dan DARAH AKU DIBUANG sewenang-wenangnya. Makanan free pulak dah habis. uhhh


Lantas aku bangun menuju ke surau untuk solat.



Pulang dengan kekurangan darah. Dan ubat-ubatan untuk tambah darah.

APAKAH???!!!!



Saya lapar.

Saya tidak mampu menderma. Anda bagaimana??

"Saya takut jarum."

"Saya dah derma dah. Sekali cukup la."

"Buat apa? Kalau saya derma, saya nak pakai darah ape."


Alasan-alasan inilah yang sebenarnya membunuh purata seorang pesakit yang memerlukan darah dalam sehari.

Jadi, sahutlah seruan kerajaan,

DERMALAH DARAH KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

3 comments:

13 said...

haha...hampeh tul

darah dh habis ke kak oi?

Wanniey Othman said...

ika, angah sangat berniat suci murni seperti ko untuk menderma darah.. tapi ko juga tau apa yg bakal berlaku pada aku kiranya aku ternampak darah mengalir melalui tiub itu terus ke bag darah itu... huhuhu

ikafantasi said...

dear 13,

haha kebarangkalian amat tinggi bahawa saya kehabisan darah...lepas ni mungkin kene pkai darah drakula mungkin...



dear angah,

ahaha angah tak perlu la nak derma darah..cari terkena kipas dan berlaku sedikit pendarahan pun dah pitam-pitam demam-demam...sudah la,,,,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...