Instagram

Tuesday, November 30, 2010

PSPM RESULT

Pagi itu indah seperti biasa.....

Kabus tebal mengelilingi KMS yg indah. Ya, KMS ibarat tanah arab. Panasnya membahang. Sejuknya mencengkam tulang belakang.



30 November 2011, 10 pagi.

Kuliah Ekonomi oleh Encik Zaidi.
Ya, betapa sayangnya saya pada Encik Zaidi kerana bagi kitorang keluar 15 minit awal untuk ke Andromeda yang bercahaya sinar mentari untuk melihat keputusan PSPM SEM 1. Hah kau memang la...memang tak ramai pun.

Sampai aku tersepit di tengah2 umat manusia yang nauzubillah punya ramai. Hah, aku pun mula mencarik dengan mata helang kuasa infiniti.

Carik no matrik bukan kerja senang, memerlukan kemahiran dan keupayaan menilik dari pelbagai aspek, rohani dan jasmani khususnya.

Naaahhhhh itu dia.......




MA 102353xxxx

AN015 - xx
AA015 - xx
AE015 - xx
QA016 - xx
WB013 - xx

#.%(




Meski pun bukan 4.00 rata. Bengkok sikit pun jadilah. Alhamdulillah. Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Syukur Ya Allah....... :))




“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat”. (Riwayat At-Tabrani)




Ya Allah, aku telah berusaha sedaya upayaku dan dengan berkat doa ibubapaku, guru-guruku dan mereka di sekelilingku, serta atas limpah rezekiMu yang penuh barakah, aku memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaanku. Aku memanjatkan syukur ke hadrat Mu Ya Allah, atas kurniaan ini, dan kebahagiaan ini. Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah memberi masa kepadaku untuk mengecapi sedetik kebahagiaan dengan berita gembira ini. Meskipun tidak begitu cemerlang, sesungguhnya aku teramat bersyukur dengan kurnia Mu. Amiin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...