Instagram

Wednesday, December 8, 2010

CINTA LAGI - "Ma, bile Ika boleh ada pakwe?"



Di suatu tengahari yang agak panas membahang, berlokasikan ruang tamu rumah berlatarbelakangkan lagu InshaAllah oleh Maher Zain.....


"Ma, sape nak hantar Ika balik Banting ni?" aku memulakan upacara.
"Eh, balik la sendiri. Nak balik rumah pandai, nak balik kolej sibuk carik orang." Ma mereply dgn hebat.
"Tengok la sama ada ayah atau angah yang hantar Ika, angah kot. Ma suh ayah hantar ma pergi Penang." Ayah memutuskan.


Beberapa jam kemudian...


"Eh ni Ika dah siap-siap ni nak balik sape hantar? Ma tak masak lagi ni. Tak makan dulu?" Ma tanye penuh superloving.

"Angah hantar, hm...tapau je la ma. Makan kat sana. Hmm...tapau untuk 4 orang tau ma." Angah mereply penuh makna tersirat.

"Ewahhh untuk sape pulak?" Ma terjengkel di situ.

"Untuk pakwe ika ngan abg makoto!!" Aku reply penuh kegedikan di sana sini.

"Hamboihhhh gatai meghelaaaa eh...Jangan nak ngada.." Ma ada muke buat-buat marah sket.

"Ala...ma ni......kalau tetiba Ika ada pakwe an..Ma marah tak?" Aku tanya macam aku ni hebat sgt.

"Toksah nak menggatai la Ika oi..Blajar dulu habis-habis.." Ma reply dengan lembut.

"MA, BILA IKA BOLEH ADA PAKWE NI MA???" Aku tanya.


Seraya itu beberapa mata helang dan burung pipit tertancap tepat ke arah aku.


"Bila Ika dah HABIS TAHUN AKHIR KAT UNIVERSITI nanti..!" Ma jawab dengan keyakinan dan jitu dan ada sikit riak takasima di merata wajah.



---aku takasima dengan jawapan superb dari ma---


Ketika di kolej, bersama abg makoto dan angah,

"Angah, bila ika dah habis tahun akhir kat U, umur ika dah berapa? Lama lagi ke?" penuh syahdu.

"Hhahhaha kau memikirkan. Alahh kau tengok angah, habis degree baru 22 tahun. Angah dah keje 4 tahun baru jumpa makoto ni." Angah komen bagai seorang pro padahal dia memang lembap hal-hal cintan cintun ni.
*hahhahahaha*



----




Seraya itu aku terfikir, ya. Aku perlu memutuskan, jodohku pilihanku. Kot-kot ma tak setuju, selamat tinggal sayang.. Heee :)


*aku mula terfikir rasionalnya aku berfikir tentang jodoh dlm usia semuda ini*




Tak kisah, lantak situ. Semoga aku bertemu jodoh yang baik, yang mampu membahagiakan aku dan keluargaku. Yang mampu memimpin aku sepanjang hidup di dunia ini. Dengan restu Ma dan Ayah. Amiin.... :))

7 comments:

Syihabudin Ahmad said...

terbaik!:)

Wanniey Othman said...

toksah nak menggatai! hahaha...

ikafantasi said...

akhi syah : syukran :))




angah : gatai menghelaaaa !!

amirul said...

Betullah kata Ma kamu itu... jgn dok gatai... habiskan belajar dulu... :)

ikafantasi said...

encik amirul : baiklah -.-

عزين الد ين محمد said...

tak gatai kahwin masa belajar. nak ada pakwe tu yang gatai.

saya pun kahwin tak habis belajar lagi. hu3...

xenazack jr. said...

cikgu azim, ika ni mane reti nye nak berpakwe...gamaknya ma nak nikahkan ika terus je kalau dah ada calonnya nanti inshaAllah..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...