Instagram

Friday, December 31, 2010

Malaysia Menang







BOLA....

Bukan aku suka bola atau minat bola atau gila bola...

Cuma aku minat safie salee yang dah jaringkan gol tu je..

Kenapa? Sebab dia jaringkan gol..

Tu je...


AKU TAK MINAT NAK CAKAP PASAL TU.







Yang aku cuba sampaikan di sini ialah kemeriahan Polaris di malam perlawanan bola tersebut...




"YEAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!! WOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!HAHAHHAHA!!!!"

pekikan yg datang dari bilik TV kat bawah sedikit sebanyak menyusahkan telinga aku yang sensitif dengan bunyi-bunyi aneh.



"HHIHIHIHIHIHIHI!!!! AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!"

nyaring bagaikan kuntilanak kecewa kena reject ngan balak mengilai di malam Jumaat.


"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!"

jengah ikut tingkap, bilik TV penuh ngan manusia.




Esok Kluster Akaun ada Trial UPS subjek Bisnes. Baca-baca beb. Mau sesak kepala otak.
Kluster Fizik ngan Hayat plak ada Trial Chemistry.



Flashback.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA", "YEAHHHHHHHHHHHHHHHH".






"Kau dapat elaun 2 kali ke wei??"aku mula memaki dalam hati. Memekak bagaikan mat rempit menang lumba haram.


"Kau dah 4flat PSPM 2 kot??"makian belum habis tatkala 2 3 kali pekikan hantu raya pakai baju kelawar dari bilik TV kat bawah.


"Wei kau dah tamat PhD ke doe???"masih......tatkala dengar pekikan superb oleh hantu kak limah yg kehilangan anak ondaway balik kampung.


Akhirnya kusumbat telingaku dengan earphone sambil bukak mp3 AQ. Bukan nak cakap aku baik. Tapi aku ni hati memang mudah marah, panas je selalu. Moga-moga dengar ayat suci AQ mampu membersih hati yang tengah panas.


Tepat 2 pagi jam aku, Aiza mesej. "Ika Jumaat cuti sebab Malaysia menang. Nak balik tak..?"

NAK DOE!!!





Oh mungkin PM bagi cuti untuk si hantu raya kuntilanak polong palesit yg tadi tu beli Strepsils, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak-anaknya dan Kawannya Si Nelayan(Fisherman's Friends).



WALAUBAGAIMANAPUN, tahniah Malaysia. Sebab bagi aku cuti Jumaat yang indah ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...