Instagram

Sunday, December 26, 2010

UPU - saya dalam delima

delima...

DELIMA....?

DELIMA????????

-bukankah dilema?-

abaikan keterangan....





Setelah tiga kali, saya ulang, TIGA kali mengisi borang UPU secara online, saya hampir menghempas HP MINI angah dengan riak takabbur kerana permohonan tidak berjaya saya tak tahu mengapakah dan apa dosa saya. Alangkah hiba sayu pilu syahdu hati ini.


Lalu saya lepak-lepak bukak FB main game tutup FB bukak blog jalan-jalan makan pasir sambil dengar Maher Zain tercinta.


Pulang ke KMS dengan harapan menggunung, akhirnya saya pun mula memohon.

tett tett tett....

Bunyik nak super. Ah lantak situ. Klik sana sini taip sana sini backspace sana sini akhirnya permohonan berjaya.



Makcik bedah bertanya,"kau mohon ape ika?amek course ape?"
datang makcik leha dengan ikan kembung dari pasar,"kau mintak katne ika?"
disusuli uncle john jual roti,"u amek dekat2 je ika..susah kalau jauh.."
makcik jenab menyampuk,"ika kau dah pikir abes ke ika?"


---boleh tak semua orang diam? saya dah konpius ni ha---





Pilihan 1: UUM - UE00 SARJANA MUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN

Pilihan 2: UKM - KE00 IJAZAH SARJANAMUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN

Pilihan 3: UM - ME00 SARJANA MUDA EKONOMI

Pilihan 4: UPM - PE00 BACELOR EKONOMI




amek kau...semua ekonomi...YEAH...

saya yakin salah satu daripada mereka akan tersingkir..:)

pilihan seterusnya, Islamik Banking...huhu



Harap saya jumpa awak dalam Istikharah saya :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...