Instagram

Friday, January 14, 2011

Dugaan Datang Lagi

Penghapus dosa kecilku......

Selasa, 11 Januari 2011
Sepanjang hari aku hanya duduk di dalam bilik yg berHAWA DINGIN berselubung dengan sweater.. Yea..Sejak perabot di bilik sudah beralih tempat, dan kipas syiling dengan gigih telahku lap dengan si Bangla, keadaan dalam bilik amat sejuk bagai Artik. *keterpesongan bermula*

Petang tu, Mira ngan Nab datang nak blaja Maths ngan aku. Aku pun seriau, aku ni Maths bukan pandai sangat, setakat nak wat UPS sambil tengok formula bertampal kat dinding boleh la. Huh.

Setibanya mereka, aku baru bangun dari tidur siang setelah menelan Panadol. Tengah2 study Maths dengan gilang gemilang, aku tak mampu menahan sakit kepala laluku tidur. Tengah2 malam, around 3 am, aku gerak si Bangla,

Aku : Ain, bangun ain. Teman aku ain. Aku nak muntah ni. *nangis teresak2* Bangla : Jom jom.

Balik dari toilet,

Bangla : Semalam kau mimpi takut lagi ke? Sampai menangis tersedu2... Aku : Aku mengigau kot. Aku kalau demam memang selalu mengigau....


Rabu, 12 Januari 2011
Seawal pagi azan subuh aku terjaga terus menuju ke toilet untuk mandi. Sejuk jangan cerita banyak la memang beku abes. Tapi takpe aku berlagak kental.

Selesai solat aku tidur, aku rasa aku lah selemah2 manusia dalam dunia.. Nak angkat mata pun tak larat. Pastu aku mintak tolong ain letak tuala basah atas kepala aku macam ma selalu buat bila aku demam. *tengs bangla*

Nak dekat kul 8, aku telan panadol lagi.. Aku baring jap. Badan aku dah mula peluh2. Aku bangun bersiap sebab exam start kul 9.

Dalam dewan, aku hantuk kepala kat meja beberapa kali sampai mamat sebelah aku cuba untuk membaling meja dia ke arah aku. Tapi nak wat cemane.. Kepala aku pening. Dah la exam Maths. Terbaik.

Soalan 3 aku taram dengan konfiden sebab aku dah tak mampu nak pk. Soalan lain aku bleh jawab. Harap2 betul...AMIIN.. Redha je la.

Petang tu, paper bisnes kul 2.30pm. Aku seriau ngan bisnes. Sebab setakat ni makhluk yang mencacatkan pointer aku cumalah bisnes sahaja. Tapi ALHAMDULILLAH YA ALLAH, aku rasa ini paper bisnes yang terbaik aku penah jawab dengan konfiden. Over konfiden memang tak patut. Tapi aku boleh kata, 75% aku baca memang kuar. Syukran Ya Allah.

Malam tu tak seteruk malam semalam. Menggigil macam kena gila ba**. *ni ayat dlm novel ni*
Aku redha.

Khamis, 13 Januari 2011

Hari terakhir, masih demam. Exam ekonomi. Aku memang tak baca. Tak study pun. Cuma baca dan hafal formula nak kira KDNK. Tu pun tak banyak. Kepala sakit teruk. Mata berpinar. Aku tawakkal je. Aku yang aku ingat masa aku blajar dalam lecture itu lah yang aku jadikan bekal nak bawak ke dewan exam selain minta doa restu ma n tawakkal lillahi ta'ala.

Habis exam bangteh pun sampai, laluku pulang ke kampung halaman. KAJANG.



JUMAAT, 14 JANUARI 2011

pendek citer. Demam aku makin teruk, lepas maghrib ayah bawak pegi Klinik Kesihatan Kajang.Malang memang berbau tengik, dapat doc yg kerek, tulis sana tulis sini, pegi pulak ke bilik doc lain utk ujian darah, pas dia cucuk aku dengan bergaya, darah pun dihantar ke makmal. Terus ke doc kerek tadi tu.

doc kerek : dia ni suspek denggi. esok dtg cek darah lagi ok. ni ubat.byk minum air ok.
ayah : thanks.



amek ubat.

balik singgah beli burger, bapak sedap nikmat aku makan dengan sos blackpepper melimpah ruah. Pas makan ubat aku terus online. Huhuhuhuhu


Ya Allah, terima kasih kerana terus mengingatkan aku dengan keagungan Mu. Aku terima ujianMu dengan berlapang dada. Semoga ujian ini mampu menghapus dosa kecilku. Amiin.

2 comments:

pJarT_FiZa said...

lenkli sepak je bangla tu...
hahaha...take care yeee

ikafantasi said...

haha klau ikutkan ati nurani yg bersifat syaitonirrojim mmg si bangla ingin kusepaki dgn bergaya,,

tp kasian plak,,tga relek tdo ttbe kne sepak..hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...