Instagram

Tuesday, January 18, 2011

Padahnya Lupa Daratan

Entry kali ni tidak ditujukan secara khusus kepada mana-mana pihak dan orang perseorangan dan ia tiada kait mengait dengan mereka yg telah meninggal dunia mahupun sedang koma atau masih sihat walafiat.

Dengan bahasa mudahnya, entri ini sangat umum, sesiapa yang rasa entri ini terkena batang hidung sendiri, saya mintak maaf. Tapi takpe, bagus jugak. Kurang2 pun korang sedar sape diri orang. Ya, dan aku juga.

GAGAL. Satu perkataan yang agak negatif didengar di telinga. Namun, tak dinafikan ramai manusia kat dunia ni memang takut dengan kegagalan sampaikan satu tahap apabila dia menghadapi kegagalan, dia tidak mampu menerima kegagalan dengan hati terbuka sehingga timbul persoalan "KENAPA?"


Seperti apa yang aku pelajari sebelum ni, Allah beri manusia sesuatu ujian itu mengikut kemampuan manusia. Allah takkan beri seberat-berat ujian yang manusia tidak mampu menanganinya. Tetapi apabila timbul sahaja soal 'kenapa', ingatlah bahawasanya kita sedang mempersoalkan takdir Allah.

"Kenapa aku dah study teruk-teruk lebih dari orang lain tapi result aku tetap teruk?"



"Kenapa aku dah buat banyak latihan tapi aku tak pernah paham?"

"Kenapa aku tak boleh jawab dalam exam sedangkan aku dah hafal 1 buku kulit ke kulit?"

"Kenapa aku je yg ditimpa kegagalan macam ni?"


Bila kita dah mula mempersoalkan takdir Allah bermakna kita mula tidak menerima takdir yang Allah tentukan. Inilah yang berlaku di sekeliling kita, bilamana kita mula menyalahkan orang lain, menyalahkan takdir Allah dan serta merta menyusahkan perasaan kita dan orang di sekeliling kita.



Puncanya apa? Muhasabah diri kita banyak-bayak. Kenapa kita susah nak terima kegagalan?

1. Kita terlalu banyak mengkritik kelemahan orang lain.

Ini masalah yang memang menyusahkan. Bukan salah jadi pengkritik, tapi biarlah kita ada ilmu. Nak mengkritik biar berhikmah. Biar boleh diterima. Jangan jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus tapi diri sendiri berjalan senget. Dan bila mengkritik janganlah berlebih-lebihan sampai menganiaya perasaan orang lain. Takut-takut nanti dia terasa hati dan terlintas dihatinya berdoa agar Allah beri balasan atas kritikan kita tadi. Doa orang teraniaya ini mudah termakbul. Kot-kot didoanya kita gagal, ha memang gagal sungguhlah nanti. Oleh itu, jaga bahasa dengan orang lain.

2. Kita terlalu banyak meninggi diri dan bercakap besar.

Part ni memang best. Memang ramai di kalangan manusia sekarang ni pantang berjaya sikit, mula meninggi diri. Pantang kena puji sikit mula hidung tinggi kalah Zizan. Baik jadi Zizan, hidung tinggi tapi orang boleh terima dia.

3. Terasa diri sangat hebat, unggul, waja, karisma dan seangkatan dengannya.

Jangan bermimpi di siang hari. Sedangkan orang berilmu pun terasa dirinya amat bodoh sedangkan kita yang biasa-biasa ni silalah jangan terasa pandai pulak. Semua tahu, semakin banyak ilmu yang kita dapat sebenarnya kita semakin tidak tahu apa-apa. Jadi, jangan cuba jadi lebih bodoh dengan berlagak pandai dan berlagak tahu segala-galanya. Belajarlah untuk belajar dari orang lain.



4. Tidak pernah menghadapi kegagalan.

Masalah ni paling susah. Terlalu kerap berada di atas menyebabkan kita berasa terlalu selamat dan berasa terlalu yakin dengan kemampuan diri kita. Bahayanya orang yang tak pernah gagal ni macam yg aku mention kat atas tadi tu lah. Timbul persoalan KENAPA yang mempersoalkan ujian yang Allah beri.



5. Selalu menyalahkan orang lain.

Penyakit ni takyah dok cari2 kat sesipa. Orang Melayu punya penyakit ni lah dia. Pantang salah sikit, salahkan orang lain. Cubalah cari jalan penyelesaian sendiri. Jangan cepat melatah dan menuding jari ke arah orang lain. Jari yang empat tu terarah ke kita jugak. Allah bagi akal untuk berfikir baik buruknya yang ada dalam dunia ni. Jadi, gunalah akal untuk berfikir dan muhasabah diri sendiri daripada kau buang masa duk tuduh kau salah aku betul kau bodoh aku pandai. Semua tu membuang masa membazir tenaga dan berkemungkinan dapat dosa pulak nanti.



Konklusinya, kita hidup kat dunia ni tak lain untuk berjaya di akhirat kelak dan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Datangnya Mardhatillah ni tak lain dari amal yang kita lakukan. Innamal a'malu binniyyat. Sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Oleh itu, niat kita mestilah lillahi Ta'ala. Jangan niat sebab nak berjaya semata-mata. Kita berjaya kerana apa? Kerana adanya Mardhatillah, kerana Allah redha dengan amalan kita, Allah terima amalan kita.

Pemudah kata, langit itu terlalu tinggi untuk manusia. Alam ini terlalu luas untuk kita kaut semua hasilnya. Justeru, rendahkanlah hati kita serendah-rendah Bumi, tinggikanlah akhlak kita setinggi-tinggi langit. Semoga Allah meredhai setiap pekerjaan yang kita lakukan lillahi Ta'ala.


KEGAGALAN tu adalah titik tolak menuju kejayaan. Jangan jadikan kegagalan sebagai perosak sesuatu hubungan. Kelak dirimu akan dibenci sepertimana kau membenci kegagalan.


p/s: aku tak stuju dgn kata-kata 'gagal sekali bukan bermakna gagal selama2nya'. kenapa? sebab nak kena tunggu gagal sekali dulu ke baru boleh berjaya? kita mungkin berjaya dulu baru gagal. dan mungkin gagal lebih dari sekali yang membawa kita kpd kejayaan. pape pun, aku hanya mampu bersyukur sebab diberikan Allah kegagalan dan kejayaan sepanjang hidup aku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...