Instagram

Wednesday, January 19, 2011

Sinar Mentari di Pagi Hari

Tajuk entri seperti usual.. Nak gempak..


Oh sinar mentari di pagi hari hanyalah kiasan daripada "SAHABAT2KU TERCINTA DI KMS."


Saya mulakan dengan rumet. Nak cerita panjang agak buang masa, tenaga dan tebiat. Hanya klik di sini dan anda akan tau merekalah yang saya supersayang di KMS :)

Seterusnya, sahabat sejak zaman sekolah doklu-doklu..

Namanya Nurul Ain binti Abdul Hisyam.. Akanku story sedikit tentang si kecil molek yang suka berbaju kebaya ini :)

Dia ni teman seperjuangan aku sejak tingkatan 4. Namun begitu, kitorang tak brape nak rapat sangat sebab aku sendiri jarang ada dalam kelas. Bile ada group task, aku memang takkan sama ngan dia. Namun kelas kami amat bersatu hati berjiwa murni.
Suatu hari, di mana berlakunya satu majlis yakni majlis bacaan yaasin dan solat hajat untuk budak kelas aku sebelum menghadapi SPM bertempat di rumah aku....

AIN : MAKCIK2, IKA TU GARANG KAN MAKCIK KAN?
Mak aku : yeke? dia buat apa kat sekolah?
AIN :TAKDELAH TAPI DIA TU MEMANG GARANG.
mak aku : oohhh....nanti dia..biar makcik tanya dia..apa dia buat kat skolah...


[perbualan berlaku di dapur rumah aku]

Ain yang comel takut ngan aku sebab aku garang..? Haha ain kau mmg klaka abes...


ni ain...cute an dia...tapi takut ngan aku...anehhhh!!!


NEXT, sahabat sekuali aku...maksud aku,,,,sahabat sekuliah aku..
mereka terdiri daripada,

NURUL AMIRAH BINTI CHE MAT
Budak ni kelas lain.. rumet wan ain dulu2...tapi skang lepas wan dah kuar matrik, dia ni la membe aku dalam kuliah..dia ni bapak gila tinggi.. Kira kalau jalan ngan kau ni Mira, baik aku jalan ngan tiang lampu kat KMS ni.. Tiada bezanya. Mira ni, okay.. Suka cubit aku sampai lebam.. Budak blaja blaja tak macam aku tidur aku lah superjuara.. Bab-bab bisnes kau tanye je dia. Menghafal bisnes bagaikan tiada hari esok. Hebat. Nak harap aku menghafal bisnes, kau tunggu aku terjaga dari lena yg panjang pun belum tentu aku mampu. Heh.





NABILA HUDA BINTI SHALHUDDIN SHAH
Makcik ni budak KAKOM doe!! Kebudayaan kasik dia je. Menari sana sini memang pakar. Otak pulak pandai. Budak ni kecik je. Tapi tua 2 hari dari aku. Dia ni kalau ajak merepek memang best ar. Kau layan ar die merepek sampai pagi tak abes. Bila bergabung skali ngan mira, sape yg dengar aku merepek bersama mereka hanya mampu mengutuk dan mengata je lahhh.. Hahaha. Aku panggil budak ni Nab, dan aku takasima saat terlihat perkataan "NAB COMEL" kat buku latihan akaun aku yg dia pinjam. Serius aku koma 2 saat.




ANIS NABILAH BINTI ROZALI
Yang ni si kecik lagi sorang. Kecik je dia ni tapi mulut perghhhh....!!! "Wey aku tanya sikit je wey kau jangan la explain panjang2 aku rimas la.. Kau ni banyak cakap betul la.." Ni lah ayat power dia buat aku tercirit tak terkata. Relek je makcik bedah ni bedal aku sampai aku diam tak terkata. Takpe nis, kau je yg mampu cakap aku cam ni. Haha. Dia ni nak compare ngan mira ngan nab memang hancur KMS.. Tambah ngan aku lagi. Memang duk dalam kuliah orang blaja kitorang sempat gosip hangat lagi. Budak ni kalau dapat henpon aku kat dia, Ha kau jgn mimpilah wallpaper kau bertahan lama.. Memang muka dia je la kalau aku bukak henpon aku tu ha. Gila mereka ni.





TAPI, saya sayanggg mereka!! Huh korang walaupun selalu mengganggu waktu tidur aku dalam kuliah, tak layan aku merepek masa kuliah bisnes, selalu suruh aku senyap bila aku tengah merepek masa maths, korang lah yang dah selamatkan aku dari terpesong jauh lepas kehilangan wan. Aii cewahhhhhh ayat gramatis abess ni. Dan juga terima kasih sangat sebab korang slalu blanja aku makan ais krim dan sebagainya. Sumpa sayang korang sampai mati.



From left; mira, aku, anis, nab

1 comment:

empress said...

hoho i like....
pic aq tu xley besar lg??
:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...