Instagram

Tuesday, January 4, 2011

Syukran YA ALLAH

YEAHHHH setelah berlari-lari kayak anak kecil menuju ke Koperasi untuk memfotostat questionnaire sebanyak 50 helai, akhirnya aku berjaya.

hoyehhhhh :))

Bukan pe, semenjak masuk melangkah menjejak ke SEMESTER 2 yg konon-konon buleh relek seperti badak berendam, sesungguhnya amat banyak sekali assignment yang perlu dibuat + disubmit secara berperingkat.

I'm done my English research.

Begitu juga dinamika yang baru aku submit sepenuhnya pada jam 3.57 ptg tadi.

Next part of research ialah Chapter 3 yakni graphing based on research result.




Esok akanku gunakan pengalamanku sebagai pekerja kantin yang berjaya untuk mengedar questionnaire kepada warga KMS yang bijak bestari.


Hah....skang ni sedih....Online pun tak buleh lama-lama. Huhu..




Yang pasti UPS minggu depan...Aku amat takut.. seSUPERINFINITI aku pun cuak kebebeh masih ada kot..





YA ALLAH, ampuni aku atas dosaku pada hari ini. Aku telah memperkatakan sesuatu yang bukan hakku kepada mereka yang tidak berhak. Aku telah melukakan hati mereka kerana kesalahanku sendiri.. Ya Allah, Engkau Yang Maha Pengasih, aku mohon padaMu, sucikan hatiku dari segala perkara yang membinasakan diriku dan orang di sekelilingku. Bersihkan hatiku dari hasad dengki dan marah yang membara. Lindungi aku dengan hijab yang mampu menyembunyikan kelemahanku.. Ya Allah, aku berlindung pada Mu dari syaitan yang direjam.. Ampuni aku dan keluargaku serta sahabat2ku Ya Allah..

YA ALLAH...aku mohon padaMu, kurniakanlah aku hati yang baru... hati yang bersih... kurniakan aku jiwa yang lebih tenang...aku hambaMu yang terlalu lemah dan sering alpa dengan dunia dan sifatnya Ya Allah..Jangan Kau palingkan pandanganMu dariku Ya Allah..


Sesungguhnya setiap yang aku telah lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan hanyalah semata-mata kerana Engkau, Ya Allah.. Berkatilah setiap pekerjaanku dan permudahkan urusanku...Amiin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...