Instagram

Friday, January 21, 2011

Terima Kasih Pakcik

Entah mengapa....ah malas nak karang ayat.

Terima kasih kepada Pakcik aku dari Mesir, yg sudi dengar cerita hebat yang aku simpan selama 2 tahun. Nampak macam cerita besar punya. Tak pun. Cerita biasa. Yang mengubah hidup aku sampai jadi selemah-lemah manusia dengan selemah-lemah hati.

Terima kasih juga kepada si dia yang buat aku jadi macam tu suatu ketika dahulu. Tanpa anda, mungkin aku masih leka dan tidak mengenali perihal seorang makhluk bergelar lelaki.
Peringatan yang anda kasik sepanjang 2 tahun ini membuahkan hasil. Aku dah dapat hati yang baru. Dan pagi buta ni, semua segala rahsia telah terungkai.


Hilang sudah penat aku menanggung cerita cinta yang melalaikan. Terima kasih pakcik kerana menerima dengan hati terbuka. Sahabatmu bukan insan yang begitu. Ika percaya, dia tidak sehina itu. Cuma Ika datang pada waktu yang sangat tidak sesuai, menjadikan Ika mangsa keadaan.

Terima kasih juga pakcik sebab masih mampu menasihati dan bagi semangat meski yang menjadi tajuk cerita ialah sahabatmu sendiri. Bukan niat Ika nak membuka rahsia tapi Ika dapat hati yang baru. Yang lama takkan Ika simpan lagi.

Ika minta maaf juga sebab secara tak langsung melibatkan pakcik dalam hal remeh ni. Terpulang pada pakcik nak simpan atau gunakan cerita ini sebagai medium untuk menasihati beliau. Ika serahkan pada pakcik.

Tapi Ika sangat percaya, dia buat macam ni cuma pada Ika. Tidak pada orang lain. Ika harap apa yang Ika percaya ini adalah kebenaran.


Terima kasih pakcik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...