Instagram

Tuesday, February 22, 2011

Keajaiban - Miracle

Apa yg ajaib? SEMUA.

Segalanya yang berlaku di sekeliling aku ni tersangatlah superajaib. Kalau aku kumpulkan semua alangkah indahnya dunia.


APA?

---Sahabat kini menjadi saudara---

Sahabat yang sebenar ialah mereka yg menerima kekurangan aku, kelebihan aku, yg mampu menangisi kesedihanku, yg mampu tersenyum dgn kegembiraanku, yg mengetahui masalahku sebelum aku ketahui, dan mereka juga yg memberi hati setenang Tasik Chini.
*haaa kau...bukan senang nak bace ayat skemarono aku*

---Matrik bakal berakhir---

Matrik. Yang suatu ketika dulu aku anggap sebagai satu titik hitam dalam hidup aku. Kini bakal berakhir dalam masa kurang lebih 2 bulan lagi. Bahagia? Ya jugak. Rindu? Mungkin hanya pada mereka di sini. Tak sabar? Itu yg pasti.

---Umurku menginjak lagi---
Rasanya baru semalam aku tamatkan darjah 6, baru semalam aku masuk sekolah menengah, baru pagi tadi aku amek keputusan PMR, baru tgh hari tadi aku amek keputusan SPM, baru senja tadi aku masuk Matrik. Umur terlalu cepat meningkat. Kini aku masih memBZBODYkan diri menyiapkan tutor, study, makan dan sebagainya.. Final yg semakin menghampiri.
Bulan 6 nanti genap umur aku 19 tahun. Dan setelah itu, angka umur tu akan berubah dengan bergaya. Tiada lagi gadis belasan tahun. Kini memasuki angka PULUH. Ahhhh
*kau dah tua ika...umah kata get out..kubur kata welkam*




Jujur, takutnya aku setiap kali menjelang ulangtahun. Umur yang semakin bertambah tetapi amal yang turun naik kekerapannya. Amal yang cukup tah tidak tu... Melayakkan aku masuk ke syurga? Atau menghantar aku direct ke neraka?



Aku telahpun memiliki hati yang baru. Yang tak mungkin aku cemarkan lagi dengan rasa sakit dan dosa. Walaupun seringkali titik hitam di hati ini sering muncul saat amarahku melanda... Aku terlalu takut.


Marah...?


Bila si dajal itu akan berhenti memberi ruang dosa kepadaku?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...