Instagram

Tuesday, March 22, 2011

Cerita Tukang Karut dan Tukang Urut

Pada suatu hari ketikanya angin bertiup sepoi-sepoi bahasa France, dilihatkan oleh mata-mata penduduk Kathong akan beberapa objek aneh, bukan objek terbang yg tidak dikenalpasti, tetapi hanya objek aneh yg bergerak secara berjemaah. Mulainya mereka nampak normal...



Berjalan bagaikan keluarga poligami yg bahagia. Tanpa sengketa dan duka nestapa. Bersama riang gembira menikmati petang yg hening. Jalan tar menjadi saksi kemesraan mereka. Juga parking kereta menjadi saksi keceriaan mereka meskipun dari sudut pandangan belakang mereka nampak macam kakak2 jual kerepek di pasar seni.


Sesekali bergurau mesra seperti dunia mereka yang punya. Merapu itu tabiat mereka. Rapu lah apa pun hanya mereka yang memahami. Mat saleh kata, "Sooo sweeetttt.."
Kalau nak ke mana-mana, satu nak pergi, semua pun pergi. Seperti belangkas yang ada la dalam 2 3 hari lagi nak kawin. Dia punya rapit toksah citer, alangkah bahagia.

Akhirnya, end up mereka di suatu tempat bernama markas manusia. Tempat di mana golongan manusia berpusu-pusu membeli-belah tanpa hala tuju dan iman yang teguh. Membeli penuh nafsu macam bapak-bapak mereka Gabenor Bank Negara. Di situlah objek-objek ini menuju. Mungkin membeli sesuatu juga.

Namun begitu............keanehan telah berlaku. Nampaknya, mereka mula celaru di situ.
Apa yang berlaku? Si beg putih mulai bertindak kurang normal. Ingin memisahkan diri dari kebahagiaan yang mereka kicapi kecapi sebentar tadi. Mengapakah? Nampaknya.....
Mereka seperti berkonspirasi. Konspirasi apakah? Ha itu yang kita tak tau tu. Ini aneh. Cuma berdua meninggalkan geng mereka yg lain dan menuju ke bilik kecil itu?????

Siap bukakan pintu lagi? Ini aneh.....!!!!!!!


--------------------------


lindsay : Jennifer(bukan nama sebenar), kau teman aku nak kuar duit jap.
jennifer : Donwori bihepi la Lindsay(bukan nama betul), aku ikot.
lindsay : kau lah kawanku. *sambil berusaha cocok kad ATM*

ATM : tett tett tett tett tett *sambil menyala2 lampu hijau*

Jennifer : kenapa ni, lindsay?
Lindsay : Jijik! ATM rosak. gua ada seringget ni. Jennifer, blanja gua beli roti skang gak.
Jennifer : Bapak gua memang Gabenor Bank Negara. Mak gua pulak owner Maybank. Acik gua rendah sikit, cleaner kat BSN. Dalam poket gua ada la dalam rm0.05. Baki fotostat semalam.





---------

biadap. Bank Rakyat kat sini selalu mengecewakan aku. Aku dah decide nak mintak sedekah je pasni. Pastu aku nekad Bank Rakyat kecik tu aku bakar sejurus tamat PSPM nanti.


---------


p/s:citer ni takde kene mengena ngan mana mana hamba Allah sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia. Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Agak-agak nak percaya, lekas-lekaslah solat sunat.

1 comment:

aiza husna said...

ini yg ko x bagi kau bce ye ika????hahahahha..nak kutuk mcm xaci sbb i like u know...hhhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...