Instagram

Saturday, March 26, 2011

Dedication + Final Exam = Budak Kecik

"Kak asal kau suka sangat buat dedication kat blog kau? Siap letak gambar lagi. Takpe ke?"

---2 minit berlalu---

*nak je aku letak minah ni buat model blog aku utk dedication seterusnya*


"Relek la. Aku ni jenis yang menghargai orang. Tapi tak berapa reti cakap,"Wei kau kawan aku ar. Terima kasih doe." Jadi aku manfaatkan blog aku sebagai medium perantaraan untuk aku berterima kasih dan menghargai persahabatan yg terjalin."
-aku menjawab dgn penuh gaya-


---3 minit minah ni berfikir..nak kutuk aku kata takde idea nak post entry la tu---


"Asal kau ni? Aneh-aneh sangat. Nak aku letak muka kau kat blog aku pulak ke? Aku relek je. Boleh kalau kau nak."


"Eh tak la kak. Kak, kau ajar aku buat blog boleh?"


***bagitau aku faktor-faktor yg tidak membolehkan aku lempang diri sendiri***

=====


Final exam bakal bermula kurang 2 minggu lagi. Dan aku...


*Ish cemane nak packing barang balik ni?barang aku dah la barang-duduk-4-5-tahun*

*ish apetah aku nak buat cuti 5 bulan ni?*

*cemane kalau ma aku ajar masak pulak kat umah nnt??*


*ala..bosan nya xleh foya2 ng member cecuti lama ni..cemane nk foya klau duit takde?*

*ish..cemane nak carik keje pasni ea? nak keje ngan makteh ma tak bagi pulak*


*kalau tak keje duit takde..cemane nak ganti pendrive angan 32GB yg aku hilangkan tu*




[aku rasa dah jatuh hukum wajib utk aku melempang diri sendiri dgn penuh kebersahajaan]


--satu pun takde kaitan dgn final exam--


Mungkin aku patut berehat dari mengONLINEkan diri sekarang. How come? No one stops me. Hah..!

Aku dah jumpa conclusion. Dah takde sape pulak nak suruh aku,"Hoi kau boleh tak berhenti merapu kat sini dan pergi belajar sekarang?" atau..."Kau nak jadi burung hantu sampai bila?" apetah lagi..."Dah wei gi offline..blaja.."



Haha. Aku mungkin patut terima kenyataan yang aku ni masih BUDAK KECIK yg perlu bimbingan orang dewasa.


Sakit jugak.

1 comment:

pRiNCe said...

nice...entry...:)
thnx tau datng melawat...:)

awak dah join contest cabutan bertuah kat blog sy??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...