Instagram

Wednesday, March 23, 2011

Entry untuk Ustaz Azman

Kahkahkah.. tak tu bukan gelak. Tu batuk versi buat-buat.

Sukacitanya dimaklumkan kepada Ustaz Azman aka Mat Top .

Biarpun kau menolak pelawaan aku untuk membuat blog, tapi aku peduli apa. Aku bukan nak kutuk kau kat sini. Aku cuma nak berterima kasih kat kau. Nak cakap direct aku segan. Bukan sebab kau hensem atau macho atau hebat. Tapi sebab nanti kau kata aku cari kau masa susah. Haha.


OKAY. Mungkin dah dua kali pulak aku digelar kawan lupa kawan. Mungkin kau dah salah kat situ. 10 markah untuk aku sebab berjaya menyedarkan kau yang aku memang tak lupa kau. Kau lupa aku. Itu mungkin.



Eh tak aku bukan nak kutuk kau. Aku memang suka cerita pasal kau.



Alkisah, ostat ni aku kenal sejak darjah 2 skolah agama. Dia satu kelas ngan dari darjah 2 pastu 3 pastu 4 pastu 5 pastu 6. Aku tak tau kenapa dia nak jugak sama kelas ngan aku. Haha kat situ. Tapi 5 tahun pulak satu kelas aku tak pernah tegur kau. Oh ada masa darjah 4, kau kan hebat Arab masa tu. Aku tanya dia soalan arab je. Takut kena cubit ngan ustazah punya pasal, aku pun tanya. At last, kantoi. Dan kena cubit juga dengan ustazah-kiut-tapi-garang yakni Ustazah Sulhi Masyitah binti Ibrahim. *aku ingat doe nama beliau..biasalah aku kan sayang dia*



Tamat darjah 4. Masa darjah 6 pun masih satu kelas. Memang suara kau sedap, tak sia-sia pulak aku datang setiap Jumaat baca Yaasin dalam kelas dengan Ustazah Sufinah binti Kasiging. Part last doa khatam kau punya suara sedap pun keluar. OKAY.

Pastu dah tak jumpa kau dah. Dorang kata kelas kita ramai pulak budak dapat SAMTEN, betul la kan. Si Syazani je yg aku kenal yg masuk SAMTEN. Kau juga. Masa tu aku dah lupa pulak kau sape. Orang tanye Azman. Aku tanye balik Azman mana? Haha.

Pastu aku pegi kem macam-macam selama 2 3 tahun. Baru aku perasan kau memang ada dalam dua kem yang aku pergi. Aku cam kau masa azan pulak. "Eh, budak ni macam budak cina kelas aku kat skolah agama.." Kata aku.

Tetiba tah cemana si Zwan Gonjz tu berkawan baik dengan aku pulak. Haha. Dari situ lah aku jumpa kau balik. Dan kita pun reunion sesamo.


Mungkin macam aneh bila aku dedicate mendelah ni kat kau. Tapi takpe, aku peduli apa.

Cuma aku nak bagitau kau je lah. Kau sahabat terbaik. Sebab kau mampu dengar aku merapu sehari suntuk. Abang aku pun belum tentu nak dengar mukadimah kemerapuan aku.

Cuma satu, kau belum kasik McFlurry aku lagi. So aku sedang tunggu. Jangan nak buat-buat lupa. Btw, terima kasih banyak sahabat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...