Instagram

Wednesday, March 30, 2011

Final Exam Mood


Aku dah buat analisa terhadap diri sendiri sejak 2 minggu sebelum start study week. Hasilnya, memeranjatkan aku jugak. Dengan berbekalkan muka relek bergaya, aku mula buat research kat semua orang jugak. Hasilnya, aku hanya mampu buat muka ketat.



Antara gejala-gejala yg berlaku pada student sebelum study week (termasuk aku) :

  1. Dah mula malas nak pergi tutorial sebab markah PB dah key-in, so tutorial tak payah submit.
  2. Dah mula pandai datang lambat setengah jam, sebelum ni kau datang setengah jam awal.
  3. Dah pandai main hide-n-seek dalam lecture, kau masuk sign attendant pastu kau keluar ikut pintu belakang.
  4. Dah pandai buat-buat 'overslept' lepas Zuhur.
  5. Dah reti dah ajak member join ponteng sekaki.
  6. Dah pandai pergi online FB siap webcam2 lagi kat bilik member yg sekepala.
  7. Dah pandai pergi klinik mintak MC kat doktor hensem dgn alasan semalam kau kena diarrhea.
  8. Dah pandai sign attendant untuk hari2 semalam yg kau ponteng tu.
  9. Dah pandai mesej member sejati suruh sign kan attendant untuk kau.
  10. Dah berjaya ponteng dengan bergaya pastu lepak bilik study layan blogging.




Ni hasilnya lepas aku buat research kat budak kuliah aku. Aku mengaku ada la dalam 1/5 daripada gejala lagha kat atas ni, aku join sekaki. Lepas aku selidik menggunakan mata helang aku, ditambah pulak dengan maklumat-maklumat dari pakar pemontengan kelas bertauliah iaitu Cik Leha yang baru je insap dari kerjaya pemontengan beliau, aku dapati terdapat beberapa faktor yg mendorong student melibatkan diri dalam arena pemontengan kelas ni. Antaranya:

  1. Mentang-mentang tak payah anta tutorial, so kau pun dgn bergaya direct pergi balik bilik lepas abis kuliah.
  2. Malam-malam kau layan movie, padahal exam dah dekat. Pagi bangun lambat pulak. Sampai kelas setengah jam lewat. Lect tanye kau jawab apa? "Sorry sir, overslept, semalam tido lambat lah. Study." *Study acik kau*
  3. Konon masih bagus sikit, still datang lecture sekalipun hanya untuk sign attendant. Dah tu pergi lecture tak dapat apa. Baik kau tido je lah terus kat bilik kau tu.
  4. Balik tengahari solat Zuhur, lepas solat kau bantai lena atas sejadah pulak kan. Orang buat istikharah pun tak sampai macam kau lagi.
  5. Kes-kes takut kena tindakan di bawah Akta 174 sorang-sorang, kau siap heret member kau sekali. Apa kau dapat?
  6. Konon tunjuk baik depan rumet kau, pagi2 lagi dah gerak pergi kelas. Padahal dah plan ngan member kau nak online kat bilik dia. Cukup2 wei.
  7. Ni alasan klise, dari pagi kau skip kelas. Lepas Zuhur pergi HEP mintak pergi klinik. Konon ada MC. Berbekalkan jeep HEP yg gagah kau pun dibawak ke klinik. Konon-konon semalam kau kena gastrik la. Semalam punye cerita padahal... Amek MC bagi kat lecture... Lepas....
  8. Mentang-mentang lecturer bizi dgn kerja2 menjelang PSPM, kau pun amek kesempatan sign attendant utk date yg kau ponteng. Haihhhh
  9. Teruk, malas punye pasal. Takpe kau berhabis kredit mesej member sejati kau suruh sign kan.
  10. Konon ramai sangat la nak baca blog kau tu, sampai tiap-tiap saat kau nak HAPDET. Padahal..... Siap boleh ponteng lagi. Haihhh...



Intihanya, kepada pelajar-pelajar matrikulasi yg bakal menduduki PSPM pada 11 April hingga 20 April, dan bakal bercuti panjang selama kurang lebih 5 bulan *bagi yg meneruskan Degree di IPTA* , di sini aku ingin menyeru kepada kalian, jauhilah gejala ponteng kuliah dan kelas tutorial di minggu terakhir ini.

Sebab, nak harapkan kau naik cubic masa tengah study week memang harapan la kan. Rajin lah sangat kau nak naik cubic jumpa lecturer tanya itu-ini. Bagi kau, bilik tu dah cukup heaven.



Plus, kalau nak naik cubic kan kau kena formal-formal-skema-skema, kalau kuliah pun malas nak pergi apetah lagi cubic. Jadi, manfaatkanlah masa seminggu yang ada ni dgn sebaik-baiknya. Selagi ada kuliah, kau datang jelah. Menguaplah sampai rahang kau hilang krem skalipun, datang je. Sekurang-kurangnya kau dapat dengar suara lecturer pun jadi lah kan.





p/s: KAU yg digunakan sedikit sebanyak kena kat aku jugak sebenarnya.

2 comments:

Jah said...

welcome to the club ika :)

lee anna shim said...

hahahaha.. aku dulu pun mcm ni juge.. haha.. tapi kene pandai2 cover ma... kimia time tutorial buat2 rapat ngan lecturer.. fizik n maths pun sama.. hahahaha.. dan ia memang berkesan.. (^_^)v

*p/s: sampai ade 1 hari tu ade member siap tarik aku jatuh katil suruh aku pergi kelas.. gile kental la.. hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...