Instagram

Wednesday, May 18, 2011

Alhamdulillah.


Seperti mana makhluk-makhluk matrikulasi lain, aku juga mendapat demam yang sama. Demam tunggu result. Seperti yang diberitahu, 18 Mei yakni hari ini, result matrik akan dikeluarkan. Maka, aku, sebagai seorang kanak-kanak-riang-yg-gila-tak-sabar-nak-tengok-result dengan muka lapar dan dahaga, tepat kul 12 mlm tadi aku terus send sms ke 15888. Dapat reply on the spot pulak. Maka, poyo poyo je lah aku konon-konon ala nervous lah seram lah malu lah. Yekkkkkk. Bukak-bukak je,

Maaf, semakan keputusan peperiksaan masih belum dikeluarkan lagi.



Jijik =.="


Maka, aku pun pergi lah online dengan bergaya di e-Putra. Beliau memberitahu bahawa segala semakan boleh dilakukan bermula jam 10 pagi. *ha awal kan kau check result ika?*



Terus aku offline dan layan CSI.




Tarikh yang sama 10 jam kemudian.


Ada la dalam 2 3 minit lagi nak pukul 10, aku dah tercongok depan laptop sambil sarapan. Ha, nampak tak kesungguhan aku yg infiniti tu? Bergaya, kan?

Tepat kul 10 je terus aku masuk KPM. Heyyy glaba betul. Line tak de lah jemmm mana. Tetiba kat FB ada orang post,

"Wei dak matrik, korang punya result delay sampai pukul 12."


Aku rasa terhina, tertipu dan terpedaya sebanyak 2 kali. Aku baling laptop atas katil dan aku turun layan si Eiyzran. Lepas zuhur, aku mencuba nasib lagi. Henpon aku dah bunyik2 macam meminta kaki. Aku malas nak layan, tu sume mesej FB tu.

Tak lama, aku pun check. Ehh Nurul Amirah mesej pulak. Dan dia dah dapat result. Aku pun bergaya terus masuk KPM.


Tet tet tet tet. Berjaya masuk.



Mata helang aku pantas menuju ke PNGK. Alhamdulillah. Takde lah cemerlang gemilang terbilang sampai 4flat. 3.58 je pulak. Tapi aku bersyukur gila. Aku target 3.2 je sebab ekonomi ngan maths syadid habis. Bisnes pulak aku memang tak letakkan apa-apa harapan palsu mahu pun saduran. Alhamdulillah sangat. Bisnes aku buat pertama kalinya dalam kehidupan aku kat matrik ni, dapat A. Ya, buat pertama kalinya. Sebelum ni, subjek lain aku takde masalah. Paling-paling A-. Bisnes je yang kurang berkompromi ngan aku. Paling hebat aku pernah dapat bisnes B+. Tu paling hebat tu. Ni kalau budak 4flat baca ni, dia gelak sakan lah.

Orang lain sibuk skor bisnes, konon-konon bisnes lah yang paling senang. Aku? Haha bisnes tu macam addmaths masa SPM je aku rasa. Namun begitu, kecewa jugak sebab Ekonomi aku buat pertama kali pulak dapat B. Sedih ok. Maths pun. Dah memang 2 2 subjek tu agak susah masa PSPM dulu, jadi aku terima je dengan redha.

Tahniah ar kat budak hebat kelas aku. Amir, Wani, Umi, Zatul, Ryan. Korang 4 je la yg sure dpt 4. Haha:)

Alhamdulillah.



"Ya Allah, aku memanjatkan kesyukuran atas kejayaan yg Kau berikan padaku dan sahabat2ku. Kejayaan kecil ini berkat doa dari ma, ayah, keluarga juga dari sahabat2ku yg lain. Aku bersyukur Ya Allah. Usahaku terlalu sedikit utk dibandingkan dengan kurniaan yg Kau berikan. Sesungguhnya Kau Maha Pemurah kepada hambaMu. Ya Rahiim, aku memohon jangan Kau jadikan aku manusia tamak dan tidak bersyukur. Jauhi aku dari sifat mazmumah itu Ya Allah. Hindarkan aku dari sifat riak dan takabbur. Aku memohon barakah dan rahmat dari Mu atas kurniaan yg Kau berikan ini. Amiin."

**Terima kasih yg tak terhingga buat Nurul Amirah Che Mat, Nabila Huda Shalhuddin Shah dan Anis Nabilah Rozali sebab korang memang budak blaja yg hebat. Selalu bawak aku pegi blaja. Paksa aku hafal bisnes nangis2. Paksa aku baca ekonomi padahal mata aku dah tak tahan ngantuk. Paksa aku pegi library di saat bantal busuk aku memanggil-manggil. Tidak kurang juga korang ajak aku buat bisnes sampai tak tidur malam semata-mata nak bantu aku yang lemah bisnes ni. Juga kerjasama korang bersama-sama kita menyelesaikan soalan maths malam tu, yg menjadi rezeki kita esoknya keluar sebijik soalan tu dalam exam. Terima kasih korang. Juga kepada rumet ku Nur' Ain Nailah Suhaimi yg banyak support aku, paksa aku bangun awal-awal pagi. Paksa aku blaja bisnes jugak, tidak kurang kau tanya-tanya aku pasal ekonomi. Cis, nak menguji aku kan. Terima kasih juga kepada Siti Norafiyyah Munshi dan Norasma Azimah Misnan yakni roomate ku budak hayat yg banyak bagi aku tekanan untuk belajar. Mau tak, korang 24 jam buku. Takasima wei. Terima kasih kepada Nor Aizatul Husna, Syarifah Solehah Syed Hasan, 2 orang gila dalam kelas aku yg banyak support aku jugak. Kadang2 support utk on9 jugak. Haha. Terima kasih semua!


*perghhh gaya ucapan mcm la kau dpt 4flat kan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...