Instagram

Tuesday, May 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

10 Mei 2010

Aku mula daftar masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor, Kathong, Jugra, Banting. Nama nak hulu aje. Sebelum daftar muka aku cool habis. Masuk matrik dengan azam tak payah nak berkawan sangat la kan blaja je. Sebab aku ni kan sangat lah peramah, ngan semut pun aku nak tegur. Sebab keramahan aku ni ha masa SPM dulu aku main-main. 5 tak cukup wei, aku target straight. Blah la nak straight kalau petang2 stay back kat skolah, study 2 jam selebihnya main-main. Maka kat matrik ni, azam aku nak blaja je.

Blah, memang tak ar kan. Weekend je tidur balik pas subuh, matahari atas kepala baru nak bangun. Dah tu baju kotor basuh hujung minggu berbaldi-baldi. Memang la aku datang matrik ni untuk basuh baju je. Jumaat malam, kalau tak merayap macam hantu kat sekeliling KMS, mesti layan movie 2 3 episod. Ada time2 kental aku datang, 1 drama korea aku layan. *hey ika mana pergi azam kau hah?*

KOnon azam nak blaja kan? Bape kali kau ponteng tutor ika? Bape kali kau ponteng kuliah? Ohh ada excuse eh, ha kat matrik ni aku memang selalu sakit. Sakit kepala aku pun makin teruk sejak masuk matrik. Admitted dah 2 kali. That's why lah aku dengan bergaya-mutu-keunggulan nya meng'absent'kan diri ke kuliah dan tutor.

Alkisah, masuk sem 2 penyesalan mula timbul. Result sem 1 atas pagar je. 3.59 bukan sesuatu yg membanggakan bagi pelajar perakaunan. Paling-paling teruk pun kena skor 3.7. Tu paling teruk. Result jatuh merudum. Daripada 3.8 masa UPS dapat 3.59 masa PSPM 1. Maka, aku pun memasang azam baru. Azam untuk tidak berfoya-foya lagi.

Alhamdulillah, aku dah berjaya buktikan aku boleh je blaja sebenanye kalau ada azam dan IMAN YANG TEGUH. 3.75 UPS sem 2. Tapi, manusia kan, mudah lupa. Keasyikan dapat result baik sikit, aku mula dah main-main balik. Tambah2 pulak ada assignment English, aku bawak laptop ke kolej. Siap dengan broadband. Di samping buat assignment, aku pun on9 macam hantu. Tengok movie lagi. Sejarah berulang. Ujian2 kecil aku menunjukkan yg aku ni memang teruk. Sampaikan kena panggil secara personel dengan Ketua Unit Bisnes. Teruk.



10 Mei 2011

Tapi, hari ini..aku kat rumah yg indah permai ni. Makan tido tgk tv on9. Kadang2 keluar hang out ngan kawan-kawan. Perghh hidup bahagia je kan kau ni ika. Aku terpikir nak kerja, tapi mak tak bagi pulak. Nak kerja kat Penang memang mak dah haramkan awal-awal lagi. Almaklumlah anak gadis dia yg TOUGH ni mane penah SAKIT kan. Sebab kan aku masuk ward seminggu kat penang ari tu, mak aku dah tak bagi aku pergi jejauh lagi. Nasib baiklah dapat matrik pun dekat je. Tiap-tiap mingu mak boleh datang. Haha.


Dah la tak kerja, duit pulak dah makin abis. Adoyy... Mem'babysitting'kan si Eiyzran Shahriez Edi ni bukan senang. Lasak bukan main. Memang kurus lah aku sampai bulan 9 duk jaga dia.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...