Instagram

Thursday, May 19, 2011

Kerana Mulut....atau Kerana Facebook

Selamat Petang semua. Cewahhhh sejak kapan skema skema berselamat petang. Hari ini rutin aku macam biasa babysitting si Eiyzran sampai patah pinggang dan tulang belakang. Aku redha. Terkadang rasa ingin mencampak budak botak itu ke dalam katil dan sumbat susu 7 8 botol. Bila kenyang dah mengantuk terus tidur. Tapi kang aku yang merapu sorang-sorang takde geng nak main lori.

Abaikan. Aku mengonline semalam sampai ke 2 pagi. Tu sebab dirampas oleh budak-mekap-tebal si kaklang, kalau tak mahu ke 4 5 pagi aku mengarut. Sedang online, aku perasan sesuatu. Bahasa bukan lagi jiwa bangsa. Tapi, bahasa dah tak digunapakai lagi dalam kehidupan seharian. Dengan erti kata lain, bahasa dibinasakan menjadi bahasa binasa. Ok aku cakap pasal diri sendiri jugak, tak tuding jari pun.





Aku perasan status-status kat facebook selalu yg kerek2 je. Ada orang marah,

"Hei kau kalau nak pergi berak pun nak kena update status susah la woi."

"Kalau setakat nak maki-maki, carut-carut kat ex-bf/gf kau, takyah semak kat status la."

"Yang kau nak maki hamun dia buat apa? Lagi orang benci kat kau."




Ok aku pun baran bila tengok status yg pelik kuasa infiniti seperti,

"omaigoddd hubby I on the way back from outstation. Dia belikan I rantai diamond uuu.."

"Kau ingat kau bagus sangat ke? Wei cermin muka la sebelum nak rampas bf orang."
*ni biasa nya dia mesti pakai huruf2 pelik siap ng simbol2 love la 3 4 segi la, dah tu huruf pulak kecik besar kecik besar.kau tak rimas ke?*

"Oh best nya tadi dating ngan yg tersayang, kitorang pegi blablabla pastu beli blablabla dah tu balik dgn blablabla.."
*mmg bf kau tu suami kau yg sah pon..xyah nk citer sgt la..dosa je*





Aku pernah cerita pasal pendapat aku tentang orang yg hobi memang suka update status kat facebook. Tapi aku cerita kat facebook. Ahhh, akulah manusia yg suka update status tiap-tiap saat tu. No, at least aku tak update status bagitau semua orang yg aku ni on the way nak pergi toilet kat pavilion yg kena bayar RM 2 pastu 'ter'kena ngorat ngan mamat indonesia dan bangla. OK. Apa budak pavi kata, 'bajet hot'? Entah, aku tak reti bahasa budak2 zaman sekarang ni.


OK, bagi aku, takde salahnya kau nak update status kau setiap detik dan ketika. Sebab tu adanya dan wujudnya ruangan What's on your mind kat FB tu. Tapi kau nak update pun, kan lagi best guna bahasa yg enak dibaca. Takdelah, makcik pakcik veteran FB ni sakit jantung tengok status kau maki-maki carut-carut tak tentu hala, guna pulak bahasa Melayu asli yang memang kalau baca pun dah terasa berdosa dah.


Tak cukup dengan maki, ha dia siap bagi link tuan punye FB yg dimaki lagi. Konon, hebat lah berani mati pegi sound direct. Silap hari bulan kena simbah acid sia-sia je. Ni la namanya,

KERANA FACEBOOK, MUKA BINASA.


Kan dah style, manusia akhir zaman skarang ni. Pantang salah sikit nak simbah acid, nak tikam perut, nak bakar rumah. Wahh dah hebat dah tu. So, berhati-hati dalam pertuturan. Kadang-kadang kita rasa apa yg kita cakap tu yg paling hebat dan betul serta mutu keunggulan dah tu. Padahal, orang yang membaca rasa macam nak pijak kita pakai kasut kawad budak KRS.

Budi Bahasa Budaya Kita.

Orang berbudi kita berbahasa.



Iklan kat TV kemain lagi gah menunjukkan rakyat Malaysia berbudi bahasa. jap eh. *ptuihhh*

Tengok FB pun tau la. Macam mane negara nak maju kalau rakyat sendiri main baling-baling api, simbah-simbah acid.

Cuba la mesra alam sikit, baling-baling duit ke. Main sep sep tom tom ke.


Semua kerana Facebook. Terbaru, kat berita. Orang kena tipu dekat FB. Jatuh cinta ngan mamat Nigeria, siap bagi2 barang kemas duit ringgit bagai. Memanglah duit tu kau dapat dari langit kan mencurah-curah je masuk dalam akaun kau. Senang-senang je bagi kat orang. Baik kau bayar zakat ke sedekah jariah ke. Dapat pahala.

Ada pulak yg cerai-cerai pakai FB. Bak kata ustaz ape tah, FB ni kalau guna untuk dakwah, pahala mencurah2 sebab dengan satu klik je, 1 dunia dapat baca dakwah yg kita bagi. Tapi kalau guna untuk gosip, dosa melimpah ruah. Dengan 1 klik je satu dunia tau cerita busuk yg kau sebarkan.

Benda dah ada depan mata, gunakan dengan sebaiknya. FB tu salah satu medium pak ostat pak ostat untuk sebarkan dakwah. Tapi dalam FB tu sendiri macam-macam jenis umat ada. Terpulang pada iman dan hati kita sendiri. Nak ikut yang mana. Ambil tahu tu takpe, tapi jangan ikut.

Jangan guna untuk sebar fitnah,
Tapi guna untuk sebar dakwah.
Kita hidup cari Mardhatillah.
Bukan cari murka Allah.


Peringatan untuk aku sendiri yg selalu leka dengan FB, juga untuk sahabat-sahabat seIslam. Panjangkan untuk renungan :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...