Instagram

Sunday, May 22, 2011

NKTM and Hangout with the superbs!

21 May 2011

Seperti yg dirancang, tak sebenarnya aku yang rancang. Menonton wayang cecite Nur Kasih The Movie kat GSC Mid Valley bersama teman-teman. Disebabkan aku layan drama Nur Kasih pulak, jadi aura gelojoh aku nak tengok movie ni di tahap separa infiniti. Aku pun ajak si adam atau nama saintifik beliau, Azman. Aku juga mengecall si Nedy suruh bawak member beliau barang seorang dua untuk memeriahkan majlis.





Akhirnya, yang hadir cuma 6 orang. Aku, Nedy, Syai(yg juga temanku sejak tadika), Azman, Zwan, dan Pizi(member sekolah). Jadi lah daripada takde. Eh selalu aku lagi sesuka tengok wayang sorang-sorang. Takde la mengganggu aku kan nak popcorn sikit lah, wei sikit air la dan segala macam gangguan luaran dan dalaman.


Sesampai di Mid Valley kucari bayang si Zwan yg datang awal *kononnya*. Serempak ngan mamat tu dia baru sampai, beratur dah sampai epan McD. Aku pasrah la beratur an. Nak suruh Azman? Haha harapan la. Silap dia beratur dalam McD pastu terus makan. Sementara nak sampai ke kaunter yg ada la dalam 2 3 kilometer lagi, macam-macam lah cerita ceriti keluar dari mulut kami bertiga(aku, nedy ng syai). Dah nak sampai aku nampak kelip-kelip kusangka api dekat list board cinema tuh. Nur Kasih tayangan ke 2, 5, 6 dah full. Nasib. 1st tayangan kul 11.15. Sekarang kul 10.55, ok! Sampai kat kaunter dah pukul 11.



Aku tanye akak kaunter,"Sit untuk 6 orang, Nur Kasih The Movie." *senyum penuh harapan*

"Sorilah dik, ada 6 sit cukup2 je. Tapi different spot. 2 sini, 2 sini, 2 sini."
*sambil tunjuk 3 spot yg SGT JAUH antara 1 sama lain*

Aku pun bingung, aku 3 orang, laki 3 orang. Lantas Si Syai,"Takpe lah biar aku duk ng zwan."

Penyelamat! Oh Syai, kau lah kamen rider ku. Haha.

Sebenarnya, Si syai, zwan ngan azman 1 skolah. So dorang dah kenal. Aku, nedy ng pizi lak 1 skolah. So kitorang kenal. Aku, azman, zwan plak memang membe. So saling kenal mengenali lahhh.


Dapat je tiket kitorang pun pegi depan tunggu sampai kul 11.15 adalah dalam 2 3 minit lagi. Datang si zwan dari blakang dengan air ng popcorn. Eh aku punya mana?
Alaaa...


Tetiba, "wei ni korang punya." Pizi datang dari blakang bagi Coke ng popcorn. Ecewahh. Best ni.

"Time kasih wei. Sape blanje ni?"muka sehabis comel lahhh aku tanya.

Pastu si azman tunjuk pizi, pizi tunjuk azman. Terus aku malas nak layan.


Masuk panggung, iklan baskin. Aku dah teruja. Haha. Start. Layan. Ok aku nangis pulak. Tak, sikit je doe. Yang penting kena sorok ar, tak hingin aku kena bahan ngan budak bajet kental si nedy ni. Asek carik bahan lawak sebab nak tahan nangis. haha.


Habis cerita, aku krem. Sejuk gila. Kaki dah tak terasa. Aku gagahkan diri. Cewaaahhhhh ayat mula la nak gramatis kan. Haha. Keluar je kitorang decide nak pegi makan. So, food court je la sebab paling dekat dan paling murah pon. Haha.


Si Zwan pulak kena balik masak. So dia gerak Jusco dulu then terus balik. Bye Zwan. Kitorang menuju ke food court, setelah 2 tahun membuat keputusan, baru si nedy dan syai pegi beli makanan. Aku memang tak makan siang dan petang mahupun pagi, so aku tak makan. Tinggal ngan si azman ngan pizi yg masih belum habis solat istikharah utk menentukan makanan mana yg paling tepat. Cis. Lambat.

Atlast, si pizi beli menu sama cam nedy. Ecewahhhh. Si Azman lak tak nak makan. Ha lantak. Habis makan pegi solat. Then, pegi pets world. Layan rindu kat dora n baby dengan melawat rakan-rakan mereka. 2 3 ekor hamster menarik perhatian aku. Gemuk macam baby. ha rinduuu..

Habis dah, tak tau nak pegi mana tapi masing-masing tak nak balik lagi. Nak suruh dorang cakap next destination pun susah. Lantas untuk tidak membuang masa, aku pun kata,"Ok window shopping." Dorang pun layan je. Masuk Hinode, mata aku pening. Mata pening? Lantak situ. Benda2 pink bersepahan, aku dah juling. Salah aku sebab ajak window shopping. Tak tau pulak aku si syai ni kaki shopping.

Kaki aku dah lenguh berjalan. Tapi melihatkan aura si syai ni nak teruskan aku pun layan. ahah.

Habis window shopping aku pun decide untuk balik. So dorang pun ikut. Dah macam aku ni ketua rombongan. Ya.

Sampai kajang 1 lagi persoalan. Syai dah balik. Tapi si bujang 2 macam tak nak balik. Aku ingat nak pegi Kajang carik keje. Almaklumlah dah 3 hari tak makan nasi. Masuk hari ni dh 4. Haha.

Atlast, aku halau dorang balik, aku ngan nedy menuju ke mamak sebelah KTM ni. Layan milo ais dulu. Pastu ngantuk. Haha cam ape. Aku terus call ayah.
"Ayah, ika kat mamak sebelah KTM. Ayah amek lagi 5 minit ar. Nak habiskan air." "Eh awal balik? Haha. Ok lagi 10 minit ayah gerak."

=.="


Ayah tau aku keluar takde duit, tu yang sedap je sindir direct tu.


Balik. Bermula tugas aku sambung jaga Eiyzran. Maka sekali lagi aku bertukar menjadi Kamen Rider. Hah.

And thanks ar kepada Nur Nadiah Azahar, Shahira Ismail, Azman Zulkifli, Hazwan Hasrin dan Affizi Fadzli sebab sudi ikut aku layan NKTM. Haha. Juga sebab belanja coke n popcorn. Lepas ni aku nak ajak makan Baskin pulak. Sape nak blanja? Hahaha!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...