Instagram

Thursday, May 5, 2011

Ohh Sudah Tukar Ka??

Ha korang ingat tak ni ayat sape? Salah. Bukan ayat tanya. Ni ayat Ravi dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Apakah kejadahnya aku wat entry pasal ayat2 ni? Dah la lama tak post, lepas tu merapu pulak.. Haha..

Ohhh. Macam ni ceritanya:

Pada suatu senja yg dah nak dekat azan Maghrib, berlokasikan dapur berbau ayam panggang, berlatarbelakangkan lagu minang si buset kegemaran ayah. Aku dan ayah sedang menikmati minum petang yakni mihun goreng dan air kopi SEDAP yg AKU BUAT.

Tetiba ayah,

"Eh ika sejak bila pandai pakai ceongsam ni???"OK. Serentak mata helang aku mengintai pakaian sendiri. T-shirt, seluar track.
Aku terus makan dengan pelahap tanpa mempedulikan kata-kata ayah yg macam tak logik tu. Mesti ada agenda lain yg beliau nak kenakan aku.


"Mana dapat ceongsam tu? Amboi.."

Ok aku dah pelik pulak. Apakah?


OHHHH!!!!


"Ayah cakap pasal ni ke?" aku tanya sambil tunjuk menda alah yg ada kat tangan aku.


"Ha ye lah. Mana dapat tu? Pandai ke pakai?"



Serentak tu segala gelak ketawa syaitonirrojim keluar dari mulut aku. Haha. Nak tau apa? Ni ha...


Doe, ni chopstick. Bukan ceongsam, ok? Hahahahaha.




"Ayah ni chopstick kan?"



"Ayah tau, saje je nak uji." (muka merah padam)


Haha malu ar tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...