Instagram

Sunday, May 15, 2011

Tutup Aurat atau Balut Aurat??

Kelmarin dulu aku berjalan bergaya ala-ala misha omar menuju ke KL. Bukan buat mende pun, lepak-lepak bersama teman-teman sekolah. Nama pun KL, macam-macam jenis orang aku jumpa.

KL tu dah macam 'Jakarta, Malaysia.' dah. Dengan gaya rocker, jeans koyak tang lutut, rambut pulak nak serabai ala-ala kak limah, baju dah gamba tengkorang, jalan secara berjemaah di tengah-tengah kota KL ni. Doe, seram doe. Aku ni kalau tak terdesak sangat nak pergi PWTC tu memang aku takde maknenye nak turun KL. Kalau aku kena culik macam mane?? *sape yg malang nak culik kau ika?*


Tapi, tu cerita pasal makhluk asing. Yang tu semua orang tau, semua orang nampak, semua orang takut. Yang tak takut tu ha, geng2 dorang je. Hahah. Yang aku nak story ni pasal kaum aku, sejantina ngan aku, sebangsa ngan aku, seagama ngan aku, senegara ngan aku. Yang ni lagi penting.

Ok first2 aku jalan secara bergaya menuju je KTM. Masuk tren ni dah jatuh hukum mustahil dah kalau nak duduk. Memang berdiri je la. Sambil-sambil berdiri aku rancak merapu ngan member aku. Almaklumlah duk ledis koc. Kaum adam takde. Maka aku pun merapu lah dengan gaya bebas.

Sedang asyik merapu, aku perasan sorang akak ni muka perghhhh ayu. Comel dengan rambut lurus ada kerinting2 sikit kat bawah. Pakai baju blaus sampai lutut kaler hijau muda. Memang cantik. Tren terus bergerak. Baru aku perasan akak ni tak pakai seluar. Aku tanye member aku, betul ke ape yg aku nampak ni? Ha tak betul. Dia pakai seluar sebenarnya, tapi tak berapa nak seluar sangatlah. Apa makcik-makcik sekarang ni panggil? Legging? Ha yang tu lah. Trend perempuan akhir zaman sekarang ni lah. Legging. Aku ni kampung sikit, sebelum aku tau nama dia legging, aku panggil tu seluar renang.

Aku terus takde mood nak merapu. Sayang ah, muka cantik, gaya sopan gadis melayu. Tapi legging. Ok, takdelah nampak sadis sangat sebab freehair lahhh kot. Ada lagi aneh aku jumpa. Dah turun tren, sampai kat destinasi aku pun jalan-jalan.

Yang ni lain macam. Aku pandang orang mesti dari atas punya. Dari atas, memang cun. Dengan shawl ala-ala Hana Tajima, siap mekap artis pulak lagi, bulu mata Rozita Che Wan, pipi merah Betty Boop, eye-liner pun tak nak kalah siap dengan contact lense kaler oren. Ada la sikit macam Alice dalam citer Twilight tu. Cantik, kan? Baju dia. Kau jangan cerita la, memang aku berkenan. *aku tekan like 10 kali* Baju putih ala-ala cinderella, kembang bawah sampai lutut. Comel sangat wei.

Lepas tu terus aku blah dari situ. Ada la rasa tertipu dan diperdaya sikit. NAPE?

Legging. Tu lah tajuk kita hari ini, ye. Legging. Dah ala-ala muslimah dah tu, tetiba pakai legging striking pulak kaler merah. Siap dengan wedges tinggi pulak ada la dalam 3 inci kot. Ok, menurut mata aku, adalah pelik pakai baju kembang dengan legging. DAN SHAWL. Ok shawl kau dah lulus, labuh dah labuh. Jarang tak jarang pun. Baju kau cantik, lawa, labuh. Pakai je legging, terus pelik.

Aku bukan kutuk ok. Tapi kena sendiri pikir la. Tepuk dada tanya iman, tanya hati. Aurat tu apa? Allah suruh JAGA AURAT, TUTUP AURAT. Kau memang tutup aurat. Tapi, cara kau tutup ialah dengan memBALUT. Apa kriteria menutup aurat dalam islam?

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Kebanyakan perempuan berpegang pada hadis di atas. Dia tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Tapi dia lupa tentang ini.


Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].


Dah tutup, tapi sempurna tak?

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


Dah tutup, tapi mengikut syarak tak?

Banyak yang ditinggalkan untuk kita amalkan. Tapi, manusia kan. Lebih baik tidak tahu daripada tahu dan tak nak buat. Ada yang rasa, "kalau aku dah tahu, aku kena buat. Baik aku tak tahu." Jadi, kau pun ambil langkah untuk tidak ambil tahu.

Apa yang kita ada sekarang tak mungkin kekal. Kulit yang cantik, muka takde jerawat seketul pun, dan sebagainya. Buat apa nak tunjuk? Itu bukan hak kita. Tu semua pinjaman dari Allah. Tak lama nanti akan ditarik balik.

Cuba kalau kau pinjam rantai emas kawan kau, nak ke kau tayang kat satu dunia, "wei cantik kan ni rantai AKU..." ada ke? Mungkin ada kalau kau tak malu.

Ya, malu. Malu tu tandanya ada iman. Hadirkan rasa malu setiap kali kau nak dedah sana sini. Malu pada barang pinjaman yang bukan hak kau. InsyaAllah Allah akan melindungi hambaNya yang menjaga amanah.



Entry ni tak lain hanya untuk mengingatkan diri aku sendiri dan saudara-saudara seIslam. Sebab aku pun tak sempurna, terlalu banyak cacat cela. Harap Allah ampunkan dosa kita. Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...