Instagram

Thursday, May 26, 2011

Wilcha dan KLCC

25 Mei 2011

Hatiku melonjak riang tatkala along kata nak belanja tengok wayang. Sekitar lepas asar, kitorang gerak ke KLCC. Tetiba citer yg along nak tengok tu sold out so tak leh ar tengok wayang. Proceed to Plan B, pergi Aquaria.



Sebelum tu kitorang jalan-jalan dulu kat taman luar KLCC tu. Jalan-jalan snap sana-sini tanpa mempedulikan negro-negro dan pak arab-pak arab yg berkeliaran, along amek keputusan untuk patah balik pulak ke Plan B. So, kitorang pun berpatah balik. Taman KLCC ni tangga dia kecik-kecik je. Dek kerana banyak sangat tangga tu yg buat peluh memercik-mercik.



Aku amek port belakang skali ala-ala bodyguard family. Biasalah, muka hebat kenalah jalan dengan bergaya. Sedang asyik meneroka senjakala yg kaler merah, aku terperasan satu bunyi yang aneh-aneh. Doe, budak jerit minta lolipop pulak. Tapi serius memang seram bunyik tu. Lantas aku dah tak pay attention dengan langkah kakiku.


Entah bagaimana, ketika aku melangkah menuruni tangga-tangga comel itu, sedar-sedar aku dah bersimpuh atas tangga tu lutut menghentak kepala tangga dah aku dah pun selamat duduk atas keting sendiri.


Tatkala itu ada mamat negro tanya aku dengan muka concern *agak nye lah.mamat tu belakang aku pulak*. Si kaklang yg ada depan aku berpatah balik dan membalas,"she just fine. thanks."


Fine kejadah, kaki aku dah patah ni. Sakit dia toksah cerita, setitis dua manik-manik jernih keluar dari mata. Aku cuba tahan tapi tak payah. Memang tak tahan. Along yg sedang asyik mendokong Eiyzran turut berpatah balik ke arah aku. Aku masih bersimpuh, perlahan-lahan membetulkan duduk agar nampak lebih berkarisma.


"Ish, kau jatuh macam mane ni ika?" along tanya dengan muka risau. Aku tak dapat nak agak dah aku jatuh macam mane. Aku lost. Aku sedar je dah bersimpuh atas tangga dengan lutut di bawah.


"Ish ni takut retak ni. Tak pun patah. Memang tak boleh jalan dah ni." lagi merembes manik-manik jernih membasahi pipi memikirkan nasib tak mampu merempit lagi. Oh tidak.*bak kata mak kalau org yg ada saki baki nyawa, dengar komen along sure terus mati serta merta*

Lepas 10 minit gitu, along suruh aku try bangun, asalkan dapat sampai car park pun jadi la. Mereka yg lain dah mula bagi idea suruh panggil security la ape la. Aku dah panas dah. At last, aku try bangun pelan-pelan. Nak pijak tu rasa cam kena potong kaki. Sakit dia lain macam.


Aku nekad, jalan je sambil dipapah kaklang dan bangteh. Kesian kat kaklang sakit pinggang kau ha memapah aku. Ahaha. Namun masih sempat bahan aku dengan muka relek,"dah macam papah org tua pulak."


Aku redha. Berkat kesabaran yg aku tanam sejak menjaga Eiyzran, aku praktikkan pada waktu itu. Sampai ke entrance KLCC, pakcik security berbangsa India dengan muka cemas cakap-cakap dengan along sambil pegang walkie-talkie.


Dia bawak aku duduk kat kerusi depan entrance tu. Maka berlaku perbualan yg kurang enak.

along : dia jatuh tangga. Macam mane ni ye? Tadi sampai tak boleh gerak. I takut apa-apa yg serius je.

Pakcik Security : Macam mane ye? Nak wheelchair ke apa ke?

along : I tak kesah la asalkan sampai ke car park. I nak bawa ke klinik.

Pakcik Security : Ok I'll go get it.



Suka-suki la wheelchair pulak. Ha sikit punya lama kau amek. Aku usulkan kat along supaya tak payah nak wilcha sangat la. Dah seKM pulak aku jalan tadi. Bagi aku duduk kejap dah boleh sambung jalan balik. Along macam setuju, lantas dia pergi cari pakcik security yg membawa wilcha.


Sedang kepergian along, aku perasan ada 2 3 pakcik berblazer mungkin dari customer service KLCC berlari-lari lalu sebelah aku bersama 2 orang security keluar melalui entrance. Aku pikir lain dah, eh eh ada penjenayah ke?


Aku buat tak tahu. Lagi baik pikir pasal nasib diri. Tetiba datang pakcik security yg tadi dgn wilcha nye. Si pakcik2 berblazer dan 2 pakcik security yg lain turut hadir sama dgn muka separuh tercungap. Aku rasa nak gelak guling-guling. Namun kutahan dalam-dalam supaya tidak mengecilkan pihak lain.


Hahaha dorang punya lari macam ada penjenayah padahal aku je pon yg seliuh. Aku perasan sorang pakcik berblazer macam angin satu badan. Mungkin dorang pikir ada makcik mengandung yg dah nak terberanak kot sampai perlukan wilcha.


Haha. Kelakar namun kusimpan tawaku jauh di lubuk hati yg paling dalam. Lantas seorang pakcik berblazer menolak aku menuju ke lif. Sepanjang perjalanan aku berdoa supaya tidak terserempak dengan mana-mana makhluk yg mengenaliku.


Sampai car park aku mulai lega. Lantas kitorang batalkan segala plan yg ada. Memang aku ni spoil brat of the day. Masuk kereta menuju ke Kajang SEMULA. Haha. Sampai Kajang along bawak aku pegi klinik. Doktor tu edjaz2 kaki aku. Dia kata ni terseliuh, mungkin tak serius, bagi ubat then klau berlarutan kena pegi X-ray.


Seram pulak bunyi Xray tu. Aku layankan je. Perut dah berdondang sayang tarian inang dah ni. Lantas kitorang singgah rumah, tunggu angah balik dan terus bertolak ke TOMYAM 2000, kedai makan area Bukit Mewah.


Dan tak lain tak bukan, topik hot malam tu ialah kisah di KLCC dan watak utamanya ialah aku. Menjadi BAHAN abg kakak2 sendiri. Lantak situ. Nasi goreng tomyam aku bedal tanpa memikirkan masa depan.


*****

aku terasa dah kena sumpahan daripada....
Ainee : ahhaha kau la perempuan paling akhir dalam dunia ni aku panggil ayu. bersimpuh pun tak reti. dalam kereta duk bersila.

Mat Top : kau ni ganaz

Nedy : kau? masak? hahahaha

Cuma aku masih belum percaya dgn kata-kata "kau ayu" drpd Mat Top. Aku rasa tertipu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...