Instagram

Thursday, June 23, 2011

Baju.



Masa aku kat Penang awal bulan hari tu, aku ambil masa berjalan-jalan menikmati keindahan pasar khamis kat Penaga. Ok, aku memang tak suka pergi pasar sebab keadaan yg crowded siap dengan makcik pakcik jerit sana sini suruh orang beli barang dia. Ada pulak yg tarik tangan orang masuk ke kedai dia, punya la gigih nak suruh beli barang.


Bertemankan mak aku, kitorang pun jalan-jalan dalam pasar tu. Crowded tu memang, tapi best pulak dah. Banyak gila baju cantik-cantik. Aku cuba mencari perbezaan pasar ni dengan Jalan TAR atau Masjid India, hasilnya TIADA. Macam-macam barang dia jual.


Sedang aku asyik menikmati panorama alam kat tepi longkang sementara tunggu mak aku pilih tudung, mata aku straight tertancap kepada seorang perempuan grade akak-akak mithali. Dari jauh aku nampak beliau berjalan penuh anggun bergaya juga sedikit relek, mungkin untuk mengekalkan posisi berjalan secara stabil.


Aku mula tak keruan, rasa tertipu yg amat. Aku di pasar khamis PENAGA atau di shopping mall PAVILION???


Berlatarkan bunyi riuh suara pakcik jual air nira nipah serta suara lantang makcik jual kain batik, aku bangun dan berjalan ke sebelah kedai abang jual air. Sekitar 2 meter jarak dari akak mithali tersebut.

Hati masih mendidih, rasa terpukul yg amat.


Dari bawah, wedges 3 inci, skirt labuh, t shirt lengan panjang. Paling tak tahan shawl style Hana Tajima. Aku mula mengalami kekeliruan. Betul ke ini pasar Penaga, atau aku masih di Pavilion?



Lantas aku kembali ke dunia realiti bila nampak akak mithali *yg dah bertukar jadi vogue* tu pegang ni.




***aku masih mencari petunjuk dari mana datangnya idea beliau pergi ke pasar dengan bergaya ala-ala Hana Tajima, Yuna dan kakak mithali siap bawak bakul roda tu..aku betul-betul rasa terpukul dgn imej beliau yg penuh dengan keyakinan tu***


Style. Aku rasa manusia sekarang patut sesuaikan fesyen dengan tempat yg dorang nak pergi tu. Kalau pergi pasar pun dah berHANATAJIMA, pergi Pavilion macam mana?? Akal warasku tak tercapai lagi ke arah itu.

Dan, pergi dinner bertemakan tradisi melayu, dan kau pakai baju renang. Ya, itulah maksud aku.

Aku bukan fesyenista, malah nak berfesyen pun aku tak reti. Tapi syukur, belum sampai tahap pakai baju kurung pergi pertandingan sukan air. Syukur.



*doe, kesederhanaan tu penting doe!!*

3 comments:

[muaz] said...

tu baru style hahaha! islam tidak melarang umatnya berfesyen :P

ikafantasi said...

islam pentingkan kesederhanaan...mcm mane berfesyen pun biar bersederhana...pegi pasar pkai wedges....tu bukan sederhana :)

mocha~ said...

Funny~~
u make me smile :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...