Instagram

Monday, June 27, 2011

Bila Aku Mencintai Musuh Lama.




Sesetengah kawan-kawan aku mungkin akan bagi reaksi superb seperti....

"OMG!!! Ika...!! KAU PEGANG APA TUH!!!! GILA LA IKA!!"

"Ika kau dah bertukar ke??"

"Hey apa kau dah buat dgn Ika?? Nape dia jadi camni???"





Okay relek. Haha. Kepada Ma'a, Nisah, Nedy, Mimi dan sahabat2 SMKSI lain yg mengenali aku sebagai 'musuh ketat' kucing, korang tak perlu nak ternganga sangat la kan. Juga kepada Bangla, Papua dan Sri Lanka yg selalu selamatkan aku daripada binatang buas bernama kucing. Tidak lupa kepada ANIS NABILAH yg pernah menyelamatkan aku dan NURUL AMIRAH drpd makhluk ini biarpun kau juga sama spesies macam kami. HAHA dan NABILA HUDA, kau mesti sujud syukur kan.


Aku dilahirkan normal, tanpa rasa takut terhadap apa-apa binatang. Keluarga aku memang bela kucing pulak sejak aku tadika, dan aku memang PERNAH mencintai binatang berbulu ini. Tapi lepas calar-balar dicakar dan digigit oleh kucing tepi jalan, aku mula menyimpan dendam. HAHA.


Dendam berlarutan dalam diam sehinggakan aku nak pegang kucing pun kena pikir 18 kali.


Tapi kini, aku kembali normal. Kucing ni milik kak amy Ameera.
First time aku tengok dia aku dah jatuh hati, dia ni besar gila woi. Betul-betul macam harimau. Eishhh memang besarlah. Pastu kak amy pakaikan dia rantai loceng tu memang aduyyy comel gila. First time aku nampak harimau comel macam dia. Dah tu manja pulak, aihhh cair aku. Tengah kak amy bizi2 mekap, aku layan si gemuk ni.



Bila usap kepala dia, aduhaiii manja macam bayi. Kau tau? BAYI. Aku pun try angkat, ok memang Eiyzran lagi berat, tapi dia memang berat. Dia relek je doe aku angkat dia. Tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda terancam seperti mengeluarkan kuku tajam siap dgn bunyi, atau pun menyeringai menunjukkan taring apetah lagi mengugut untuk mengapa-apakan aku. TIDAK SAMA SEKALI.


Bila dah ada di pangkuan aku, eyycewahhh manja betul. Cecepat aku suruh kak amy tangkap gambar. Untunglah aku. Untung lagi dia, kucing pertama yang aku pegang setelah beberapa tahun bermusuh. Hahaha. Terima kasih kucing. Jap, aku lupa pulak nama dia. Dia ni perempuan tapi nama dia macam laki sikit. Ehh. Ke....dia ni lelaki tapi nama macam perempuan sikit eh?? Ok aku lupa pulak =.="


Pape pun, aku memang sayang kucing besar sekor ni. Nama beliau SURI dan beliau ialah LELAKI. Ha kau, seb baek angah ingatkan aku nama beliau. Sweet gila nama. Macam Suria di Pagi Hari.

=.="

2 comments:

Wanniey said...

dia boboy la.. tp nama SURI..

ikafantasi said...

haahhhh!!! suri...gila ayu nama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...