Instagram

Tuesday, June 14, 2011

chingu

No, bukan Pingu si penguin yg pandai masak nasi tu. Chingu ni bahasa Korea. Maksudnya, kawan. Ahhh sudah belajar bahasa antarabangsa pulak la kan. No, blog ni bukan blog untuk belajar bahasa.


Entry kali ni aku nak bawak kau ke satu dunia yg setiap sorang dari kita mesti ada punya. Dunia persahabatan. Kawan. Siapa takde kawan dalam dunia ni? Sila ke masjid solat jemaah, lepas tu mesti kau jumpa kawan. Dah jatuh hukum mustahil kalau ada manusia dalam dunia ni yg takde kawan. Aihhh kasihan banyak la... Meh sini kawan ngan aku meh. Even orang gila yg lepak bus stand tunggu taxi tu pun ada kawan.









Konklusinya, kat sini kita dah nampak, untuk hidup manusia perlukan kawan. Aku sendiri perlukan kawan. Kau pun perlukan kawan. Hilang sorang kawan, sepuluh datang. Tak kisah la yg sepuluh tu tua berjanggut pun, jalan tengkot-tengkot pun. Tetap namanya kawan.





Tapi kau kenal ke kawan kau tu? Ok ok kau tau nama dia, dia duduk mana, famili dia, pakwe/makwe dia siapa, dia suka apa, dia benci apa blablabla. Ok tu semua kau tau. Bak kata aku, kalau aku hilang, tak payah cari orang lain, cari kawan aku je. Dorang tau aku kat mana. Ha macam tu lah lebih kurang.


Kenal kat sini maksudnya, kau tau apa jenis kawan yg kau ada? Hidup kat dunia ni memang sekejap, tak sempat kita nak kenal dgn kawan kita tu, tetiba eh, laaa kau dah kondem aku? Tak sempat aku nak kenal hati budi kau. Ha. Kondem. Tu sejenis kawan juga tu. Kawan yg kau kena sedarkan dia ke alam nyata. Bahawasanya hidup kat dunia ni ada turun naik nya. Islam setaraf. Itu yg kau kena ajar dia.





Pelupa. Ha ni tebiat la orang Melayu. Bak kata Dr. M, Melayu mudah lupa. Masalah kalau dapat kawan yg pelupa ni. Janji pukul 10 pagi, dia datang pukul 10 mlm, eh apesal kau lambat 12jam ni?? 'La, aku lupa la.' Ni kes2 terpencil yg kalau maafkan pun rasa rugi je. Ha. Kalau lupa tu takpe lagi. Ni tidak......

"Eh kau sapa? Kawan? Eh aku tak kenal kau la. Ha ni la kawan aku. Kau? Eh aku tak kenal la."


Ok untuk kes2 yg macam ni, akal syaitonirrojim aku mencadangkan supaya kau kopak je kepala dia, gantikan dengan kaburator RXZ.






Kawan yg baik tak mudah ditinggalkan. *cehhh tetiba aku rasa baik pulak.hahhha*
Ni bukan aku cakap, ni chingu aku cakap.

Orang datang dan pergi dalam hidup kau. Datang bila kau senang, pergi bila kau susah. Datang bila dorang susah, pergi bila dorang senang. Tapi yang seksanya siapa? Salah, bukan dorang. Kau.


Datang bila kau senang.
Kau dapat result gempak, kerja pun bagus, gaji berkepuk. Dan dan je ramai yg nak jadi kawan kau. Janji sehidup semati, u jump i jump. Ptuihhh. Sebelum ni kau lalu sebelah buat tak nampak. Kau lambai tangan dia berpaling. Kau senyum dia muntah. Bila kau dah senang? Kau pandang, dia menangis terharu. *nape aku rasa panas ni???*






Pergi bila kau susah.
Dah kawan lama. Setahun. Cukup lama untuk tahu sebahagian dari diri kau. Tetiba musibah datang, hidup kau huru-hara. Sorang demi sorang melangkah keluar dari hidup kau. Termasuk dia. Dia yg kau selalu tolong. Dia yg kau selalu hulur duit makan.

Datang bila dia susah.
Kau orang biasa. Dia datang. Kau alukan. Datangnya sebab hilang kepercayaan terhadap teman lain. Lantas datang pada kau minta ruang untuk berkawan. Kau orang biasa. Kau luangkan masa bersama dia. Auto jadi besfren kau. Kau layan macam adik kau. Alolo so sweet =.="

Pergi bila dia senang.
Dah sampai masa dia pergi sebab dia rasa dia da jumpa sesuatu yg lebih menyenangkan dia. Jadi, kau apa? RnR. Rehat dan Rawat. Tempat persinggahan.






Kenalpasti kawan kau. Cukup ikhlas ke persahabatan korang? Atau ada faktor material? Faktor kekeluargaan? Oh aku terpaksa kawan ngan kau sebab bapak kita share partner dlm company tu.


Berkawanlah dengan semua orang. Manusia ni sama je. Yang bezakan kita ni hati. Kalau betul kita ikhlas berkawan, insyaAllah panjang lah hubungan tu. Tapi kalau berkawan asyik nak cari salah, cari kelemahan, tak lama lagi pecah la. Ni bukan sumpah. Ni pengalaman.


Pengalaman aku sendiri yg kenal dengan macam-macam jenis kawan. Ada yg pergi, ada yg datang, RAMAI yg stay in touch dengan aku dari kecik sampai laa ni.


Hati kita ada satu penyakit. Hasad. Rawat penyakit ni. Kalau kita biar, berdarah, bernanah, busuk. Tu orang panggil busuk hati. Hati ni kalau dah busuk, cuci pakai clorox pun tak wangi punya. Rawat hati, isikan dengan cinta, kasih, ikhlas dalam persahabatan.

Kita bersahabat bukan untuk berbalah. Bersahabat untuk mengasihi. Rugi kalau dapat kawan hati busuk. Apa kata kau rawatkan hati dia?

(^_^) *bru blaja smiley ni dari azman* haha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...