Instagram

Tuesday, June 14, 2011

"Cikgu!"

Masa kecik-kecik, zaman kanak-kanak riang, lari-lari main pasir, kejar rama-rama, kejar budak India yg pembuli. Aku adalah kanak-kanak yg cakap-straight-takde-lampu-merah. Teringat aku kepada seseorang yg berjanji untuk ke menara daging gading yg sama apabila besar kelak. Naim, kalau ikut pangkat keluarga, dia adalah anak buah aku, anak kepada anak saudara ayah aku. *Ok keluarga ayah aku memang besar* Tapi, kitorang sebaya. Masa kecik-kecik Kak Yan ng Abg Emi selalu datang rumah aku. Setiap kali datang, aku ngan Naim akan bersyarah, bercerita, berdiri atas kerusi macam seorang pemimpin yg bergaya.


Dah besar sikit, cita-cita masih sama.
"Nurzalikha, apa cita-cita awak bila besar nanti??" cikgu tanya.
"Saya nak jadi pensyarah macam cikgu."aku menjawab dgn muka yakin. Cikgu hampir terduduk. Pensyarah macam cikgu?? OK.



Dah semakin besar, cita-cita semakin spesifik.

"Nurzalikha, awak nak jadi apa lepas ni?"cikgu tanya.
"Insya Allah saya nak jadi pensyarah dalam bidang bahasa arab, cikgu."aku jawab dgn berhati-hati. Cikgu terpempan. OK.



Sekarang...

"Wei, kau nak jadi apa lepas grad nanti?"seorang kawan bertanya sambil menjamah ayam goreng.
"Kalau tak akauntan, pensyarah. Kalau tak pun, kerja ofis je la. Tengok la macam mane nanti."aku jawab sambil membaham ayam goreng.


Hakikatnya, aku sedar macam mana susah nak jadi pengajar.

"Tolong senyap boleh tak? Datang sini nak ngaji ke nak borak?"

"Salah tu, baca macam ni, ikut akak ye......blablabla....ok cuba baca sekarang."


"Tunjuk huruf satu2 syg, jangan gopoh. Nak kejar apa?"


"Eman, jangan main-main. Baca elok-elok. Senyum-senyum ni ape hal?"


"Jangan kacau kawan ni tengah ngaji. Ape ni gelak-gelak?"


"Hey, awk meh sini duk sebelah akak. Main cucuk2 orang. Lidi tu untuk tunjuk huruf bukan untuk cucuk orang. Kang akak cucuk awak kang."





Ni antara kata2 separa marah dari seorang yg tidak penyabar mana. Budak-budak tu tak besar mana, linkungan 4 hingga 15 tahun. Yang masak nak melayan kerenah si 4 5 6 7 8 tahun ni. Dia punya degil macam Great Wall of China. Nak suruh dorang duduk diam pun kena ulang arahan sebanyak 18 kali. Mana tak darah tinggi aku?

Yang tahap abang-abang kakak-kakak pulak sibuk borak pasal masa depan la. Beli rumah beli kereta beli mainan untuk anak-anak. Ni kalau tak dijerkah memang sampai esok kau rancang masa depan.


Golongan pertengahan pulak sibuk cerita pasal cikgu-cikgu sekolah dan kad naruto yg baru beli kat Baijali. Ni kalau tak ditarik masuk dalam mau sampai subuh esok kau berlagak dgn mainan baru kau tu.



Ha tu baru dialog bersama rakan sepengajian. Kau dengar pulak dialog ngan akak kau ni.


"Ala..tak reti la. Macam mane nak sebut ni?"

"Akak ni laju sangat la. Nak kejar apa?"


"Akak!! Tengok ni Eman cucuk punggung Hafiz!"


"Akak baca la dulu nanti Eman ikut la."


"Sabar. Sabar. Biar Eman baca dulu. Kak ika dengar je."

*ni tahap nak kena pelempang ni*

"Akak!!! Banyak nyamuk la ni."

"Akak, bukak kipas ea kak?"
"Akak, cik pah mana?"
*kes2 yg takut nak ngaji ngan aku, siap tanya mak aku mana*

"Ermm.. nak lipat ke tak nak tikar ni kak?"

*gaya nak buat baik tapi takut salah*




Belum lagi yg golongan-golongan yg bila aku tengah nak start, dorang boleh bangun pergi kejar pepatung. Siap lompat-lompat lagi punya gigih nak tangkap pepatung. Untuk kes-kes terpencil macam ni, aku tak boleh kata apa. Aku pandang dengan mata helang sambil tunjuk isyarat duduk. Tak jalan. Perghh ni angin. Lantas.

"Ha kau datang awal tadi kan, kau last balik hari ni."


Part ni aku paling suka. Bila semua diam sambil tunggu turn nak ngaji.


Ha. Skang kau nampak tak? Alangkah payahnya nak mengawal sejumlah manusia dalam satu masa? Kena kuatkan hati, tingkatkan kesabaran di tahap maksima. Nasib baik ini untuk sementara waktu sementara mak aku sibuk mengajar di tempat lain. Lepas ni, aku kena belajar macam mana mak aku kawal setiap anak murid beliau. Sampaikan bila mak aku muncul je semua diam membisu, yg dengar hanyalah bunyi cengkerik di kala malam, bunyik angin juga bunyi kereta dan motor.


Aku salute!







***mungkinkah aku kena pertimbangkan lagi cita-cita aku yg asal??? Istikharah 18 kali la macam ni.

1 comment:

azxej said...

aku nak jadi cikgu macam GTO... great teacher onizuka... hihihihi.... stail...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...