Instagram

Thursday, June 30, 2011

Mak, Pak dan Anak-anak Depa.

Ini entry bukan tentang cinta. Bukan tentang MLM, bukan tentang kucing dan bayi. Entry ini untuk anak. Dan orang tuanya.


Bila aku balik sekolah, zaman sekolah menengah dulu, aku perasan bila keluar pagar sekolah berduyun-duyun kereta mak bapak angkut anak. Nak hantar ke sekolah, nak ambil dari sekolah, hantar pegi koko petang2, ambil dari koko senja2.



Tak kurang juga adik2 sekolah rendah depan tu yg dijemput dek papa mama nya. Siap papa angkutkan beg, si anak jalan melenggang makan aiskrim, jajan dan seumpamanya. Muka papa tak ketat pun, senyum lagi ada. Tengok anak bahagia, hilang penat papa.



Juga mama yg angkut makanan dari rumah ke sekolah untuk buat birthday party adik. Alahai, berat tu mama. Takpe, mama tak kisah. Untuk adik, mama buat. Adik happy gila, terlupa nak cakap thanks mama, terus meluru agih-agih makanan kat kawan-kawan. Lupa nak kenalkan mama dgn teacher adik. Balik pulak mama jemput, siap mama yg tolong kemaskan bekas makanan sebab adik sibuk nak bukak hadiah kawan bagi.



Sungguh-sungguh mama papa mak ayah ibu abah umi walid. Demi anak. Jaga, didik supaya besar jadi orang. Berguna lagi. Kerja hebat-hebat. Gaji besar. Jawatan pun besar. Kereta pun besar. Cakap pun boleh tahan besar.

Mana mama papa mak ayah ibu abah umi walid????


[mode: perbualan telefon]


"Adik, bila adik nak datang jenguk mama?? Dah lama tau adik tak datang. Mama rindu kat adik."---Puan Mama 1

"Ala mama, adik sibuk sangat ni. Nanti ada masa adik pergi la. Ok?"---Encik Adik 1


-----------------------------------------


"Bila along nak jenguk walid? Along dah lama tak bawak cucu2 walid datang jenguk walid. "---Encik Walid 1

"Walid, along sibuk sangat ni. Along tengah meeting. Lagipun, Along kan dah bagi duit kat walid bulan-bulan? Nantilah along ada masa along datang. Tapi along tak janji tau. Ok, walid."---Encik Along 2


-------------------------------------------


"Kakak, umi ni. Kakak jangan lupa ya malam ni. Dah dua tahun, kak. Kan dah janji nak sambut birthday sama-sama. Umi tunggu kakak datang. Umi dah mintak misi masakkan lauk kegemaran kakak."---Puan Umi 3

"Adui mi, kakak lupa lah. Malam ni kakak dah janji nak selebret ngan kawan-kawan tempat kerja kakak. Tahun depan ya mi? Plan ni dah lama dah kitorang buat. Takkan nak cancel sebab umi kot. Kesian la dorang. Tahun depan lah umi ye?"---Cik Kakak 3


***********************************


[mode:monolog dalaman]


'Bilanya yg adik ada masa kalau asyik sibuk memanjang?'---Puan Mama 1


'Walid tak tunggu duit, long. Walid tunggu along, tunggu menantu walid, cucu-cucu walid. Sampaikan cucu pun dah tak kenal atok depa ni.'---Encik Walid 2


'Dah 3 tahun kak. Setiap kali sampai ulangtahun kita berdua, kakak selalu bagi alasan. Janji tahun depan..tahun depan.. Sampai bila kak? Kawan kakak lagi penting dari umi?'---Puan Umi 3




***********************************


Rumah Orang Tua.

Rasionalnya yang aku nampak kat sini, kerajaan cukup hebat melabur duit utk institusi warga emas ni, dengan harapan kebajikan warga tua terjaga. Alhamdulillah. Memang ramai warga tua terjaga makan minum, kebajikan. Tapi, hati?


Aku selongkar google tadi, aku tak mampu kira berapa institusi warga emas dalam negara ni. Tak percaya? Kau pergi google sekarang. Seluruh Malaysia ada rumah orang tua2. Dan rata-rata yg jadi penghuni ni mesti Melayu punya. Cina India pun ada tapi tak ramai. Serius aku cakap, tak ramai. Tak seramai warga emas melayu.



************************************


Kenapa hantar mama papa mak ayah ibu abah umi walid ke rumah orang tua?


************************************


"Saya busy la. Kerja banyak. Projek bertimbun2. Mana nak jaga anak bini lagi. Kalau hantar sana, senang sikit. Makan pakai dorang pun terjaga. Sakit demam ada orang nak tengok. Nak harapkan bini saya, dia pun ada kerja juga."




"Biasa la, bisnesman macam saya ni bukan ada masa nak layan kerenah orang tua. Banyak lagi benda penting saya nak buat daripada jaga dorang. Lagipun kat sini, ada banyak nurse yg jaga. Dorang nak apa mintak je la."



"Akak ni buat bisnes sendiri, dik. Kena selalu ke luar negeri. Mana nak jaga mak lagi, nak urus bisnes lagi. Laki akak tu pulak kerja besar, selalu takda kat rumah. Nak harapkan anak-anak, dorang pun sibuk nak belajar. Duduk kat sini senang. Ada orang tengok."



"Nak heran apa bang? Kalau tak kerana orang macam saya ni, tak wujud rumah orang tua2 tu. Kerajaan pun tak bagi duit free kat dorang nak jaga orang tua."



***********************************


Kes-kes durjana macam ni tak boleh dipandang enteng. Kerja tak ingat dunia sampai mak bapak tak ingat. Kau kejar apa? Duit tu boleh cari bila-bila. Kalau mintak pun insyaAllah dapat. Tapi mak bapak kau? Kalau dorang dah takde, boleh kau cari lain? Kau mintak, boleh dapat ke?



Tak boleh, bang. Bak kata Imam Muda Hassan,"Tak ada lagi ibu lain selepas ibu pertama. Begitu juga, tiada bapa lain selepas bapa pertama. Jagalah ibu bapa kita, sebab bila kita kehilangan mereka, baru kita akan rasa betapa bernilainya mereka di sisi kita."




Aku nak buat kajian ar, agak2 ada tak mak pak yg kalut cari kerja tinggalkan anak kat rumah kanak-kanak *kalau wujud la rumah macam ni* atau tinggalkan kat rumah mak pak depa, dalam setahun dua. Dengan alasan,


"Gua sibuk, bini gua sibuk, jiran gua sibuk, makcik nursery pun sibuk. So gua bagi anak gua tinggal ngan mak pak gua dalam setahun dua."


atau...


"Biarlah aku kumpul duit segunung dulu baru aku jenguk anak aku kat kampung. Lagipun mak tiri bini aku kan ada. Dia boleh jaga."


OKAY. Memang ada tapi sikit. SIKIT. Berbanding dengan.....


"Biarlah aku kena ikat perut setahun dua, asalkan anak aku dekat dengan aku. Tengok dorang membesar depan mata aku, aku nak jaga dorang sendiri."

"Baik mana pun dorang jaga anak aku, tak sama dengan mak pak dia jaga sendiri. Baik aku jaga sendiri anak aku. Susah senang aku tau anak aku ada depan mata."


...lagi ramai.



Nampak tak? Mak pak hang dulu tak gaduh nak bagi mak pak depa jaga hang masa depa duk kalut cari duit nak bagi hang makan, pi ngaji, pakai cantik. Tak gaduh nak hantaq hang pi rumah kanak-kanak dalam setahun dua. Tak gaduh nak oii. Biaq depa tak makan lagi ada, daripada bagi hang kat orang.


*jangan tanya kenapa aku tukar slang, mood marah memang macam ni selalu terjadi*


Apa pun yang terjadi, kita kena muhasabah. Mak ayah kita tak pernah mengarut pun nak susahkan kita. Dorang nak kita ada depan mata. Duit ringgit kita tu simpan je la. Dorang tak pandang pun. Asalkan nampak kita sihat walafiat depan mata dorang tu dah cukup membahagiakan.


Satu kejayaan besar yg negara akan capai ialah bila satu-persatu rumah kebajikan orang tua dan pusat serenti ditutup. Ya, ditutup sebab kekurangan penghuni. Penghuni dia dah balik rumah sendiri sebab anak-anak dorang nak jaga dorang.


Pesan aku dan orang-orang kampung, ingat seperkara, "Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa." Kalau hang buat mak pak hang tak redha, hang kerja la kuat mana pun, Allah tak redha, tak guna cek oiii. Tak guna. Hidup ni cari Mardhatillah. Ingat tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...