Instagram

Wednesday, June 15, 2011

Muka Myspace



Disebabkan aku bangun pagi-pagi tengok semua orang takde kat rumah, aku mula rasa terpukul. Lantas aku bukak fridge, goreng ayam, minum susu dan mengadap mende alah ni.


Sedang menjengah seluruh inci files dalam lappy ni, lantas aku teringat zaman MySpace ngan Friendster dulu. Kalau tengok grade akak-akak comel, profile pic mesti nak gempak punya. Dengan gaya penuh berdikari, amek gamba dari atas, kasik mata nampak sebulat-bulatnya.



Tu grade akak-akak, kalau grade abang-abang bajet hensem pulak, mesti berdikari jugak, amek gamba depan cermin, gaya peace tak lepa, dengan topi tinggi spek mata reben.

Caption pulak mesti nak low profile punya;

--saje sukee sukeee~~~--
--tade kejewww--
--in my room--




Kalau stalker pulak yg era adik-adik, biasa adik-adik ni lagi hebat dunia maya dorang. Taruk nama jepun, gamba hana tajima, status pulak 'OMG, where's everyone?? Buhsannn gilewww ni.'


Paling gempak, level2 budak yg nampak macam public figure kat sekolah. Profile sikit punya simple, orang komen tak reply, biar kat page tu. Nak menampakkan beliau tu dikenali ramai lah kan. Pastu gamba pulak nak terhebat je, gamba berlatarbelakangkan Great Wall of China, Menara Pisa kat Rom, belakang White House dan sebagainya.



Ni kalau jumpa kat abang aku ni dia gelar 'muka myspace'.


Ada jugak era-era aku yg tahap berdikari dorang memang hebat. Kalau kat luar nampak penyegan habis, lalu depan cikgu-cikgu tertunduk malu, senyum ayu. Ala-ala gadis melayu terakhir lah. Tapi dalam myspace, dia punya gah toksah cerita. Status nak yg hebat je, "Ekleh kau nak kutuk blakang tak payah la. Meh sini Face to face."



Ha tu dia.


Lantak la, amek la gambar macam mana pun, tapi biarlah tak sampai membawa si penonton ke dunia yg lain. Berpada-padalah. OK, aku tak kata aku perempuan hebat yg tak terlibat dengan arena muka myspace ni. Awal pembabitan aku dalam dunia maya ni sangat lah naif dan jujur. Gamba semua nak ikut orang, amek gambar dari atas mulut kasi comel sikit mata mesti nak besar2.

Tapi lama-lama aku tengok gamba sendiri aku rasa nak gelak. Muntah pun ada jugak. Apekah pesen amek gamba dari atas. Aku pun kompius. Apa orang kata? Budak baru nak up?? Hm lebih kurang lah.

kan aku dah kata dahh



Ada yg amek gamba utk tunjuk apa yg dia rasa cantik. OK, kau cantik, hensem, ayu, kacak dan sebagainya. Tapi janganlah berlebihan. Tunjuk leher jinjang ke, tunjuk peha putih melepak ke, tunjuk rambut baru lepas rebounding ke. Buat apa? Penyebaran dosa secara berkala?


Aku rasa tak perlu. Dah la perempuan ni dah awal-awal lagi dicop sebagai fitnah. Lagi nak timbulkan fitnah dengan buat ops muka myspace macam ni? Tak perlu. Baik kita main teng-teng blakang rumah nenek, lagi best.


Aku pernah buat semua ni, jadi aku ni pun lebih kurang je dengan apa yg aku cerita. Cuma bezanya, aku dah berhenti. Bila aku berhenti aku mesti nak ajak geng punya. So, apa kata kita sama-sama fikir, muhasabah, kebaikan dan keburukan yg kita dapat daripada setiap perlakuan kita. Melayu ada adat, Islam ada adab. Kita dah dikira umat bertuah dah ni. Jadi gunakanlah ilmu yg ada untuk kebaikan, kalau takde ilmu, pergi cari sampai jumpa.

Entry ni tak lain untuk menyedarkan diri aku sendiri yg kadang-kadang jauh dilambung ombak dunia yg penuh dengan penipuan ni. Jadi, sama-sama la kita berubah untuk menjadi muslim, mukmin, dan muhsin.





*aku pantang betul org bg msj or komen or apa2 kat aku guna ayt budak pavi(bak kata azza), kalau eja tu xde huruf W dorang tak boleh hidup. cth nye,

"akuwww pantunk btul owang bg msj or komen or apeww2 kt akuww gunewww ayt booduck pavi,kalaww eja xdeww huruf W dowang tak boleyy hidowwp." --aku rasa marah--





*terima kasih kat bangteh sebab memperkenalkan tagline muka myspace tu kat aku sampai aku sentap 2 3 hari*

2 comments:

Wanniey said...
This comment has been removed by the author.
epal92 said...

ewww..
hahahaa..
i lebiuwwww.
kah kah kahh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...