Instagram

Monday, June 20, 2011

My Best 19th :)

Selamat Pendek Umur, ikafantasi.

Masa macam angin, ia takkan berpatah balik ke tempat yg ia dah pergi. Berlalu.

Ok mood tak nak macam melankolik pulak. Hari ni genap umur aku 19 tahun. Doe, 19 doe. Alangkah cepatnya masa berlalu. Belum sempat aku nak master Counter Strike lagi. Ok itu pulak yg kau risaukan. Risaukan la kesempatan yg kau ada untuk tebus dosa kau ke, tingkat amalan kau ke. =.="


Seperti yg aku memang tak pernah jangka, hari jadi aku tahun ini yg paling menggembirakan. 18 Jun angah bawak aku round kat Melaka dgn tunangnya si Makoto San. Jalan2 sana sini, naik river cruise, makan2. Ok yg tu memang best.


Sampai rumah dah lewat malam, kononnya celebrate father's day, bila aku bukak kek yg angah beli masa kat Melaka tadi tu, tertulis dia atasnya,



Sambut sekali birthday aku ngan kaklang(5 Jun). Terharu pulak kat situ tapi mesti kaver dgn bergaya. Esoknya, kek tak sempat habis lagi, kitorang menuju ke Ampang ziarah Kak Ernie, sepupu aku dan anak2 nya.


Balik dalam pukul 6, tak balik rumah terus. Along bawak pulak pegi KLCC, nak masuk Aquaria. Tebus balik hari lalu yg tak dapat nak masuk sebab aku spoil malam tu. Haha. Lantas, selepas beberapa perbincangan di tengah jalan berlaku, almaklumlah sorang 1 kereta, dah macam konvoi raya, along dgn Myvinye, angah dgn Saga n ayah dgn si Wira. Tak jadi ke Aquaria sebab tutup awal pulak, so pergi ke Berjaya Times Square untuk melepak di Theme Park.


Sekali lagi cancel, sebab ada masa cuma 2 jam untuk main. Tak berbaloi untuk RM 37 seorang. Hehhh mahal. Maka, kitorang decide untuk mentekedarah di Kenny Rogers dulu. Order punya order, sampailah makanan.


Lalu, along mengenauns (announce) hari jadi aku. Siap nyanyi2 bagai. Malu ok.


Apa pun, terima kasih Ayah, Ma, Along, Angah, Alang, Bangteh untuk semuanya. Agak terkilan pulak adik tak dapat join sebab minggu ni dia tak boleh balik.

Huhu.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...