Instagram

Wednesday, June 29, 2011

Saluran 618 yg menidurkan.

Sejak habis matrik, aku dah ambil alih sebahagian kecil tugas ma. Yakni menjaga Eiyzran Shahriez bin Edi. Cucu sulung keluarga encik Othman. Kadang-kadang tolong ajar ngaji bila ma sibuk. Hakikatnya, ramai-ramai adik beradik aku, si bulat ni paling tak ngam ngan aku. Sejak lahir lagi beliau menunjukkan tanda-tanda terancam bila aku mendekati. Huahuahua..*tu bukan gelak, tu kecewa nama nya*


Tak sempat menyimpul kasih sayang, matrik memanggil. Dia tak membesar depan mata aku. *macam dah besar sgt je la kan* Haha. Bila aku balik cuti, aku dapat rasakan aku seperti dipinggirkan oleh beliau. Aku ajak pergi beli ais krim pun beliau menolak mentah-mentah. Aku ajak nak dukung seharian pun beliau menoleh lantas pergi.


Tapi bila aku ada roti kat tangan, beliau datang dgn senang hati. Sejak itu, untuk mendekatkan diri dengan beliau, aku mengisi tanganku dengan macam-macam makanan yg sesuai utk bayi. HAHA.


Ok, tamat je matrik, saban hari beliau tidak punya pilihan lain selain mengadap muka aku. OK aku peduli apa sebab awak comel so umi tak heran awak nak wat muka tak rela tu. 2 bulan bersama akhirnya dia semakin menerima aku.

Memang nak kena umi ajak dukung awak tak nak kan dik. Setelah umi jaga awak bagai menatang minyak yg melimpah-limpah, awak kena ikut cakap umi. HAHAHAHA. Tak ganas pun bahasa tu.



Kini, pipi aku jadi tempat beliau gigit untuk mengejutkan aku bangun tidur minta susu suruh mandikan basuh lampin blablablabla. Aku mula faham kenapa pipi aku makin tembam.



Tapi, aku mula rasa terpukul, hiba seluruh jiwa raga, takasima dan luluh apabila terpaksa say good bye kepada CSI, NCIS, HAWAI 5-0, MAHARAJALAWAK, dan segala rancangan televisyen yg menarik apabila......




Dik, kalau camni hari2 mana boleh tahan!!!!!

---aku prasan bila aku tukar channel dia mula mengarut yg bukan2 dan campak2 mainan dari katil dia serta cuba memporak-perandakan cadar katil.bila aku tekan 618 dia mula berhenti dan senyum sendirian.macam mana aku tak rasa terpukul???---

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...