Instagram

Tuesday, July 19, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.



Aku hanya Markonah
yg terdampar di lautan sendirian
cuma bersama selipar jepun yg tinggal sebelah.

Lautan Mediterranean.
Ya.

Pepasir halus memasuki mata
dengan kelajuan cahaya
namun ku pasrah,
tetap ku gagahi hingga ke gigi air
lalu minum.
Masinnya terasa ke telinga.

Ah peduli apa.


*sekarang musim panas,sila minum banyak air*








Panas masih terasa walau hari dah larut malam.
"Ika, minum banyak air, bibir tu dah kering dikopek2. Lama2 takde bibir tu nanti." pesan emak.

Horait mak!!! -----berlalu ke dapur sambil mencari gelas paling besar. Ok minum seteguk dua dan masukkan gelas penuh berisi air ke dalam peti sejuk. Ptuiihh nasihat mak tak nak dengar. Bibir berdarah lagi. Musim panas minum ais. Memang UBAT batuk.





Selamat Datang Ramadhan, panas ini tanda datangnya tetamu agung. Semoga Ramadhan ini mampu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan seluruh umat Islam. Dipanaskan Bumi agar manusia gigih bekerja dan beribadah sambil menahan lapar dahaga. Dipanjangkan waktunya agar manusia teruji.


Allahu Rabbi, berikan aku kekuatan dalam menempuhi kehidupan ini. Umurku meningkat tandanya semakin pendek. Berikan aku waktu agar aku mampu menebus dosa lalu. Amiin.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...