Instagram

Thursday, July 28, 2011

Blogwalkers, followers and silent readers :)

Blogwalking atau blog berjalan. ABAIKAN.



Bila aku blogwalking mesti Top 5 pada blog yg aku ikut :) Aku bukan jenis manusia yg layan blog orang bercinta I Lap U, U Lap Me. No. Aku layan blog orang gaduh2 je. Sebab best. HAHA. Kalau melihat pada bloggers yg aku follow, hampir 60% adalah kerana aku follow mereka. Ya. 40% lagi adalah mereka yg aku sangat kagumi. Bahkan aku juga melayan blog2 berunsurkan politik. Lagi 2 tahun je aku dah layak mengundi so kena tau lah jugak kan cerita2 politik seluruh dunia. DUNIA. DUNIA. Okay? Dunia.

Aku pernah tersesat dalam 1 blog ni, yg sangat pesimis pada pandangan aku. Dikatanya blogwalking dan meninggalkan jejak itu adalah kuno, buang masa dan membazir tenaga. Tapi blog dia memang tak best pun. Blogwalking ni macam pergi majlis ilmu jugak, okay, tu kalau kau pergi blog2 yg ilmiah la kan macam Faisal Tehrani, atau pun AlJazary [yg mana penulisnya adalah seorang Akhi yg sangat bermotivasi]. Kat bloggers ni kau akan dapat macam2 ilmu. Juga KeretaMayat yg hebat ni.


Jadi, jangan nak kata blogwalking tu buang masa. Sebab dengan 1 klik, kau boleh dapat banyak ilmu. Bergantung pada blog yg kau lawati tu. Bukan bermakna AKU tak suka dengan bloggers kaki cerita cinta sebab aku pun pernah je buat entry pelik2 macam tu. TIDAK. Aku bukan tak suka. Aku cuma melebihkan bloggers yg LOW PROFILE tapi manfaatnya HEBAT.



Tidak juga kukatakan Ben Ashaari atau FatinLiyana atau mana2 bloggers ngetop itu cuma picisan. Tidak. Aku cuma melebihkan mereka yg HEBAT. :) *aku follow okay 2 bloggers top ni.ya dorang TOP*


Pernah jugak aku menyesatkan diri kat blog yg aku rasa cambest. Kata encik blogger, blog tak perlu pengikut yg ramai, cukup sekadar isinya dimanfaatkan. OKAY YG NI BEST. Aku setuju. Entry aku sejak 2008 aku buat blog cuma 284 termasuk ini. Dan followers aku sejak 2008 cuma 127. 127 adalah angka bagi blogger amatur *ayat salah seorang blogger ngetop* atau newbies. Nak heran apa, semua followers yg follow aku tu belum tentu setiap saat baca blog aku.


Bloggers yg aku follow ada la dalam 300++. Dan ya, hampir 50++ aku unfollow sebab mereka dah "retired". Macam MRBLIND. huhu T__T"



Sekarang ni dah macam musim pulak kan, bloggers2 anon mula mempersoalkan tentang Followers, traffic, blogwalkers dan silent readers. Semua mengutarakan hujah2 perdana yg menyokong dan membangkang. Kata Hami Asraff, followers tak penting berbanding traffic, blogwalking tu hebat dan sebagainya. Aku like. Kata BA pulak, followers ramai tu la lambang keunggulan blog. Lebih kurang camtu la maksud beliau.



Aku 'like' Hami Asraff berbanding BA. Contohnya mudah, macam aku pergi MPH, buku pertama yg aku carik mesti lah Best Seller kan. Tapi bila selak2, baca sinopsis, ceritanya klise sangat. Bosan, dah dapat agak apa ending dia. Tapi bila terjah novel2 yg kusam je kulitnya, ilustrasi pun sumpah tak menarik, isinya hebat, gaya bahasa mantap, jalan cerita pun boleh tahan power. Macam tu jugak blog.


Blogwalking terjah 1 1 blog, jumpa yg very the colorful tapi isinya macam kanak-kanak. "Hey jangan lupa follow I balik tau." Itu semua tak perlu. Tapi cuba tengok blog KeretaMayat. Dia punya background sikit punya kelam, widget hapa pun takde, gambar pun takde, guna Classic Blogger Template semata-mata, tapi isinya?? MANTAP. Sapa yg tak pernah terjah KeretaMayat sila pergi sekarang. Blog ni paling aku suka.


Melihatkan bloggers hebat ni aku mula rasa kerdil sehingga aku mampu cuma blogwalking. Mood nak post entry pun mula goyah. Tapi aku tetap akan update, kalau tak buat apa buat blog kan?


Itu je cerita aku mengenai blogwalking. Aku suka hati sangat nak share dengan kau beberapa blogger yg aku rasa berbaloi kalau follow daripada follow blog yg kau tak kenal tapi follow sebab dia follow kau. OKAY!!


1 comment:

saya dewi said...

yep. belogwalking tueh bagus. sebab kita boleh tambah ilmu baru. serunuk baca belog yang kadangkadang mampu membuka mata dan minda kita. tak lupa juga dekat belog yang boleh buat kita tersenyum sepanjang kita membacanya.

^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...