Instagram

Friday, July 22, 2011

Ini Bukan Cerita Curi Pasir, Ini Cerita Cinta.

Aku persis sebutir pasir hitam
di celahan pepasir putih di pantai.
Datangnya ombak lalu aku mengikut sama.
Bertiupnya angin lalu aku terbang sama.
Bukan lalang ditiup angin
namun masih di tempat asal.
Aku malah seperti pepasir yg sering merantau.
Kadang dibawa arus ombak lalu ke laut.
Kadang ditiup bayu lalu ke pantai.
Namun, aku masih pasir hitam
di celahan pepasir putih di pantai.
Tiada beza biarpun aku hitam
dan mereka putih.
Kerana yg putih itu terlalu banyak
untuk dibezakan dengan aku.


*bila ilham datang masa tengah tonton sinetron Indon ya ginilah jadinya*

OK. Abaikan segala pepasir yang bertaburan kerana ia cuma metafora yg menyedapkan gaya bahasa menjadikan warkah kosong persis segulung ijazah dari Harvard.


Entry aku kali ni pasal relationship. Hubungan. Seperti kebiasaannya, aku, seorang kanak-kanak bergaya yg tidak bekerja dan sedang tunggu masa untuk dicampakkan ke IPTA, amatlah suka membuang masa dgn blogwalking.


Terjah dari satu blog ke satu blog lalu ke satu blog seterusnya ke satu blog lagi. Semalam aku tidur jam 3 pagi lepas dengar bunyik anjing menyalak kat depan rumah. Eh tak tak mana ada seram. Mengantuk =.="


Maka amatlah banyak blog yg aku singgah baca 2 3 entry. Rata-rata bila blogwalking ni yg banyaknya blog cik gadis dengan background bunga-bunga cinta siap background music lagu Kawaii nyanyian Fify Natasha tidak lupa juga siap ada widget2 gambar barbie. Alahai memang kiut. Lagi kiut muka aku tahan maki pasal loading lama gila.

Ada jugak yang blog brader-brader yg rata2 cakap pasal dunia dan masa depan negara serta halatuju mereka dalam dunia maya.

Okay. Aku nak cakap pasal hubungan kan tadi? Pejadah aku melalut ni. OKAY LET'S PROCEED.


Bila aku baca ada yg

"Boyfie, I cuma nak U tau yg I LAP U SO DEM MUCH!!"

ada yg

"Meon, kaulah chenta hatiku sampai ku mampushh."

juga

"You, I miss u lah. Bila u nak ajak I pegi dating kat pasar chow kit?"

tu belum lagi yg

"Sayang, I berjanji sehidup semati dgn u. Pliz don liv me honey."


*puihhh*


---Aku tak kutuk ok. Ayat di atas adalah rekaan semata-mata tapi haruslah anda percaya bahawa memang ada yg begini---


Ok jom check umur jom!

19
18
17

HAHA. Okay bila aku tanya mak aku bila aku boleh ada pakwe, mak aku cakap tahun terakhir aku kat U.


Kita review akhbar2 tempatan. Ok aku amat malas nak link sebab malas nak cari tapi aku yakin memang ada berita2

"Pasangan remaja ditangkap khalwat."
"Pemuda rogol remaja bawah umur."

yg ni paling hot dalam negara

"Remaja 18 tahun ikut hero Lombok."
"Remaja perempuan lari dari rumah ikut teman lelaki."


Pandangan aku, berita macam ni memang panas. Lagi-lagi dengan wujudnya jiran-jiran yg sangat 'mengambil berat'. Cerita baru 2 minit, setaman dah tau. Terima kasih kepada jiran tersebut. Kecoh kemain. Anak Kak Limah lari rumah. Anak Pak So'od kena tangkap dalam semak. Anak si polan kena kahwin segera dgn anak si polan.


Dia punya kecoh adalah dalam 10-20 hari. Lepas tu senyap. Tu cerita pasal yg kena tangkap khalwat.



Hey Kemon la makcik pakcik gosip sekalian. Bila dah jadi macam tu, terlanjur la bagai, makcik dan pakcik tak perlu nak kecoh. Sebab apa? Buang masa, buang tenaga doe. Benda dah jadi. Nak cakap pun tak guna, bukan boleh patah balik masa.

Aku sarankan makcik pakcik sila tengok sekeliling. Ni tak, aku nampak makcik pakcik sekarang ni kalau nampak merpati dua berjoli2 tengah dating kat taman bunga mesti cakap,"macam kita muda-muda dulu kan bang." tuihh memang. Tapi sekarang lain. Budak2 sekarang seriously terdedah dengan media2 yg berunsur 18. Filem2 18 pun banyak lepas kat Malaysia ni. Kalau orang dulu-dulu takde media2 macam ni. Jadi, pengaruhnya tak banyak.



Tapi aku bukan nak salahkan pemerhati. Aku nak sampaikan yang masalah ni masalah semua. Jadi masalah bila merpati berjoli2 ni tak mampu nak kawal hati sendiri. Masalah datang jugak bila takda yg menegur. Okay nanti ada la yg cakap,"hah ika kau pandai cakap. Pergi la tego dorang tu."

Aku ada ramai kawan macam ni, ditegur dan diterima. Tapi tak lama, sebab aku lah kot yg menegur. Kroni2 mereka juga kalau menegur memang tak jalan. Maka aku ambil inisiatif buat entry ni.

Bukan sebab aku adalah yg paling baik unggul dan berkarisma. Tapi sebab aku rasa bila aku kritik orang, aku sedang mengkritik diri sendiri dua kali ganda. Bukan menghalalkan cara aku mengkritik orang. Tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk mencermin diri. Dan ini adalah cara aku. OKAY :)


Macam biasa, entry ni tak lain untuk peringatan kepada diri aku sendiri yang sangat selalu lalai dan sering melakukan dosa dan kesalahan. Barakallahuli walakum :)

3 comments:

mocha~ said...

kot ya pun rekaan..bg laa nama gempak sikit..ni meon? hahahha..

nice entry :)

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

remaja sekarang semakin bebas n melampau lampau.... mntak dijauhkan..

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

remaja sekarang sgt bebas n semakin melampau-lampau... mintak dijauhkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...