Instagram

Thursday, August 25, 2011

Indahnya Ramadhan.

Pehhh tajuk dia dah macam rancangan kat TV dah yg ada lepas sahur tu kan. Siapa tak sahur mesti tak tahu. HAHA.


OKAY. Bebulan Ramadhan yg mulia ni aku memang sangat suka hati nak cerita pengalaman berpuasa daripada tapak kaki aku sebesar 2 jari sampai tapak kaki aku sebesar muka sendiri.


Setakat yg aku ingat, mula dari tadika aku dah belajar puasa. Sehari berjaya aku rasa macam dah sebulan berpuasa. Almaklumlah zaman tadika, bulan puasa pun tice hidang breakfast ngan lunch jugak. Sebab tadika aku ramai cina india. Bila tengok budak india yg suka buli aku tu makan depan aku, aku punya la marah. Sampai tak nak kawan dia. Besoknya aku pesan kat mak, aku tak nak puasa, sebab nak makan depan budak india tu. HAHA.


Masa darjah 1, lagi style. Pergi sekolah bawak bekal. Rupa-rupanya puasa. Rakan-rakan sekelas semua pelik apehal masa rehat aku keluar kelas ikut budak india, kawan aku sorang tu. Balik rumah aku sentap sehari pasal malu ngan kawan-kawan melayu. Dorang kata aku dah besar pun tak puasa lagi. Esoknya, aku puasa sampai la cukup sebulan Ramadhan. Memang style. Masa raya dapat duit raya lebih sebab puasa penuh, kecuali hari pertama yg mak paksa suruh bawak bekal tu. HAHA.

Kat sekolah agama pulak, memang kantin tak bukak sesaat pun. Nasib baik mak style masa tu, tengah2 pregnant kan Intan, mak datang sekolah agama masa rehat. Bawak cekodok. HAHA. Budak lain pandang je. Malu memang malu. Tapi demi perut, aku peduli apa. HAHA.

Masuk darjah 3, kawan-kawan aku semua bermotivasi pakai tudung masa bulan puasa. Selain itu, ada 2 3 orang kawan aku dah terus pakai tudung biar pun selekeh-selekeh. Aku ni je ha yg jahil lagi pergi sekolah pakai skirt tocang dua. Ada sehari tu, ada subjek agama. Ustazah aku mulut dia memang kemain laser, tapi dia ajar best. Sekali aku sorang je tak pakai tudung, sebab kawan-kawan sejahil aku semua bermotivasi pakai tudung bulan ramadhan. Dengan hebat ustazah laser aku,"Nak tahu tak kenapa perempuan banyak masuk neraka??" Pastu semua orang eksaited nak tahu kenapa. Aku bertambah-tambah eksaited lagi. Dah lah duduk depan sekali. Lalu ustazah tu jawab,"Sebab perempuan banyak rambut. Setiap helai rambut ni kalau tunjuk kat orang bukan muhrim kita, dosa dia banyak. Cuba kalau ada 1000 rambut? Ha, lagi banyak dosa. Kalau dosa masuk neraka." Sambil tunjuk rambut aku.

Kemain sentap lagi aku. Esoknya ada subjek agama lagi, lalu selepas hari itu, setiap hari yg ada subjek agama aku pakai tudung dengan lencana sekolah agama aku. Sebab aku memang takda tudung untuk sekolah kebangsaan. HAHA. padan muka aku. Benda ni berlarutan sampai aku darjah 6, aku pakai tudung hari yg ada agama je. Pastu ada sekali tu ada MTQ kat BTHO, aku masuk tilawah pulak, kebetulan hari tu takda agama. Maka, aku tak pakai tudung. Dan kena marah dengan Ustaz Zaki yg garang tu sebab dah lambat gila nak pegi tapi tak da sapa nak pinjamkan tudung. Last-last, pinjam tudung ustazah. Memang sakai. Memang patut pun tak menang. Patut.



Bila masuk form 1, mak aku suruh pakai tudung betul-betul. AKHIRNYA. Oleh sebab aku dapat masuk KAA, jadi fasa perubahan tu agak mudah. Terima kasih emak. Okay form 1 punya cerita puasa lagi style. Sekolah sesi petang, so pas subuh memang biasa tidur balik, kalau tak pun aku layan Spongebob Squarepants pastu Blue's Clues pastu Dora the Explorer. Lagi style. Cerita pasal ramadhan, puasa pertama tu aku tak sahur. Dengan relek bangun pagi pergi dapur bakar roti buat neskepe pastu breakfast. Kebetulan memang aku sorang kat rumah pasal mak dah keluar mengajar. Style. Mak balik, mak tanya,"Pinggan apa ni tak basuh ni? Mak dah kosongkan sinki dah tadi." Aku pun relek,"Oh ika punya makan roti tadi, letak kejap nak iron baju." Mak,"Oh kau tak puasa??" Aku," err..lupa!!!!"



Form 5. OKAY nampak macam terlalu tua untuk terlupa yg ia bulan Ramadhan. Tapi ya, aku. Suatu hari di bulan ramadhan, loceng rehat berbunyi lantas aku pergi menuju ke koperasi sekolah. Dengan niat nak beli air kotak pasal pagi tadi datang sekolah LUPA NAK BREAKFAST. Kemain relek aku masuk koperasi, "Cikgu, nak air tu cikgu. Teh." Cikgu mereply, "Kamu jangan nak buat kelakar, pergi masuk kelas. Siapa kata kamu boleh suka hati beli makanan kat sini." Aku sentap, kenapa cikgu bersikap dingin dengan anak murid kesayangannya ini??? Lalu," Ala cikgu, napa ni? Apa salah saya kali ni?" Cikgu muka ada la macam singa lapar,"Kamu ni tak puasa ke?" Beliau jerkah aku di hadapan junior cina yg lain. Cis, padanlah member2 aku semua tak nak ikut. Ini gila.



Scene-scene terlupa macam ni memang biasa jadi kat aku. Bila bulan puasa mula la penyakit aku datang. Penyakit lupa. HAIH.


Masuk matrik, nasib aku baik ada member2 yg rajin puasa sunat. So, sepanjang matrik aku selalu puasa sunat ngan room mates, maka tak ada istilah 'eh lupa la hari ni puasa' terima kasih kepada mereka. HAHA.


Sekian cerita Ramadhan aku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...