Instagram

Friday, August 26, 2011

Jejak Kasih.

Bila aku excited, segala kenangan lalu datang menjengah kotak minda satu per satu. Sedetik demi sedetik terulang ibarat menonton wayang. Wayang tentang kehidupan sendiri. Bersama sahabat tersayang.



Cewah, okay mood aku sekarang melankolik. Sambil diiringi lagu Aizat - Lagu Kita.

Dengan lafaz basmalah, aku dengan gembira bersama air mata syukur, ingin merakamkan sebuah rasa kasih kepada sahabat lama terpisah sejak 10 tahun lalu.


Okay sebenarnya aku tak biasa buat ayat Perdana Menteri ni. Tapi sebab aku excited sampai menangis2 malam ni, aku rela.


HAAA!!! *mula dah dia punya excited*

OKAY. Kenapa aku excited. Tak. Bukan sebab Choi Min Ho bagi aku cincin belah rotan, bukan juga kerana KyuhYun ajak aku kahwin mahupun Taemin melamar aku kat Shangri-La. Bukan.

Tapi sebab aku jumpa balik sahabat aku sejak darjah 1. Okay nampak macam cerita klise, jejak kasih dan sebagainya. Tapi aku peduli apa.

Nur Iffah Abdullah Shukri. Manusia pertama yg duduk sebelah aku masa aku sendirian dalam kelas, hari pertama persekolahan darjah 1. Dengan skirt dan pony tail, aku duduk bahagian tengah kot. Sorang okay. Lepas tu Iffah datang. Tapi aku tak tau macam mana nak mulakan.


Terima kasih iffah sebab kau sudi tegur aku akhirnya. Dan lepas tu terus kawan. HAHAHA COMEL!!!


Lama berkawan ngan iffah, satu benda aku kagum ngan minah ni, dia memang style. Blaja dia style. Pandai kemain. Selalu nak lumba ngan budak cina si Calyne.


Ah semua teror, bangga wei aku jadi kawan kau. Dah la kau pakai tudung masa darjah dua, ya kau lah antara geng2 kita yg memotivasikan diri pakai tudung awal-awal. Aku jugak yg jahil =.="


Masuk darjah dua pun best, satu kelas lagi. Terima kasih iffah, kau tolong aku hafalkan sifir 6 sebab aku memang tak suka sifir 6. Aku ingat lagi Cikgu Razak bawak ranting masuk kelas Maths pastu aku menggigil-gigil kat belakang sebab tak hafal sifir 6. Kau tolong aku semak sifir 6 yg aku hafal.


OKAY!!! Darjah 3, kau ingat tak kau macam tak rapat ngan aku lepas kau kenal Fatin? HAHA kau tak ingat. Pastu kita tak kawan en? Kau tak ingat jugak. Bila ada kelas agama je mesti Fatin duduk ngan kau, aku pulak er....aku lupa aku duduk ngan sapa. HAHA.


Lepas tu, habis darjah 3 kau kata kau nak pindah sekolah mana tah. Aku pun nak pindah jugak nak ikut kau, tapi mimpi la kan. Tak rajin la ayah aku nak pindah2kan aku. HAAAA!!! Okay masa tu aku rasa cam patah kaki jugak sebab kau je kawan baik aku selain si Salihin ngan Akmal ngan Intan ngan Syuhaida. Oh juga Lavaniya ngan Andrea.


Nasib baik fa, masuk darjah 4 aku satu kelas dengan Calyne, kawan pengawas kau tu. HAHA. Nasib baik jugak ada Affina, bawak aku ke jalan yg benar. HAHA. Okay kenapa aku nak HAHA pulak? Ni cerita sedih ni.



Ha lepas tu lama gila tak jumpa kau kan sampai la terserempak ngan kau kat tusyen mewah, tapi kau tanak tegur aku. Aku kan pemalu + tak sure tu betul ke iffah kawan baik aku. OKAY.



Lepas tu memang terus tak jumpa dah. Sampailah masa kat McD awal tahun dulu, kau perasan aku rupanya, tapi tanak tegur kan! MEMANG.


Sampai lah tadi, tadi, TADI, kau tegur akhirnya. Ala aku tau, kau mesti tak tahan dah rindu ngan aku kan? OKAY aku paham. HAHA. Eh tapi tadi aku nak borak panjang gila ngan kau. Rindu gila + kemain gembira gila sebab kau tegur aku akhirnya. AKU ULANGI, aku ni kan PEMALU.


OKAY cukup lah aku merapu. Kau baru jumpa aku hari ni, kau dah tau aku kuat merapu. Style la kau ni fa. Sayang kau!! HAHA.


OKAY untuk kau iffah, aku doa supaya lepas ni kalau kita terpisah lagi, dan bila terjumpa balik tepi jalan ke dalam masjid ke hatta di dalam longkang sekalipun, kau tegur lah aku dulu okay. Aku ni PEMALU. *dah berapa kali dah*


Serius aku rindu gila kau. TAK NAK DAH PISAH NGAN KAU LAGI!!!!!





***Iffah kau tau tak kemain excited aku cerita kat kak lang aku pasal kau, pastu kat mak aku, pastu kat adik aku. Kat kawan aku tadi pun aku cerita. Lepas ni aku nak cerita kat abang aku. Esok sahur aku nak cerita kat ayah aku. Ha kau nampak tak betapa excited nya aku jumpa kau balik setelah 10 tahun?? nampak??***

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...