Instagram

Saturday, August 20, 2011

Kisah Makwe Pakwe

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya kawal kesejukan mandi sebelum subuh. Memang style. Zaman sekolah aku pun mandi lepas subuh. Takdenye makna nak mandi sebelum subuh. Ke rajin kemain. Haha.

Okay topik aku pada pagi yg hening angin sepoi-sepoi bahasa ini ialah kisah klise yg semua orang dok cakap-cakap. Kisah pakwe makwe. Abaikan aku, cuba cakap sapa yg takde pakwe makwe? haha. 90% pelajar kat Malaysia ni dah berpasangan. Percayalah, tengok FB pun tahu lahh.

Haha. Aku bukan nak cakap pasal ikhtilat sebab semua orang tahu pasal tu. Okay couple tu haram, so? No, aku bukan nak cakap pasal tu. Okay?


Aku nak cakap pasal perangai-perangai pelik yg terbit dari pakwemakwe yg dah ada makwepakwe. Perangai pelik yg kadang2 buat aku, okay bukan aku sorang kot, orang lain, rasa nak pasang pendakap gigi dekat telinga.



Perangai Pelik #1
Perubahan bahasa. Bila ada pakwemakwe, bahasa dalam FB, bahasa bercakap, bahasa badan*apatah lagi*, dan segala bahasa mula berubah. Kalau dulu cakap mesti nak pakai hentam kromo je. Takde lampu merah langsung, sekali keluar kata-kata dari mulut kau, 2 3 orang kena serangan jantung.

Tapi sekarang, lepas ada pakwemakwe, pehhh bahasa kemain gadis melayu lagi. Terus masuk ranking calon menantu mak pakwe. Tapi peliknya bahasa ng pakwe je berubah. Pakwe tengah online, post status kemain sopan, "Malam ni pergi teraweh ngan bonda. Bestnya." Time pakwe tak online, rancak kemain gosip ngan membe,"Wei jenab, kau tahu tak pakwe si markonah tu dah ada makwe lain. Cantik lagi dari markonah aku cakap kau."


Perangai Pelik #2
Perubahan pakaian dan aksesori. Ni kes-kes makwe. Kalau belum ada pakwe, kemain selekeh lagi. Dekat sekolah/kolej siap pakai beg sekolah penuh dengan buku, spec mata besar ikat rambut tocang dua, kalau pakai tudung, tudung pun pin kat depan je pasal simple sangat.

Tapi bila dapat pakwe hensem sikit, sikit je pun. Dia punya berubah kemain gempak. Pergi kelas dengan shawl kelip kelipan, siap ada batu pemberat lagi utk kukuhkan kedudukan shawl tu, ala fesyen sekarang ni la. Tengok pulak aksesori kemain Anak Mami lagi. Gelang tangan sebesar donat siap warna warni, rantai sebesar tasbih melilit pun warna warni jugak, baju tak payah cerita la siap pulak dengan seluar skinny. Wedges, tu yg penting tu. Nak pergi kelas ke nak pergi shopping aku pun tak sure.


Perangai Pelik #3
Kekurangan tidur. Yang ni memang obvious dalam kalangan makwepakwe. Kalau zaman single, masa tidur siap berlebih-lebih lagi, boleh sempat tengok tv. Duduk terperap dalam rumah/bilik belek-belek nota kuliah/majalah. Study-study. Malam pulak layan CSI, kul 10 tidur kemain awal lagi.

Bila ada pakwe, siang keluar tengok wayang, shopping, jalan-jalan, makan-makan sampai bawak ke petang. Sampai rumah mandi-mandi tiba-tiba pakwemakwe call*biasa pakwe la yg call kan* kemain bergayut sampai subuh. Lepas subuh baru nak tidur. Pukul 8 kelas, kemain mengantuk. Tah apa yg digayutkan sampai ke subuh pun aku tak sure.


Perangai Pelik #4
JK yang berpanjangan. Masa single, nak JK(jiwa kacau) pun macam tak payah je. Takde sebab nak jk sana sini. Kemain riang gembira lagi dapat result gempak-gempak pasal terlalu takde masalah. WAH.

Bila dah ada pakwe, salah sikit nak jk, silap sikit nak jk, lambat sikit nak jk, reply sms lambat pun nak jk, lupa nak call pun nak jk. Ni masalah bukan makwe je, pakwe pun kemain gedik nak jk jk bagai. Disebabkan setiap saat nak jk, nangis sembam muka kat teddy bear,*teddy bear pun pakwe bagi, nak jk jugak* masa nak study pun dah habis dengan jk yg tak berkesudahan. jk sampai lupa makan, terus kurus. jk sampai lupa semuanya. Buang masa.


Perangai Pelik #5
Keterbukaan terlampau. Sewaktu single, tahap keterbukaan dari segi sosial amatlah rendah. Nak keluar reunion pun sampai kena paksa. Punya la malas nak bersosial. Nak cerita secret-secret pun malas. Ada besties kemain caring tapi sekeping rahsia pun tak tahu pasal kita yg single ni. Punya la malas. Bukan tak nak. Malas.

Bila dah ada pakwe, kemain terbuka lagi. Balik dating cerita "Wei jennifer, tadi Lambart tu kan romantik tau dia belikan aku rantai gambar lovey dovey ni.AWWWWWW". Habis kelas cerita lagi "wei jennifer, tadi kan aku ngan Lambart makan kat mamak, even kat mamak, gaya dia order tu style lah. Cool gila." Bila jk, makin rancak keterbukaan dia "Jennn, Lambart lambat sms aku, benci tau. Dah la tadi dia tak call. Apa aku nak buat ni. OH EM JEEEE."
*kemain kesian lagi kat jennifer*


Perangai Pelik #6
Mood spoiler. Zaman single, mood kemain stable lagi. Orang cakap baju kau old fashion pun kau relek je, siap boleh laser balik.

Tapi bila ada pakwe, mood kemain tegang 24 jam. Bengang tengok classmate pakwemakwe lagi hensemcantik dari kau la, geram tengok makcikpakcik cafe dok ngorat pakwemakwe kau la, tak puas hati pasal besties makwepakwe lagi pandai bijak excellent dari kau. Semua tak puas hati. Semua tu punca ah mood turun naik. Lagi-lagi bila PMS, kemain rancak dia punya mood merosak. Ha kan susah tu?



Okay 6 je la opinion aku. Ni je la, okay? Kang aku tulis lebih-lebih ada yg cakap,"kau takde pakwe, boleh la cakap. Cuba kalau kau ada pakwe? Kau ni macam dah pergi bulan sendiri pastu nak cerita macam-macam pasal bulan." Haha kemain sentap aku ngan stetmen macam ni.

Aku pernah ada pakwe selama 11 hari okay. *NASIB BAIK* Dan 11 hari tu langsung tak produktif, malah merosakkan diri aku sendiri, 3 hari pertama memang lovey dovey, member pun naik bengang aku asyik story pasal dia. Masuk hari ke 4, pelbagai jk mula timbul, memang childish. Ha nak sangat bermakwekan kanak-kanak cengeng+gedik+hottempered cam aku ni. Merasa lah kan.

At last, aku sendiri yg menyampah dengan diri sendiri, memang menyampah, kemain relek aku buang dia seriously takde rasa bersalah langsung. Macam best je. *Okay tu bukan kata-kata orang yg tak laku ea*


Konklusinya kat sini, bila aku review hal-hal yg berlaku kat aku, berpakwemakwe ni memang best, sweet kata omputih, rasa cam comel je kan. Tapi hakikatnya, macam-macam nak kena jaga. Sampai Subuh pun nak kena kejut melampau la kan. Macam mak kau takde kat rumah nak kejutkan. =.="

Daripada tengok pakwemakwe yg konon sweet tu baik tengok anak buah aku yg comel kemain ni. Sejuk hati. Nak marah sebab pijak laptop aku pun tak jadi =.="

Cinta yg sejati dan hakiki hanya pada Allah SWT. Cinta yg sweet pulak lepas kau kahwin nanti. Nak tau, pergilah kahwin. Tanya aku, dapat apa? Aku pun belum kahwin.



Semoga aku bertemu jodoh dengan orang yg baik2 kuat agama sebab aku ni kan bukan baik sangat pun. Tapi nak suami soleh, kena solehah kan diri dulu, okay! Jangan nak tunggu suami tu solehah kan. PAYAH.


1 comment:

♥mRs fuAin♥ said...

alhamdulillah laa..
dari no satu smpy enam..
satu pon xjd kt sye..
cmne sblom cple..
cm2 la lpas cple..
xd brubah....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...