Instagram

Saturday, August 13, 2011

Langit Ilahi.

Kemain lagi aku copy paste dari encek wiki.
Align Center

Langit adalah bagian atas dari permukaan bumi, dan digolongkan sebagai lapisan tersendiri yang disebut atmosfer. Langit terdiri dari banyak gas dan udara, dengan komposisi berbeda di tiap lapisannya. Langit sering terlihat berwarna biru, disebabkan karena pemantulan cahaya, tetapi tidak tertutup kemungkinan bahwa langit bisa berwarna selain itu, misalnya merah ketika senja, atau hitam saat turun hujan.



Siap bahasa indon lagi, ha ni la bahana nya ada channel baru dekat astro. Bintang dan Pelangi saluran 141 dan 142. Kemain rancak aku layan Opera Van Java ngan Ketika Cinta Bertasbih drama Ramadhan Special. Haha.


Okay back to the main point. Aku memang suka dan dah lama dah nak cakap pasal langit. Kenapa? Sebab itu salah satu ciptaan Allah yg kita takkan terlepas pandang walau sedetik. Keluar pergi bazar mesti check langit kot-kot nak hujan ke kan. Nak pergi pasar pagi-pagi tengok langit, buat ramalan cuaca sendiri. Even duduk dalam rumah still nampak langit. Macam mana tu?? Ha bukak tv ada filem tamil Avan Ivan tu ada langit kan? Ha tu lah. Okay okay rancangan lain pun sama.huh.


Punya lah banyak situasi kita ni semuanya nampak langit. Memang aku suka langit. Suka gila. Bila tengok langit rasa macam diri ni ada atas burung garuda sambil makan pop corn dan lumba terbang dengan burung helang. Best kan? Okay tu fantasi je. Sebab tu la best dia bukan main.


Oh ya, bercakap tentang langit, serta merta aku teringat Kolej Matrikulasi Selangor. Aku ingat kat Skolah Petak aku tu je ada pemandangan langit yg bukan main cantik, rupanya KMS punya lagi cantik.








See? Cantik kan. Bukan main indah lagi. Gambar terakhir ni aku amek lebih kurang 5 petang masa baru habis kelas. Aku ialah manusia yg jenis jalan menonong je tanpa mempedulikan persekitaran, tapi time ni aku tertoleh je ke kanan perasan pulak Bangunan Al-Farghani kemain indah lagi berlatarbelakangkan langit membiru lantas langkah kakiku terhenti. Menyebabkan kakak yg jalan belakang aku terlanggar badan aku dan char kuey teow dia tumpah dengan bergaya kat baju aku. Untuk itu, terima kasih kakak dari blok Mira.



Ada lagi,






Indah kan? Ha kan dah cakap. Okay gambar pertama tu masa bulan puasa. Tengah tunggu waktu iftar, aku baru lepas mandi, then nak sidai tuala kat ampaian luar tingkap dan tiba2 aku rasa cahaya oren tu memancar2 je kat muka aku. Cepat2 aku amek henset. Bukan main indah lagi, sejuk mata tengok ciptaan Allah yg indah-indah ni. Tahu?


Gambar terakhir tu pulak masa baru balik dari joging dengan room mates aku. Tu kediaman Pengarah yg jarang berpenghuni. Waktu ni dalam pukul 7.15 lebih kurang. Cantik betul :)


Okay ni motifnya aku nak tunjuk yg Bukit Jugra dah hilang ditelan kabus pagi. Masa ni sejuk bukan main pasal malam tadinya hujan lebat siap lengkap ngan kilat guruh petir semua ada. Sepatutnya belakang bangunan Al-Zarqali(library) boleh nampak bukit. Tapi dah tak nampak sebab kabus tebal.




Ni Surau As-Sufi. Surau terbesar dalam matrik antara matrik-matrik kat Malaysia. Pembinaan surau ni mencecah RM 2 juta, satu pelaburan besar untuk sebuah surau. Semoga azan surau As-Sufi terus berkumandang hingga ke generasi seterusnya.



Okay ni masa sunset, dan dan je dapat tangkap time ni. Aku lepak kat Astaka, panjat tebing belakang astaka iaitu tempat generator air lah apa lah kat situ, semata-mata nak amek gamba matahari tu. Padahal pakai henpon je pun. Haihh tapi yg ni aku paling puas tengok :)



Last, gambar ni aku amek kat blok Vega, sepatutnya bawah gambar ni ada bumbung Vega, tapi aku crop untuk edit gambar lain. HAHA. Okay yg ni pun aku puas :)



Dan tahukah anda, kepuasan yg lain macam aku rasakan bila aku dapat abadikan fenomena-fenomena alam macam ni untuk dijadikan tatapan sebelum tidur. Indah betul, kan? Banyak lagi yg aku nak kongsikan, aku tak kisah pun nak kongsi even aku tak guna DSLR okay nak amek gamba ni. Sekaligus membuktikan DSLR bukan jaminan dapat angle yg menarik. Sony Ericsson K series aku ni pun boleh amek gamba cantik. Tahu? HAHA.

Ha bukan pasal DSLR yg aku nak cakap sebenarnya. Biasalah aku memang suka menyimpang.


Hakikatnya, aku nak cerita, betapa indahnya alam ni Allah ciptakan untuk kita kumpul pahala dan mencari redha-Nya tapi masih ramai lagi yang tak sedar. Allah ciptakan Bumi untuk kita berbakti kepada tanah, hasilnya menjadi rezeki makanan buat kita. Lepas tu jual, dapat duit banyak, bayar zakat, itu tuntutan. Ada lebih sikit duit tu, pergi sedekah, dapat pahala. Allah pun redha. Masyarakat? Apatah lagi.

Allah ciptakan langit untuk kita sedar betapa kita ini hanya ciptaan Allah yg tersangat kerdil. Betapa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Hebat, menjadi Pencipta Alam Semesta yg terbentang luas ini. Dengan itu, kita akan lebih berasa tawadhuk dan istiqamah dalam beribadah.


Tapi sayangnya, umat akhir zaman ni dah tak nampak kehebatan Allah SWT sebagai Pencipta. Kalau tak, takkan wujudnya group murtad sana sini kat FB yang sedang hangat diperkatakan, kan?


Semoga Allah SWT merahmati umat Islam semua. Amiin.

2 comments:

mocha~ said...

suraunya nampak macam masjid besar dia..

epal92 said...

aku suke langit kat kms.gile cantikk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...