Instagram

Saturday, August 13, 2011

Sick.

It's about 3.00 am and I'm not yet sleeping.

Tak, aku taknak berbahasa inggeris. Mood bila goyah kena pakai bahasa ibunda.


Pagi tadi kemain semangat aku mandi lepas sahur. Bak kata ibunda tercinta,"wah pecah rekod ika mandi subuh-subuh tok adam ni ye." Okay orang baru nak tetapkan semangat baru mak dah sound dengan kelajuan cahaya. Sejuk bukan kepalang, lepas subuh aku layan TV sampai tetidur. Bangun-bangun bantal aku kebasahan, okay tu bukan peta amerika okay, tu maksudnya hidung aku mengalami kebocoran. Kepala aku berpinar-pinar je rasa. Rasa nak hentak-hentak kat dinding.


Lepas tu aku pergi sidai kain, habis sidai kain aku lepak kat sofa tetiba dah ada kat MPH Mid Valley, sedar-sedar je ohh aku bermimpi. Cis, baru nak dapat novel free =.="
Bangun je aku solat zuhur, lalu aku naik atas dengan semangat yg jitu. Exercise lah konon kan. Tak payah sangat la. Tetiba aku dah ada kat USIM, homakkauu biar betul. Oh aku tertidur lagi. Bangun dan turun bawah, tengok mak tengah gigih memasak.


Anak : Ma, ika rasa kan ika ni demam lah ma.
Mak : Hm kenapa? Badan panas ke? *sambil rasa dahi aku*
Anak : Ha'ah ni tengok ni mata ika ni merah ni.
Mak : Ha tu la siang-siang tidur, malam tak tidur sampai ke subuh lepas tu dok mengadap laptop blablablabla kan dah demam.
Anak : *diam sambil pintal2 alas meja*
Mak : Tapi, ni berjangkit ngan ayah kot. Ayah dah nak demam kau pulak demam. Dah pergi minum air banyak-banyak. Jangan nak minum ais lagi, minum air suam.
Anak : ?????


Teraweh tadi aku tak pergi. Kepala rasa cam ada 18 tan batu atas. Tengok, cakap pun dah macam apa. Cakap? okay, taip.

Dan sekarang, 3.24 am. Aku masih depan laptop. Tak boleh tidur, hidung tersumbat tah dengan apa tah macam-macam ada dalam hidung ni ada almari, peti ais, komputer dan sebagainya.

Mungkin Allah suruh aku beribadat lebih sikit kot. OKAY. Aku tak nak demam dah. Takut ok. Lagi-lagi lepas encek tua ganyut tu bagitau pasal hapa leukopenia lah apa lah. Bajet betul, aku nak sebut pun tak reti ni.



Semoga Allah berikan aku kesembuhan. Amiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...