Instagram

Tuesday, September 6, 2011

Budak Kecik Lupa Diri

OKAY. Sebelum aku berangkat esok, aku nak sangat post entry seketul dua. Lepas ni minggu taaruf sampai jumaat dan aku tak sure lagi sabtu itu akan pulang atau tidak. Almaklumlah ada lagi rumah yg belum aku ziarah. HAHA :D

OKAY first aku nak terima kasih kemain kat Wan Nurul Ain kerana sudi bawak aku beraya ke rumah Nurul Amirah di Rawang. Terima kasih. Dan terima kasih juga sudi teman aku beli barang tadi dan setelkan urusan aku. Terima kasih. Dan terima kasih kepada diri aku sendiri yg lupa beli tudung putih padahal esok dah nak daftar. Memang.

OKAY berhenti tentang perkara terima kasih dan daftar. Aku sebenarnya pelik mengapa aku tak buat entry raya HAHA. Mungkin sebab aku busy gila pergi kutip duit raya rumah jejiran tetangga dan sahabat handai. Maka aku pun terus lupa apa itu BLOG. Hanya kerana aku menghentam CoolBlog kemain banyak sepanjang raya ni.

Jadi di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf bebanyak kepada semua orang, rakan dan taulan. Kepada kawan-kawan tadika, kawan-kawan sekolah rendah dan menengah, kawan-kawan baik saya Nedy, Nysa, Ma'a, Wan Ain, Mira, Nab, Anis, Papua, Bangla, Lanka, Fina, Tikah dan ramai lagi. Serta kawan-kawan kerek saya Azman,Yun, Zwan, Feroza, Ain juga kepada kawan masa kecil saya Afifi, kepada orang-orang tua di sekeliling saya, Pakcik Hafiz di Cairo, Mujahid di Jordan, juga kepada Dr. Fathyr di Zaqaziq dan kepada sepupu-sepupu saya di mana-mana anda berada. Selamat Hari Raya Aidilfitri. 


Semoga hidup kalian dirahmati Allah dan sentiasi di limpahkan rezeki yg halal. Aku juga nak merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yg dah sudi datang beraya rumah aku. Terima kasih, juga kepada junior aku si Ungku, Caer, Shifi yg gedik datang rumah aku lepas tu tanak masuk, dan Ana,Yan, Dayah, dan semua juniors yg lain terima kasih atas mesej raya yg tak berbalas. Akak memang takda kredit 2 hari sebelum raya tu. Maafmaaf =.="

OKAY sempena hari terakhir aku kat rumah ni, aku nak menzahirkan rasa neves sebab aku neves. Ha memang aku neves sebab seminggu ni sebelum daftar esok aku tak rasa apa. Baru semalam aku rasa neves. Aku neves sebab lambatnya rasa neves tu datang. NEVES. OKAY?


Dah aku kena off sebab aku rasa macam selori lagi barang tak cukup. Selagi belum pukul 11.00 pagi esok, selagi tu lah aku rasa semua barang tak siap lagi. Melampau. Selamat tinggal, rumah yg kalau-senja-je-mesti-banyak-nyamuk. Tunggu aku USIM yg aku-macam-gembira-nak-pergi-tapi-sekarang-dah-neves-pulak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...