Instagram

Monday, October 3, 2011

Alhamdulillah lini'matika, Yaa Rabb.

Bismillah...


Cuba bayangkan, kau dapat hidup dalam kehidupan yg selama ni kau impikan. Rasanya apa? Puas? Gembira? Bahagia?


Ya, itu yg aku rasa sekarang sejak pertama kali melangkah kaki ke USIM. Aku baru kenal USIM masa form 4, sejak tu aku tanam azam, USIM akan jadi tempat untuk aku belajar satu hari nanti. Usaha aku mungkin tak cukup untuk melayakkan aku masuk USIM lepas SPM. Redha, belum rezeki mungkin.

Tapi hari ini, aku puas. Alhamdulillahi Rabbi, aku dapat hidup dalam suasana yg macam ni. Kau tau apa itu? Suasana yg tak perlu rasa tak selesa, suasana yg tenang, suasana yg sangat mendamaikan, yg paling penting, suasana Islam yg aku selalu impikan.

Alhamdulillah. Aku nakkan istiqamah dalam setiap perubahan yg aku usahakan sepanjang aku belajar kat sini. InsyaAllah. Aku nakkan perubahan yg berterusan, aku nak kebaikan dunia dan akhirat. Aku nak semua tu. Aku cuma perlu usaha, usaha dan usaha. Lepas tu tawakkal.

Air mata tak perlu kira berapa kali titisnya sejak hari pertama kat USIM. Asbab yg banyak. Lapar, rindu, penat, stress, gembira, marah, sedih, sayang. Semua tu buat aku lebih matang. Dan aku harapkan ia perubahan yg baik, insyaAllah.

Bila orang tanya,"Ika, macam mana hidup kau kat USIM? Ok tak?" Jawapannya cukup susah, aku terlalu gembira kat sini. Aku selesa belajar kat sini.

Yang paling penting, aku terlalu bahagia ada room mates yg baik, walau belum boleh menandingi room mates aku kat matrik dulu. Dan aku ada classmates yg 'nampak' aku dalam kelas. Aku bersyukur sangat2. Aku ada classmate yg sangat setiakawan, baik, tak lokek ilmu, selalu ta'awun dan tersangat happening. Semua ni buat aku rasa, syukur saja tak cukup. Aku perlu usaha triple.

Allah dan makbulkan doa aku, Alhamdulillah. Apa yg aku ada sekarang, berkat doa mak ayah cikgu semua orang dan yg paling penting sekali semua ni kurniaan dan nikmat Allah. Usaha aku terlalu sikit.

Doakan aku istiqamah. Aku cuma nak jadi manusia yg tak lari dari batas agama dan fitrah. Aku dah melepaskan hampir sebahagian perasaan aku dan meninggalkan hampir sebahagian perkara-perkara yg menjadi rutin aku dulu. Semoga istiqamah.


"Ya Allah, jauhilah aku dari riak dan ta'jub atas segala nikmat dan kurniaan yg Kau berikan. Sucikanlah hatiku dari rasa tidak senang. Bantulah aku menjalani hidup sebagai hamba yg tersangat kerdil. amiin."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...