Instagram

Saturday, October 22, 2011

Antibody dan Hati.

Aku tahu bersyukur itu perlu dalam setiap hal yg kita buat. Aku tahu mempersoalkan sesuatu kejadian yg Allah jadikan itu adalah salah. Tapi aku manusia yg mempunyai hati yg tersangat rapuh.


-----


Sabtu, 22 Oktober 2011

Tak tahu berapa banyak dah isi perut aku keluar secara paksa melalui mulut sampaikan dah kosong dah perut aku ni. Kepala rasa berat macam dihempap dengan lori balak berukuran 3 meter persegi. Sakit belakang macam kena belasah dengan encik2 pengutip hutang. Bermula dengan normal, sakit perut sebab 4 hari tak makan nasi, mungkin.

Tiba-tiba demam. Mungkin juga demam terkejut sebab bersendirian di stesen komuter Batang Benar bersama 3 orang lelaki india yg tak dikenali. MUNGKIN. Siapa tak takut? SIAPA??

Mungkin juga demam sebab rancak bermain hujan lepas balik kelas. Ya, NILAI amat bernilai kerana nilai hujan yg mencurah-curah dengan bergaya. Itu juga nikmat. Alhamdulillah.


Manusia, atau aku sendiri, tiap kali datang musibah sebolehnya aku mengelak dari bertanya kenapa. Hati yg rapuh ni tak mampu mengatasi setiap musibah yg datang. Maka, terlanjur juga 'kenapa' itu dari mulut. Istighfar. Manusia, atau aku sendiri, memang selalu terlupa nikmat, memang selalu terlupa syukur, tapi selalu mempersoalkan musibah.

Manusia, atau aku sendiri, selalu cuba untuk perbaiki diri, hati, dari hal yang tak perlu. Selalu cuba untuk isi hati ini dengan hal-hal yg memberi ketenangan. Selalu cuba mengelak dari persoalan 'kenapa' yg kadang-kadang boleh merosakkan hati. Tapi, aku, cuma aku, manusia berhati rapuh, kadang-kadang terlupa dengan apa yg aku ada sekarang. Selalu terlupa pada nasib mereka yg lebih teruk dari aku.



Alhamdulillah itu sendiri perlu selalu diingatkan. Astaghfirullah itu sendiri ada yg perlu ingatkan. Padahal, itu sepatutnya menjadi amal. Istiqamah yg aku harapkan, semoga dipermudahkan.

Semoga apa yg aku ada sekarang bukanlah sesuatu yg sedang dijadikan fitnah nauzubillah. Semoga apa yg aku lakukan sekarang tidak dipandang sebagai hal yg bertentangan. Aku cuba untuk memanfaatkan diri kepada yg lainnya. Aku cuba untuk mengikuti hal-hal yg membawa kebaikan kepada aku sendiri dan orang lain. Aku cuma ingin jadi manusia yg lebih baik dari sebelumnya. Aku cuma ingin jadi hamba yg tahu apa itu SYUKUR.


---mempunyai antibody yg tersangat lemah adalah sesuatu yg menyakitkan. Kena setitis hujan, demamnya sampai seminggu.

---mempunyai hati yg tersangat lemah adalah lebih menyakitkan. Diusik sedikit, sakitnya berkekalan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...