Instagram

Saturday, October 8, 2011

Sahlah au Su'bah?

Masa first time masuk kelas Bahasa Arab kat USIM ni, mesti start dengan ta'aruf dulu en. Mula-mula macam biasa,

"Ismi Nurzalikha. Askunu fi Kajang. Darostu fi Al-madrasah As-sanawiyah Al-wataniah Saujana Impian, Kajang fi Selanjur, summa ilaa markaz asasi fi Kolej Matrikulasi Selangor fi Banting."

Sekali ustazah bertanya,"Ma ro'yuki fi hazihil lughoh? Al-lughatul 'arabiah..?"
Terketar-ketar aku nak menjawab,"Emmm, Al-lughotul 'arabiyah lughotul jamilah, wa lakin, hiya aidhan, lughot as-su'bah."

Mereka ketawa, dan saya peduli apa. Itu adalah kelas pertama pada hari pertama perkuliahan bermula. Su'bah wa syadidah.


OKAY tu selingan sebenarnya aku tak berniat nak cerita semua tu. Cuma nak cerita tentang itu. Tentang su'bah dan sahlah.

Maa ma'na su'bah? Susah. Wa sahlah? Senang.


SUSAH DAN SENANG.
*aku tak bosan cakap pasal USIM. Dan, ada aku kisah?*

Melangkah ke USIM aku kenal ramai manusia. Dan aku memang suka gila manusia-manusia kat USIM.


SITUASI 1
BUS STOP FEM

KHAMIS, 22 SEPTEMBER 2011


Wei, sakit wei.~~~ *memang sakit sebetul-betulnya*
Dibawa ke klinik oleh kakak seorang sahabat sekelas. Terima kasih.


SITUASI 2
LOBI PERPUSTAKAAN

RABU, 5 OKTOBER 2011


Hujan kemain lebat dan kami dah lambat untuk ke kuliah BSM.
"Salam, wei Aidhan, kau tak pegi koko ke? Kau di mana? Mahu minta tolong ambil kami di perpustakaan dan hantar ke FKP. Maaf menyusahkan."

Aidhan:"Okay aku datang."


SITUASI 3
LOBI PERPUSTAKAAN

KHAMIS, 6 OKTOBER 2011

Hujan kemain lebat, lebih lebat daripada biasa. Daripada semalam.
"Hm, korang ni student akaun kan? Kita satu kuliah, hujan lebat ni, dah lambat nak kuliah, naiklah kereta tu. Kita pegi by trip."-Syafiq dan Irwani[ketua kuliah]
"Oh terima kasih, tapi kitorang dah call kawan tadi minta tolong ambil. Terima kasih banyak eh." "Eh naik je la. Nanti lambat pulak nak pegi kuliah. Naik je, by trip."


---

"Salam, Kak AlyaA, kitorang sangkut hujan kat library. Kak AlyaA dah gerak ke ea? Nak tumpang." "Okay ika tunggu akak kuar kul 3.45, nanti akak drop Kak Syida then amek korang."


----done with situations----


SEE?? It's look like very common situations. Tapi, kau tahu tak apa maksud aku kat sini? Maksud aku, kalau susah tu boleh dikongsi, ia akan menjadi senang InsyaAllah. Senang.

Susah. Berkata tentang susah. Cuba bagitau aku manusia bertuah mana yg tak pernah merasai susah? Semua pernah. Sekalipun jutawan, mesti pernah rasa susah. Malah susah lagi daripada yg merasai susah sepanjang masa. Susah hati tentang segalanya.

Aku punya seorang sahabat yg dalam kesusahan. Persis kesusahan yg aku pernah alami suatu ketika dahulu. Airmata sentiasa menemani saban malam, igauan tentang masalah yg dihidapi. Dan kerana kesusahan itu, banyak perkara yg harus dikorbankan. Cuma aku lebih bernasib baik kerana mempunyai ramai kakak yg masih boleh membantu. Tapi tidak dia. Dia yg terpaksa membantu adik2. Tapi senangnya dia kerana punya sahabat2 yg baik, ibu bapa yg sentiasa membantu dan menyokong, juga punya akal yg hebat.

Aku juga punya seorang sahabat yg senang. Senang dalam banyak aspek. Dia seorang yg bijak, punya abang2 yg sangat supportive. Punya kepandaian yg jarang ada pada orang lain. Punya kemudahan untuk belajar tanpa perlu mengharapkan orang lain. Sekilas, dia tidak seperti orang yg susah. Tapi jelas, susahnya dia hanya Allah yg tahu. Keluarga yg tidak sesempurna orang lain.



Aku juga sendiri, bukan orang yg senang. Tidak juga sesusah mana. Tapi kerapkali aku diingatkan oleh seseorang supaya sentiasa bersyukur dengan apa yg Allah berikan. Sentiasa bersabar dengan ujian Allah. Sentiasa merasa cukup dengan kekurangan yg ada kerana pasti ada yg lebih susah drpd kita. Ya, itu tersangat benar.

Tapi manusia, tidak pernah lari dari perasaan tidak merasa puas. Bak kata seorang pensyarah,"Kalau dikumpulkan segunung emas dan wang ringgit berjuta sekalipun, pasti manusia tidak akan merasa puas."



Susah atau senang, itu tetap nikmat yg Allah beri pada hambaNya. Susah itu nikmat kerana bila susah baru kita sedar nikmatnya kesenangan. Senang itu nikmat kerana bila senang kita tahu nikmatnya merasai susah sebelum senang. Itulah kitaran fitrah. Sedih itu nikmat, kerana sedih itu buktinya kita masih punya perasaan. Suka itu juga nikmat, kerana suka itu perasaan yg hadir selepas Allah menguji dengan nikmat kesedihan.

---
done with melancholic tune
---

OKAY. Point aku sebenarnya nak menyeru orang-orang kampung dan juga diri aku sendiri supaya sedar dan sedar dan sedar bahawa sesungguhnya Allah SWT menurunkan ujian kepada hambaNya mengikut kemampuan dan tidak melebihi dari apa yg mereka mampu lalui. Dan turunnya ujian dari Allah itu tandanya Allah sayang pada hambaNya. Allah menguji keimanan hambaNya dan kita sebagai hambaNya seharusnya sentiasa kuatkan hati, bersyukur, bersabar dan sentiasa istiqamah dalam ibadah, semoga ujian yg diturunkan kepada kita adalah sebagai permulaan mengecapi nikmat keimanan di masa hadapan.



Dan perhatian orang-orang kampung sekalian, apa kata kita tarbiyah hati kita, tarbiyah akal kita supaya sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Jangan sesekali mempersoalkan KENAPA UJIAN INI DITURUNKAN HANYA PADA AKU????!!!! Jangan merungut, jangan menyoal, jangan tergugah iman kau hanya kerana ujian yg sedikit itu. Allah turunkan ujian pada kau kerana kau mampu melaluinya.

InsyaAllah ujian yg sebesar itu, akan datang rahmat dan nikmatnya pada masa akan datang. Bila? Jangan ditanya. Laksanakan saja apa yg dituntut dan hindari diri dari yg dilarang, sampai masanya nanti kau akan dapat apa yg telah ditakdirkan untuk kau.

Usaha, usaha dan usaha untuk improve diri sendiri, bukan leka memikirkan KENAPA AKU DITIMPA UJIAN.


---aku cakap tentang dia, dia dan aku sendiri.aku yg selalu juga lalai dengan dunia, lalai dengan perasaan yg tidak patut ada, lalai dgn hal-hal yg tidak penting.---



Semoga Allah merahmati kau, kau dan kau semua. Dan aku juga. Amiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...