Instagram

Wednesday, November 23, 2011

Ilmu dan Jihad

Ini bukan artikel. Ini adalah pandangan seorang insan yang cetek ilmu. Aku.


Tamadun Islam dan Tamadun Asia [TITAS]; merupakan subjek yang aku gelarkan sebagai ubat tidur. Sila jangan contohi aku. Tapi melalui subjek ini juga, aku rasa 'repent' tu meluap-luap bagaikan lahar gunung berapi. Aku tak peduli.


Sedikit muhasabah untuk diri aku yang suka mengeluh bila rasa subjek tu susah, subjek ni senang, subjek ni boring, subjek ni best gila dan pelbagai lagi komen-komen tanpa tauliah.

Masa subjek TITAS tempoh hari, aku didedahkan dengan jihad ilmu penjihad-penjihad zaman empayar Islam mula bertapak di negara-negara Eropah dulu. Aku lemah sejarah. Jadi, sila betulkan jika aku salah. Dan aku akan cuba untuk tidak mengeluarkan fakta.

Video tentang Sultan Muhamed Al-Fateh. Seorang pemuda 24 tahun yang merangka pelbagai strategi sepanjang menjadi sultan pada zaman empayar Uthmaniyyah. Sini aku share sikit input yg aku dapat setelah penat menggoogle.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Nampak itu? Dalam usia semuda 24 tahun, Muhammad Al-Fateh dah mampu menjadi pemimpin sebuah empayar besar. Mahir pula dalam pelbagai bidang. Subhanallah. Tengok diri kita balik. No, tengok diri aku.

Sekarang 19 dan masih merangkak di Universiti. Tamat degree umur dah 23 tahun. Boleh ke dalam masa setahun tu sebelum mencapai 24 tahun untuk aku jadi pemimpin negara? Alahaii....kerja pun belum tentu ada lagi masa tu ada hati nak jadi pemimpin negara. Bila review balik cerita2 pejuang, mujahid mujahidah Islam yg jihad di jalan Islam dan jalan ilmu, aku rasa malu sangat. Ujian aku kat USIM ni kemain kecil nak banding dengan ujian zaman dulu.


Maklumat sekarang semua di hujung jari je. Zaman dulu kena menapak beribu batu untuk berguru. Sekarang ni nak pergi fakulti pun ada bas. Tu pun lambat jugak datang kelas sampai setengah jam. Merungut lagi dengan pakcik bas.


Nampak? Umat Islam sekarang dengan umat Islam dulu, macam langit dengan bumi. Semangat jihad untuk dapatkan ilmu semakin kurang. Lagi-lagi bangsa Melayu. What to say?

Tepuk dada, tanya iman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...